Enter your email address below and subscribe to our newsletter

8 Tips Elak Kena Kencing Dengan Penipu Dan Scammer Ketika Membeli Hartanah


Saban hari asyik dengar je kan berita penipuan terjadi. Yang biasa kita dengar adalah penipuan skim cepat kayap dan skim-skim macam-macam lain yang ada. Dari kes Tok Zuhud (bukan nama sebenar) hinggalah JJPTR baru-baru ni. Scammer hartanah ni merata-rata ada.

Bila terjadi nya kes penipuan macam ni, baru kita tahu orang Malaysia ni banyak duit rupanya. Orang Melayu dengan skim emas nya, Orang India dengan VenusFx, Orang Cina dengan JJPTR nya. Sungguh kebodohan dan ketamakan tak mengenal bangsa. Baru lah 1Malaysia. Betul tak?

Yang sakit hatinya disebabkan penipu ni ada yang tertekan dan stress sehingga nak bunuh diri!!

Actually dalam industri yang konvensional macam hartanah ini juga ada penipuan turut berlaku. Banyak sahaja scammer. Actually banyak juga yang jadi tapi belum datang dalam bentuk skim. Harapnya jangan lah. Kebiasaan penipuan adalah dalam bentuk beli rumah tapi tak dapat rumah, penipuan deposit atau pun beli rumah, tapi tak siap.

Jadi macam mana nak elak kan dari di tipu ni?

Oleh yang demikian kita baca dulu 8 Tips Elak Kena Kencing Dengan Penipu Dan Scammer Hartanah Ketika Membeli Hartanah :

1. Kalau beli dari pemaju, check status pemaju.

Rujuk website Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kami sertakan link directly kat bahagian pemeriksaan untuk korang check pasal ni : http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43 .

Di website ni ada tersenarai senarai-senarai pemaju bermasalah. Selain tu boleh check kalau betul syarikat pemaju tu adalah pemaju berlesen. Sekarang ni seakan menjadi pulak kes kutip deposit untuk pembelian rumah tapi rumah nya tak dapat. Kambing gurun betul.

2. Jangan bayar deposit secara Cash

Bayar secara cash ni tak dak bukti. Memang scammer hartanah suka. Kami tahu lah korang ada duit RM 5Juta bawah bantal. Tapi jangan lah sekali kali bayar deposit guna cash. Katalah yang penerima tu memang kaki sakau, apa bukti pembayaran tu di buat kepada kaki sakau tu? Bayar guna cheaqu atau online transfer. Ada bukti transaksi. Kalau tak reti atau tak da cheaque, pergi ke kaunter bank dan buat Banker’s cheaque.

3. Bayaran di buat atas nama Lawyer atau Ejensi hartanah berdaftar sahaja.

Ini kalau beli rumah 2nd hand. Kebiasaannya akan di minta 3% deposit. Kalau rumah berharga RM 500,000, deposit 3% berjumlah RM 15,000. Baki lagi 7% pulak bernilai RM 35,000. Kadang-kadang ada owner minta terus bank in dalam bank dia. Jangan cari bala. Katalah owner jujur sekali pun, kata lah dah bayar deposit and ketika dalam proses, rumah tak dapat di jual sebab ada isu tertentu, duit deposit pulak dah guna, macam mana? Bayar atas nama lawyer atau ejensi. Lebih selamat dan ikut prosedur.

Kenapa melalui 2 ini? Sebab memang itu pun undang-undang Malaysia berkaitan penerimaan deposit. Ianya selamat sebab 2 penama ini memegang amanah sementara. Kalau lah transaksi tak berjalan contohnya, loan anda tak lepas, duit tadi akan dipulang semula. Tapi kalau lawyer or ejensi pun kaki sakau, sekurang nya anda ada buat pembayaran dan boleh buat report polis dan report ke badan yang mengawal selia iaitu Bar Council & BOVEA

4. Jangan terus beli. Balik Google dulu

Contoh kalau dapat offer rumah especially dari developer, dan kemudiaannya salesman dia kata, terus letak booking, relax dulu bro. Tak lari rumah di kejar. Tapi jangan lah lambat sangat. Balik rumah atau kat situ jugak google terus. Google nama projek tu. Contoh, ada satu geng jual projek Alfulfulus Residency (nama rekaan OK) , buka handphone OPPO yang mahal tu, kemudian google lah.

