Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Mari Ceburkan Diri Menjadi Ejen Hartanah!

Kerjaya ejen hartanah ini adalah kerjaya yang sangat menarik dan mencabar. Dan ianya menjanjikan pulangan lumayan kepada mereka yang rajin berusaha dan tidak menyerah kalah. Ramai yang dah berjaya dalam bidang ini.

Ada yang bermula sebagai despatch biasa sahaja, kemudiannya kini menjadi perunding hartanah luar biasa yang menjual rumah dan bangunan bernilai jutaan ringgit!!

Ada juga bekas engineer berpangkat besar yang kini menguruskan team perunding hartanah dan menjual ratusan unit projek perumahan pemaju.

Mungkin selepas ini, andalah pula orangnya!!

 

Adakah anda orang seperti ini?

  1. + Dah tak rasa gembira dengan kerjaya anda sekarang?
  2. + Mahukan kerjaya yang lebih mencabar dan berbaloi?
  3. + Mahukan kerjaya yang memberi pulangan yang lebih besar?
  4. + Mahukan lebih masa dengan anak dan isteri?

1. Ganjaran Kewangan Berbaloi

Inilah antara penyebab ramai ingin menceburkan diri sebagai ejen hartanah. Tahukah anda, komisyen ejen hartanah adalah 3% dari harga jualan hartanah.

Katalah harga rumah biasanya dalam RM300,000, maka professional fee adalah sebanyak RM9000!! Itu dah sama dengan gaji seorang Manager.

2. Kebebasan Masa Dengan Keluarga

Selama ini anda pergi kerja jam 7.30 pagi untuk sampai ke ofis jam 8.30 pagi. Anda habis kerja jam 5.30 dan sampai ke rumah jam 7 petang. Balik badan dah penat. Bila nak main dengan anak? Bila nak melayan tengok anak buat kerja sekolah?

Bukanlah bermaksud menjadi ejen hartanah anda banyak masa. Tidak. Tetapi anda dapat kawal masa anda. Dan yang pasti anda tak sangkut traffic jam pagi-pagi.

3. Anda Sendiri Boss!!

Selama ni serabut dengan boss di ofis, dan anda rasa pressure dan stress dengan politik ofis, maka ini mungkin peluang anda untuk jadi boss diri sendiri.

Bukan nak kata dalam kerjaya ini anda tak stress. Tapi anda lebih bebas. Yang penting anda berdisiplin dan sanggup ikuti panduan yang diberikan.

4. Peningkatan Kerjaya

Tak selamanya anda akan menjadi perunding hartanah sahaja. Struktur ejensi kami membolehkan anda untuk meningkatkan kerjaya anda.

Ada yang akan menjadi Project Manager, dan ada sebahagian yang lain pula menjadi Team Manager. Semuanya bergantung kepada usaha anda sendiri!

5. Peluang Yang Banyak

Ini adalah tempat di mana anda akan berpeluang bertemu ramai orang yang hebat. Sama ada dari rakan sekerja mahupun client anda sendiri.

Selain itu, kerana anda mendapat first hand information, maka anda sendiri ada peluang lebih baik untuk menjadi pelabur handalan!

JOM JADI PERUNDING HARTANAH

[gravityform id=10 title=false description=false ajax=true]

Nota : KakiProperty bukan ejensi hartanah. Maklumat anda akan di hantar kepada ejensi hartanah dalam senarai sahabat KakiProperty. Moga ini adalah jalan untuk anda ke arah masa depan lebih baik