Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Seperti yang anda semua tahu pada zaman sekarang ni harga rumah betul-betul dah kategori mahal. Rumah undercon area selangor ni dalam 400k-500k, bermakna gaji bersih perlu dalam RM4000 ke atas untuk beli. Jadi, saya yakin mesti ada di antara anda yang bercadang nak beli tanah dan buat rumah sendiri.
Kalau beli tanah dan buat rumah sendiri ini kos mungkin lebih rendah berbanding beli rumah daripada pemaju atau rumah subsale. Tetapi kena tau cara beli tanah untuk buat rumah ni, tak boleh hentam beli macam tu saja.
1) Pastikan tanah yang bakal anda beli mepunyai satus geran individu yang berasingan bukannya di bawah master title. Bank tak akan bagi loan kalau tanah tu bawah master title.
2) Check zon tanah tu. Kalau anda nak tahu setiap ada ada zon masing-masing. Jika tanah tu di bawah zon industri, anda tak boleh buat rumah kediaman. Pasti tanah tu dalam zon perumahan.
3) Untuk memudahkan urusan, anda boleh lantik peguam yang boleh uruskan pembelian tanah. Biar peguam uruskan dulu tentang hal-hal semakan tanah. Kalau semua dah memenuhi syarat dan ikut undang-undang, baru la anda proceed untuk beli.
Kalau boleh lantik peguam yang berpengalaman dan panel dengan bank. Nanti mudah untuk anda buat loan.
4) Pinjaman untuk pembelian tanah pula hanya 60%-70%. Jadi perlu sediakan cash yang lebih jika nak buat rumah sendiri. Ada yang saran untuk anda buat personal loan untuk beli tanah jika tak ada cash yang banyak, tetapi personal loan agak tinggi interest.
5) Lepas dah berjaya beli dan tukar geran, anda dah boleh mula dapatkan approval daripada pihak yang terlibat untuk plan rumah anda. Selalunya kontraktor yang akan uruskan. Jadi pilih la kontraktor yang berpengalaman dan dah banyak buat rumah guna loan bank ni.
Pastikan anda mula bina rumah dalam tempoh 6 bulan selepas dapat tanah jika anda nak claim KWSP untuk rumah anda tu:
BACA LAGI: Pengeluaran KWSP untuk rumah
Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pembeli tanah ada dikongsikan oleh TheVocket:
Jadi untuk anda beli tanah dan buat rumah sendiri mungkin menjimatkan wang daripada terus beli rumah yang dah siap atau under construction, tetapi anda perlu lebih teliti dan berhati-hati supaya anda tak kena hadap masalah-masalah tertentu bila anda nak buat rumah nanti.
Sebagai tambahan, bagi anda yang ada keinginan untuk membeli rumah bersesuaian dengan bajet harga rumah yang anda tetapkan. Anda boleh klik di sini: Beli Rumah, kami akan semak untuk anda.
salam tuan, kalau loan lppsa bole dapat full loan tak utk pembelian tanah?
Assalamualaikum Tuan,
Saya Firdaus, terima kasih kerana berkongsi ilmu hartanah. Walaubagaimanapun, di manakah saluran yang boleh dipercayai untuk mencari tanah yang hendak dijual?
Terima Kasih,
Firdaus
Salam Firdaus. Banyak saluran yang boleh di percayai.
1) berkenalan rapat dengan rakan ejen hartanah berdaftar yang sudah lama dalam industri
2) iproperty
3) propertyguru
Assalam nk tnya, sy nak beli tanah di kota bharu, kelantan.. daerah kubang kerian.. dkt juga dgn bandar, kawasan perumahan.. tapi tepi tanah dan rumah yg bakal kitaorg nk bina tu, ada 2-3 kubur “asing”,, tkda tanda nama cuma bernisan 😅 advisable tk nk beli rumah tu? Tanah dn pakej buat rumah,, mmg murah drpd harga market even tho dkt bandar.. atau sebenarnya kita boleh mintk less lgi?? Sy kurg ilmu bab jual beli tanah ni huhu
Ada ke loan bank lain?? Selain personal loan.. Maksudnya ada cara lain ke?? Kan personal loan interest tinggi, so nak guna cara mana supaya dapat loan dari bank yg interestnya rendah??
Salam,, kebiasaannya berapa lama masa untuk penjual dapatkan bayaran daripada pihak bank pembeli?
Adakah loan akan mula diproses selepas dokumen jual beli telah ditandatangani oleh penjual & pembeli?
salam tuan. nak tanya. kalau nak beli rumah ppr milik ibu bapa,ada apa2 halangan ke nak buat loan ?nak beli rumah ppr tu untuk modal mak ayah buat rumah d tanah mereka di kmpung
Boleh saya tahu bank apakah yang menawarkan pinjaman 60-70% utk loan pembelian tanah?
salam boleh saya bertanya. adakah rumah kayu layak untuk dibuat pembiayaan
Layak sekiranya mempunyai geran individual untuk binaan bangunan.
salam saya nak tanya kalau tanah itu geran bersama adakah boleh kita membeli?
geran bersama ada 2 kategori
1) geran kongsi lot lidi
Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli. Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang. Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.
2) geran pemilikan bersama
Jika pemilik2 geran bersama telah berpakat untuk jual, tidak jadi masalah. Jika ada setengah setuju, ada yang tidak, baik elakkan.
Assalamualaikum.. tumpang Tanya ye, tanah geran pemilikan bersama jika hendak beli boleh buat pinjaman x? Jika boleh pada siapa saya hendak rujuk?
Assallamualaikum nak tanya kalau tanah lot tuh geran kongsi untuk dibuat rumah bolehkah kita nak buat pinjaman tanah di bank?
Assalam encik, saya bercadang untuk beli tanah hak milik keluarga ibu saya, tanah tersebut mempunyai sebuah rumah dan di hadapan rumah mempunyai tanaman sawit dan tanaman lain. Boleh ke encik beri saya step atau apa yg perlu saya lakukan untuk membeli tanah tersebut.
Geran tersebut juga mempunyai 10 org nama adik beradik yang lain
As salam.
Kalau saya membeli tanah dusun di area Negeri Sembilan,boleh ke saya dirikan rumah diatasnya.
Kalau beli cash,kena lantik peguam juga ke?
Assalamualaikum nk tnye klau wt pinjam kerjaan klau wt dlm 15 thun bole ke
Assalammualaikum. Tuan saya nk bertanya..saya nk membeli tanah lot beserta rumah.bolehkan buat pinjaman
loan bank atau memg kena bayar cash sahaja
Salam, Saya nak tanya, saya dalam proses hendak mendapatkan geran tanah individu, tetapi saya tidak jelas prosedur. jika saya buat personal loan untuk membeli tanah dan membina rumah di atasnya. bila pula saya boleh gunakan pengeluaran kwsp? dan, berapa pula kos utk melantik peguam utk menguruskan geran tanah tersebut dan pinjaman?
salam saya nak tanya macm mana kalau saya nak beli tanah lot kawasan kampung
Salam.. Saya nak tanya.. Saya bercadang utk beli tanah berstatus pertanian.. Apakah cara terbaik utk membeli tanah tersebut?personal loan atau ada pinjaman kerajaan @ lppsa yg cover utk tanah status pertanian?
Salam sejahtera tuan. Kalau loan kerajaan dapat 100% tak untuk
Pembelian lot banglo?
salam
bolehkah buat pinjaman bank untuk beli tanah lot dan pinjaman buat rumah sekali ?
Bagaiman cara utk beli tanah dan bina rumah sekaligus? Selain drpa mohon constraction loan?
hi,bagaimana jika saya beli tanah lot individu dan plan nak pecahkan tanah kepada 2 lot..utk bina 2 rumah.dan jual
Assalamualaikum tuan, maaf saya bertanya….
1) klu dlm geran tanah tu byk nama…tapi semua setuju utk jual kpda seorg pembeli, blh apply loan x?
2)Adakah perlu tukar nma penjual kpda nma pembeli dlu utk kelayakan mohon loan? @ hanya perlu sertakn salinan geran tanah yg ada byk nma tu?
contoh iklan: tanah lot status pembangunan . nama masuk dalam geran ?.boleh di beli atau tidak dan apa masalah kepada pembeli ??
Saya nk tny… Saya ada beli tanah lot lidi (first grade) … Dlm proses utk pecahkan kepada geran individu…. Masalahnya skrg… Tetiba geran jd geran saliran plk… Kiranya x lulus… Kena mohon plk… Pelik… Mcm mana tanah first grade boleh jd tanah saliran… Blg jawab x
assalamualaikum,
saya hendak bertnya jika kita da membuat rumah di atas tanah tanpa bertuan macam mana ye?
senang kata
dulu arwah atok saya buat rumah di atas tanah tersebut dan smpai skrng kami dudk rumah nye dan atok sy telah tiada. tiba tiba ada orang datang ukur tanah. so boleh bagi saya pendapat atau cara untuk kita nak beli tanah yg sedang sy duduk sekarang
sekian terima kasih