Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Jangan Beli Rumah Masa Muda!


Baru-baru ni viral satu thread Twitter menggesa public untuk tak mudah percaya bila orang suruh beli rumah masa muda.

Thread tu ditulis berdasarkan pengalaman ngeri penulis lepas beli rumah sendiri. Tak pasti pengalaman macam mana yang beliau lalui.

Sebagai seorang yang mampu fikirkan baik dan buruk, seperti biasa kita tak boleh dengar hanya dari satu pihak. So, kat bawah ni aku ceritakan ulasan aku sebagai agen hartanah.

Antara alasan yang diberi ialah:
1) Beli rumah not a priority
2) Bayaran komitmen bulanan lain selain loan rumah seperti pelbagai bil dan cukai.
3) Susah nak pindah, beli rumah jauh dari kemudahan transport dll
4) Komuniti kejiranan yang tak friendly
5) Kerosakan pada rumah
6) Tiada kerja tetap, tak mampu pindah rumah
7) Cabaran kalau sewakan rumah, tak untung dan banyak risiko

Kemudian di akhir thread ada disebutkan ayat begini:

“I am sure geng hartanah tak suka posting ni, tapi they should agree with me.”

BACA: 6 Sebab Kenapa Beli Rumah Subsales. Point ke-3 Paling Best.

Jadi, betul ke apa yang dia cakap tu?

1) Yes, beli rumah bukan priority. Apa yang jadi priority ialah persediaan untuk beli rumah tu yang perlu sedar dari awal. Kumpul 10-15% deposit dah? Kalau target nak beli rumah RM300K, agak2 berapa lama masa nak kumpul RM30K-45K tu?

Pastikan korang ada kewangan yang mencukupi dulu sebelum beli rumah. Kalau belum mampu, usahakan kumpul duit, jaga kewangan sampai mampu.

2) Bayaran komitmen bulanan lain seperti maintenance fee, bil dan cukai. Yang ni setiap orang kena aware. Takkan korang tak tau kalau lepas beli rumah kena bayar bil air, letrik, Astro semua. Sama juga kalau sewa rumah pun kena bayar. Unless sebelum beli rumah tu korang duduk dengan parents so takpayah bayar semua ni.

Antara kos lain yang tak disebut, bila masuk rumah kena la beli peti sejuk, water heater, dapur, mesin basuh dll.

3) Susah nak pindah?

Pertamanya, sebelum beli rumah agen hartanah akan bawa korang tengok sendiri rumah yang nak beli tu. Ni step wajib sebelum beli rumah untuk elak korang menyesal beli rumah.

Kedua, boleh tengok sendiri google map, kenalpasti kemudahan terdekat sekitar rumah yang nak beli. Pastikan sebelum beli kena consider semua perkara ni.

Baik buruk rumah yang korang nak beli tu kena selidik betul-betul. Kalau rasa tak berbaloi, bagitau agen minta cari rumah lain yang lebih sesuai dengan korang.

4) Komuniti kejiranan yang tak friendly ni risiko yang setiap orang kena hadap lah.

Masuk universiti jumpa group assignment tak ngam, dapat kerja jumpa colleague suka buat perangai, masuk rumah sewa jumpa housemate jenis tak kemas rumah.

5) Kerosakan pada rumah ni kita kena kenalpasti waktu viewing rumah. Cek betul2 kalau ada sebarang kerosakan.

Kalau anda beli rumah subsale, boleh notify owner rumah kalau ada sebarang kerosakan, offer harga dengan syarat segala kerosakan dibaiki dulu. Atau boleh nego dengan owner untuk kurangkan harga supaya boleh baiki sendiri.

Kalau anda beli rumah undercon, segala kerosakan atau ketidakpuasan hati boleh terus ajukan kepada developer. Developer ada tanggungjawab betulkan semua kerosakan.

6) Kalau korang nak pindah, jual la rumah tu. Urusan jualbeli rumah freehold perlukan 3-4 bulan, rumah leasehold 6-9 bulan kalau tiada masalah samada buyer, seller, dan rumah tu sendiri.

Lepas beberapa tahun, kalau korang jual rumah dengan harga lebih dari harga beli kan dah dapat untung kat situ. Korang akan dapat duit harga jual tolak baki loan bank.

7) Kalau taknak jual, korang boleh juga sewakan rumah tu. Bila orang lain sewakan rumah lebih dari installment bulanan, tau nak marah kata kapitalis. Ni bila nak sewakan rumah kat orang boleh pulak nak untung. Haha

Actually kalau korang sewakan rumah kurang dari bayaran bulanan rumah sekitar 70% lebih rendah pun, korang masih belum rugi. Kenapa? Sebab rumah tu kau punya. Bayaran loan bulanan rumah tu diguna untuk kurangkan baki hutang bank.

Dalam hidup ni kita ada pilihan, samada nak duduk relaks dan tunggu masa yang sesuai, atau berusaha keras untuk sentiasa kejar dan dahagakan kejayaan.

Apakah pilihan anda?

Bukanlah nak kata beli rumah masa muda ini satu kejayaan, cuma kalau berbanding setiap bulan bayar sewa rumah, lebih baik bayar loan rumah sendiri. Betul tak?

Jadi setuju tak dengan apa dia cakap tu?

Setuju je, cuma instead of cari pelbagai alasan, marilah cari pelbagai jalan supaya mampu beli rumah masa muda.

Nasihat aku: cari ilmu pasal rumah sebanyak mungkin, kumpul duit dari awal, dan pilih rumah yang betul2 berkenan sebelum beli.

Boleh follow saya dan set see first untuk ilmu dan perkongsian tentang hartanah, kewangan dan bisnes.

Belum ada rumah pertama? Tinggalkan komen dan pandangan anda. 😆🤣

Ditulis Oleh Arif Irfan, Perunding Hartanah

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *