Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Kebanyakan project-project kondo baru di dalam Lembah Kelang semuanya dalam harga yang agak tinggi. Yang banyak dalam pasaran sekarang pada harga bawah RM500,000 adalah studio apartment atau SoHo yang tak ada bilik dan cuma bersaiz 450sqft. Kalau yang mempunyai 2 bilik ke atas semuanya berharga pada RM450,000 ke atas. AERA Residence: Kondo 5 Bintang, Petaling Jaya, Harga Below Market.
Kita bercakap tentang kondominium. Yang datang dengan kemudahan yang banyak. Kalau apartment, atau rumah low-cost, itu topik berbeza. Kita bercerita tentang kondominium yang terletak di lokasi strategik dalam bandar, berdekatan pusat bandar Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan kemudahan 5 bintang.
Bagi kami, projek yang kami nak perkenalkan sesuai untuk young family, iaitu keluarga kecil profesional yang belum ada anak atau anak masih kecil dan juga pelabur hartanah. Projek ni bagus untuk duduk sendiri dan kemudiannya dibuat pelaburan atau terus mahu di beli untuk tujuan pelaburan.
Dan harganya paling rendah dalam kelas nya sendiri. Baru RM3xxk macam tu. Dan ini bukan studio atau SoHo ye. Ini kondominium dengan kemudahan lengkap. Jadi, teruskan membaca kerana ini sangat berbaloi.
Ini yang kami mahu perkenalkan AERA Residence. Sebuah kondominium baru di Petaling Jaya.
Bayangkan duduk di sebuah kondo yang penuh keselesaan dan banyak facilities. Nak apa semua ada. Lifestyle yang sangat best. Untuk AERA ni disediakan:
Kondo ni di PJ. Exact location di PJCC. Mudah kata, ianya dalam Petaling Jaya yang paling dekat dengan KL. Sempadan KL-PJ cuma di taman bersebelahan sahaja.
Kalau dari KL, boleh ke sini ikut NPE, atau dari Federal masuk ke Jalan Gasing dan susur ke NPE ke arah Sunway. Ini adalah tempat yang matang. Ke Sunway cuma 6-7 minit. Ke Pusat Bandar Kuala Lumpur kurang dari 20 minit (tanpa jem lah).
Keliling kawasan ini adalah kawasan perumahan. Sebelahnya adalah kawasan pejabat iaitu Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC). Kawasan ini sendiri adalah kawasan matured dan ini lah satu-satu nya pembangunan yang ada dalam kawasan ni.
Kalau tengok, projek ni adalah sebuah kondominium. Bukan SoHo tak ada bilik atau apartment biasa yang tak ada facilities. Biasanya, kondominium kalau di kawasan Petaling Jaya dengan size yang macam ni, harga nya RM500,000 keatas. Ini pula di jual start dengan 2 bilik dan size yang besar (8xx sqft ke atas) dan dijual pada harga RM 3xxk sahaja. Beza besar tu.
Facilities disediakan cukup banyak. Ada kolam renang bersaiz olimpik. Ada sauna dan spa. Ada gelanggang squash dan macam-macam lagi.
Yang best nya, AERA ni berhadapan tasik. Jadi persekitaran ni nyaman dan lively!
Ini sila baca dan faham kan betul-betul. Jika anda memiliki Aera tak kira lah untuk duduk sendiri atau terus untuk pelaburan, ianya adalah pembelian yang menguntungkan dan selamat. Ini kerana AERA ini dijual rendah dari harga pasaran!
Jika anda adalah keluarga yang masih muda, anak masih kecil dan baru seorang dua, anda beli dan duduk di sini. Lokasi nya bagus. Nak ke tempat kerja pun mudah. Selepas 5 tahun, anak anda pasti dah besar dan keluarga juga makin bertambah, anda boleh pilih untuk jual kan rumah ini. Dengan harga RM3xxk sekarang, anda pasti boleh menjual dengan harga lebih tinggi.
Kalau anda seorang pelabur pula, dan tak terfikir pun untuk duduk di sini, anda boleh beli. Sejurus dapat kunci, anda boleh jual semula (tetapi perlu dikenakan RPGT). Itu pun sudah boleh membuat keuntungan. Tapi kalau anda mahu simpan, kawasan ini sangat hot dengan penyewa. Nak mendapatkan penyewa tak susah sangat kerana akses nya yang mudah nak kemana-mana.
Keluar je ke jalan besar akan masuk ke NPE. Kalau ikut melalui Taman Seri Manja boleh masuk ke KESAS. Nak ke pusat bandar Petaling Jaya, boleh melalui Jalan Gasing dalam 15 minit sahaja. Kalau nak ke KL, boleh ikut NPE terus. Nak ke Sunway pun dalam 10 minit. Sangat mudah!
AERA Residence ni adalah kemewahan pada harga berpatutan.
Cuba fikir begini, pada harga RM3xxk, kebiasaannya hanya dapat studio atau apartment tanpa facilities. Tapi dengan Aera Residence, yang dengan size yang besar, kemudahan yang banyak taraf kondo dan lokasi sangat strategik, anda boleh memiliki pada harga dalam RM3xxk sahaja!
Kalau nak jual balik semula nanti pun senang.
Oh ya, untuk beli AERA ni, tak perlu deposit besar. Jadi jangan risau. Tak perlu lah nak sediakan modal awal sampai puluhan ribu!
Baiklah..
Nak tahu lebih lanjut tentang AERA Residence ni? Kita boleh tunjukkan lebih lanjut dan kenapa kami fikir ini lah pilihan yang sangat bagus bagi tahun 2018 ni!
[wpforms id=”5770″]