Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Kita dah masuk Tahun 2017. Ramai bertanya saya, tahun 2017 ni boleh ke nak beli rumah ? Tahun 2017 ini ramai mengatakan ia nya amat mencabar dari segi ekonomi. Satunya oleh kerana kejatuhan harga minyak yang memberi tamparan kepada ekonomi negara kita. Tambahan pula, ekonomi dunia juga memang dilihat tak menentu.
Walaupun begitu, kitaran ekonomi ini biasa berlaku. Sebagai contoh, tahun 1997 juga kita mengalami kesusahan yang sama. Tahun 2007-2008 juga, Malaysia mengalami krisis ekonomi yang sama bahkan turut dirasai oleh negara lain. Sekarang tahun 2017 juga, trend yang sama akan kita alami.
Jadi, persoalannya sekarang, boleh ke nak beli rumah sekarang?
Ada orang kata tunggu dulu. Ada orang kata beli sekarang.
Pendapat saya :
“ The best time to buy property is 5 years ago.
The second best time to buy property is today”
Sebenarnya, pendapat saya, tahun 2017 adalah tahun yang baik untuk membeli hartanah sama ada untuk duduk sendiri atau untuk investment.
Sewaktu krisis ekonomi, banyak individu yang affected dan terpaksa menjual rumah mereka. Selain itu ramai pula yang takut untuk invest atau membeli hartanah dan banyak mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Saya jawab BOLEH!!
Even sebenarnya sangat bagus. Bahkan bagus juga kepada penjual. Kenapa? Ada sebabnya.
Kenapa saya kata boleh?
Oleh kerana banyak yang menjual dan kurangnya permintaan, maka penjual especially yang terdesak untuk menjual akan menawarkan harga yang lebih rendah dari pasaran. Tujuan mereka adalah supaya rumah ini terjual dengan cepat dan mereka dapat duit dengan cepat.
Walaupun begitu saya perlu ingatkan, harga yang ditawarkan tak lah terlalu mengarut dan masih lagi dalam julat yang logik. Sebagai contoh, amatlah sukar dan hampir mustahil untuk mendapat rumah teres di Lembah Kelang pada harga RM400K ke bawah walaupun ketika krisis ekonomi.
Istilah “cash is king” adalah tepat dalam pelaburan. Sewaktu ini ramai yang perlukan cash dengan cepat. Saya pun actually tak faham juga keperluan untuk mendapat cash cepat ini sebab cash ini akan di disburse oleh peguam setelah pindahan nama kecuali jika ada persetujuan yang lain.
Walaupun begitu, pembeli yang punya cash (cash buyer) memang sangat di minati penjual dan kebanyakan penjual sanggup untuk menurunkan harga bagi pembeli yang mempunyai cash.
Ketika ini , pembeli amat beruntung. Mereka mendapat banyak pilihan. Bukan hanya disebabkan banyak pemilik rumah mahu menjual tetapi tidak ramai jugapembeli yang mahu membeli.
Bila ini terjadi , maka banyak lah rumah dalam pasaran dan pembeli boleh memilih rumah terbaik di antara terbaik bergantung kepada pilihan dan kemampuan mereka.
.
Sebelum ini banyak pembeli dalam pasaran. Oleh kerana kurangnya pemain dalam pasaran , maka kurang lah persaingan kepada pembeli. Sebelum ini mungkin 3,4 orang pembeli menawarkan harga pada satu unit yang sama, sekarang untuk mendapatkan buyer untuk satu unit pun agak sukar kecuali harga yang ditawarkan adalah baik dan unit hartanah itu juga di lokasi yang baik.
Ini sebenarnya berita bagus kepada pemilik hartanah dan juga pada ejen. Waktu gawat semacam ini, bilamana kurangnya pembeli, mereka yang berani untuk membeli adalah yang benar-benar serius mahu membeli hartanah. Sepanjang beberapa bulan ini, transaksi yang saya jalankan adalah dari pada pembeli yang serius.
Mereka sudah tahu apa yang mereka nak kan. Cuma bawa buyer sekali atau dua sahaja dan kemudian mereka pun bersetuju untuk membeli dan dah siap dengan dokumen lengkap serta deposit.
.
Waktu sekarang, oleh kerana ramai risau untuk membeli, bank pun kurang pemohon loan. Bila tak ramai memohon loan, bank tak dapat buat bisnes. Jadi bank akan menawarkan pakej yang menarik. Antaranya adalah pakej 100% loan yang ditawarkan beberapa bank tempatan. Saya sendiri uruskan 4 kes seumpama ini. Buyer tidak ada kemampuan yang besar dari segi deposit. Ada lah duit sikit-sikit tapi tak sampai 10% dari harga rumah. Ye lah kan. Kalau rumah RM300K, deposit 10% sahaja dah RM30K.
Walaupun begitu, pembeli ini mampu bayar instalment bulanan. Masalah mereka hanya tak ada kemampuan untuk buat deposit. Jadi apa yang saya buat adalah saya carikan rumah pada kemampuan dan kesukaan mereka. Mereka datang tengok, setuju untuk beli dan bayar 3% sahaja deposit. Selebihnya tak perlu. Bahkan ada kes, legal fee pun mereka tak keluar cash. Menarik kan?
Jadi sebenarnya pada pendapat saya 2017 adalah tahun BOLEH BELI RUMAH. Bahkan tahun ini adalah tahun yang baik untuk beli rumah. Mana tahu, anda dapat cari deal yang tersangat baik dalam tahun ni?
Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.
Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.