Enter your email address below and subscribe to our newsletter

10 Jenis Hutang Anda Perlu Tahu Jika Nak Beli Rumah


Banyak yang menganggap hutang itu jahat, tapi ada yang menggunakan hutang sebaiknya sebagai “leverage”, dan ada kata hutang itu perlu tapi merana disebabkan hutangnya. Jom kita lihat apa jenis hutang yang ada yang dikongsi oleh Dr. Azizul.

  1. Hutang Jahat – Apa sahaja jenis hutang yang dibina dan ‘tidak untungkan kita’. Malah hutang itu membebankan kita. Hutang Pinjaman Peribadi sebagai contoh. Liabititi

  2. Hutang Baik – Jenis hutang yang dibina memberi ‘nilai tambah’ pada kita. Hutang bina aset atau beli hartanah. Barang yang kita beli semakin tinggi nilainya. Pinjaman Perumahan dan Pendidikan antara hutang yang baik. Aset.

  3. Hutang PTPTN – Bayar segera, nanti susah nak keluar negara. Takkan cuti nak bergambar di Pantai Merdeka & Port Dikson saja. Macam mana nak upload foto di Insta dengan rasa bangga. Jom Turkie?

  4. Hutang Kahwin – Jangan berhutang untuk buat kenduri kahwin. Itu bukan tanda syukur, itu tanda tak pandai ukur.

  5. Hutang Kad Kredit – Ini jenis hutang bawa bala atau bawa kebaikan. Bayar segera hutang kad kredit ini, kadar 15%-18% yang kita kena bayar boleh jadikan kita papa kedana. Ramai orang muda dah kena

  6. Hutang Court Maut – Ini jenis hutang maut. 12 tahun bayar tak habis.Jangan beli perabot jika belum mampu, tidur tilam lipat bukan satu dosa. Tapi bina banyak hutang dilarang agama.

  7. Hutang Ah Rahnu – Masuk dalam sistem CCRIS sebagai orang yang tiada kemampuan kewangan. Bank tak berapa suka kita sebenarnya. Jangan beli emas dan pasang impian nak pajak di Ah Rahnu. Itu kerja gila.

  8. Hutang Kawan – Kawan kita akan ingat kita sampai bila bila. Selagi kita tak bayar jangan ingat dia lupa atau kita buat buat lupa. Bayar segera!

  9. Hutang Along – Baik bayar kalau tak nak kena anu kena ‘potong’. Ini hutang syaitooonnn namanya.

  10. Hutang Budi – Amalan yang baik, amalkan ini selalu jika nak tawan hati gegadis. Nampak beg tangannya jenama pasar malam, belikan Gicci yang ori bagi.😉

Kenali hutang kita sebelum ia telah hidup kita.

Gegadis tak suka kita hutang ‘kata kata’, kalau dah suka cakap saja. Jangan nak simpan- simpan acah hispter.

Alang-alang tu kalau dah terniat nak beli rumah atau nak semak harga rumah apa tunggu lagi klik sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

Ditulis oleh:😜

Dr. Azizul Azli Ahmad
Seorang tenaga pengajar di IPT, tapi banyak berceloteh pasal pengurusan kewangan. Banyak berkongsi tips kewangan, budget harian, bulanan dan sebagainya di Facebooknya.

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *