Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Ramai anak-anak muda sekarang yang nak membeli rumah sendiri. Bagus kesedaran itu dah ada. Persoalannya sekarang bagaimana nak membeli rumah? Harga terlalu mahal bagi orang muda yang baru berkahwin. Harga rumah di Lembah Klang dah mencapai harga lebih dari RM 600,000 untuk unit 3 bilik apartment. Jadi apakah cara anda untuk beli rumah PR1MA?
Salah satu caranya adalah dengan membeli rumah prima/PR1MA.
Rumah prima / PR1MA adalah rumah dibawah perbadanan PR1MA Malaysia ( PR1MA) yang ditubuhkan di bawah akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan yang berkualiti tinggi untuk penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Harga untuk rumah prima / PR1MA dalam RM 100,000 sehingga RM 400,000. Jadi sangat sesuai untuk yang baru berkahwin atau yang ingin membeli rumah pertama.
Saya pernah tolong client saya ini untuk membeli rumah prima / PR1MA. Fresh grad, baru setahun bekerja. Alhamdulillah lulus.
Sebab itu saya fikir, rumah prima / PR1MA ini sesuai untuk pembeli muda.
Ini adalah link rumah prima: PR1MA
Anda perlu memberi no KWSP, no cukai, maklumat kerja anda, slip gaji, salinan IC dan perkara-perkara yang lain.
Apabila anda dah daftar, anda akan dimaklum oleh pihak prima kalau ada projek baru yang dilancarkan. Tapi saya cadangkan untuk selalu semak website mereka. Kerana takut email itu tidak sampai kepada anda dan anda terlambat mendapat maklumat.
Selepas itu anda boleh pilih untuk mengundi di rumah yang anda berminat. Tidak semua boleh membeli rumah ini ya! Jika anda terpilih anda boleh mula untuk mencari pinjaman.
Jadi anda boleh memilih dari bank panel prima / PR1MA untuk membuat pinjaman anda.Terdapat beberapa bank yang telah dipilih. Ini adalah kelebihan pinjaman rumah prima.
1) Boleh pembiayaan sehingga 110%
2) Tiada deposit jika dapat pinjaman maksimum
3) Tidak perlu membayar interest sehingga rumah siap!
Wah, banyak kelebihan yang akan anda dapat jika membeli rumah prima / PR1MA ini. Jangan lupa, Stamp Duty untuk SnP adalah percuma ya. P.M kita sendiri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang announce.
Cantik ke rumah prima / PR1MA ini?
mengikut kepada harga, lebih daripada cukup untuk yang berkeluarga. kita kena pandai menggunakan ruang yang terhad. Boleh la anda ke IKEA untuk mendapatkan ilham.
Saya tunjukkan gambar rumah prima / PR1MA ini
Ini sahaja artikel yang saya karang untuk hari ini. Harap dapat membantu pembaca semua.
Oh ya, kalau tak boleh nak beli rumah Selangorku sebab banyak syarat, boleh try tengok rumah SPNB di Cyberjaya ni!!
Harga dalam RM390K dan kalau ikut dengan harga tu lebih kurang je harga rumah PR1MA pun. Considering kawasan Cyberjaya ni banyak mahal-mahal, ni kira murah ni sebenarnya.
Yang best nya tak ada banyak requirement macam rumah PR1MA! boleh try tengok rumah SPNB di Cyberjaya ni!!
Kalau tak berkenan jugak, tadahal, haa klik je sini: Sewa/Beli Rumah
saya memerlukan rumah untuk beli
Tuan boleh isi kan borang kami disini http://www.kakiproperty.my/beli-sewa-hartanah/
Kami ada banyak rumah-rumah yang menarik!
Tumpang tanya..kalau kita terpilih untuk pembelian rumah pr1ma adakah kita mmg akan betul2 dpt rmh tu walaupun loan bank xlulus sbb kt bleh apply scheme RTO (rental to own)?
Mahu beli rumah pertama
sy dh dpt tp knp xboleh 100% loan ye? sbb sy join loan hsbnd dh ad loan rmh..xdpt ke 100% klu snp nama sy n loan je join? bnk mana yg dpt 110% tu ye? bole trgkan??
Cik puan boleh bertanyakan kepada institusi bank yang terlibat, sebagai contoh:
1) Maybank
2) CIMB
3) MBSB
3) Bank Rakyat
5) BSN
6) Bank Islam
7) RHB
8) AMBANK
*Terma dan syarat akhir tertakluk kepada kelulusan bank.
Salam,Boleh sy taw huaband sy da sahkan dgn majikan untuk loan kerajaan untuk rumah prima,dan ape step seterusnye pula?
Saya nak beli rumah pertama, tapi saya kerja kontrak dan tiada potong EPF.. bolehkah saya dapat 100% loan.
Salam. Boleh saya tahu cara nak mengundi untuk rumah PR1MA?
[…] Kalau kita tengok Housing Watch, Bank Negara, ada mengatakan yang 57.6% rakyat Malaysia berpendapatan RM5,999 sebulan, hanya mampu untuk membeli rumah bernilai RM354,111. Agak tinggikan nilai yang mampu dibeli? TAPI persoalannya, adakah mereka nak beli rumah PR1MA, sebab rumah PR1MA ada syarat yang tertentu. Sekejap lagi saya bagitau apa syarat untuk yang belum tahu. Opsss..jangan lak korang kata rumah PR1MA takda kebaikan lak, ada jugak kebaikkannya, boleh tengok SINI. […]
[…] Baca: Cara Beli Rumah PRIMA/PR1MA 2017 […]
Lepas beli, masa nak jual rumah Pr1ma ni lepas 5 tahun, apakah syaratnya? boleh jual pada siapa siapa dengan harga terbuka?
Boleh jual mcm rumah subsales biasa. Lihat pada geran dan sekatan kepentingan bagi hartanah tuan. Boleh jual mengikut harga diterima pasaran ketika itu.
loan untuk rumah PRIMA saya ni dah lulus…boleh kah saya nak keluar duit dari akaun 2 epf ni pergi ke saving akaun saya? saya ada terbaca risalah dari portal rasmi KWSP ni mengatakan untuk pembelian rumah PRIMA..akaun ke 2 epf akan terus pergi ke bank yang kita buat loan tu tak kan masuk ke akaun saving..soalan betul ke prosuder dia mcm ni..terima kasih…kalau betul..terpaksa la saya cancel rumah ni sbb x de duit nak renovate rumah tu..
Alamak!! Ye ke mcmtu? Ada yg boleh tolong jawabkan ke?
Ok…saya dah dpt jawapan. Boleh jeluar epf mcm biasa. Dpt kat tangan.
Boleh saye tau rmah prima boleh dibeli secara tunai ke