Kalau ada keluar carian macam scam-scam tu, hati-hati lah. Kalau tak ada alhamdulillah. Sambil tu baca review dulu. Ada review yang OK. Ada review macam lowyat.com asyik tak ok je. Semua benda tak ok, apa yang ok tak tau lah. So, try baca dulu dan timbang tara lah sebaik mungkin.

5. Kalau ada masa pergi tengok kawasan dahulu

Kalau boleh ajak ejen tu tengok kawasan. Betul ke dah naik piling, atau dah tolak tanah atleast. Entah-entah tanah pun tak da lagi. Dalam khayalan je semua tu. Kebiasaan kami membawa pembeli terus ke show gallery dan terus tengok tapak project. Memang nampak sendiri lah saudara mara Transformer yang tak boleh bertukar tu dalam kawasan tapak. Nampak segala mesin dan manusia sedang berkerja.

6. Kalau nampak complicated, dah mengarut lah tu.

Saya bukan cakap pasal pakej. Tak. Pakej macam rebate atau diskaun itu biasa. Yang saya cakap kan ini adalah kalau nak beli rumah ni harga murah gila kena bayar RM 500 jadi ahli koperasi dahulu. Atau nak beli rumah ni murah giler kena masuk kelas tarannum tak boleh miss 3 bulan 10 hari. Atau kena jogging keliling padang 2 kali sehari untuk layak memiliki rumah murah. Itu dah mengarut. But actually, apa saya cakap ni betul-betul terjadi dan tengah hangat diperkatakan.

7. Pastikan ada dokumen hitam putih dan ada salinan

Jangan main bayar sahaja. Pastikan ada dokumen nya. Biasanya scammer hartanah ni pandai. Dia try ambil cash dan kalau ada hitam putih pun terms and condition tak clear. Dia Biasanya pembelian ni akan disertakan dengan Agreement to Purchase (ATP). Dalam ATP ni ada beberapa hal penting. Dekat situ ada tulis nama pembeli, nama penjual , bayaran kepada akaun siapa (biasanya even pemaju pun minta di bayar kepada lawyer nya) , dan syarat jika kontrak dilanggar.

ATP ni penting sehinggalah korang sign dokumen Perjanjian Jual Beli nanti. Jadi pastikan ambil salinan, ambil gambar salinan tu dan ambil resit.

8. Trust your gut

Percaya kepada gerak hati. Kalau rasa macam ada tak kena tu, jangan lah buat. Insyaallah ada rezeki lain. Kita ni bila jumpa scammer hartanah memang biasa je ada rasa tak kena. Kalau rasa tak betul tu cancel kan. Tapi kalau selalu rasa bergerak-gerak je hati, baik jumpa Doktor. Takut ada kanser. But then, seriously, kalau rasa di hati semua ok, semua best. Just proceed je lah.

Kesimpulan

Nak beli rumah ni bukan murah bang. Deposit je pun dah puluh ribu. Bertahun kumpul. Lagi susah dair kumpul duit hantaran. Sekali kena tipu boleh menangis  meraung silap-silap sakit jantung! Baik check cepat tanda-tanda sakit jantung, mana tahu bila terkena tipu ke apa, tahu dah sakit apa. Jadi berhati-hati lah. Kami beri panduan dari kisah sebenar setelah berjumpa banyak kes yang ditipu sama ada pemaju jadian atau pemilik rumah penyangak atau pun kaki sakau yang lain.

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

Perlukan bantuan dalam mencari rumah idaman? Dah lama berhajat untuk memiliki rumah sendiri? Klik sini: Sewa/Beli Rumah

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *