Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.
Walaupun Semenyih terletak dalam negeri Selangor. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua, dan Kajang.
Semenyih nampaknya mula mendapat sambutan dari segi pembangunan hartanah berikutan pengumuman laluan MRT pada masa akan datang yang mana, akan ada perhentian di bandar kejiranan Kajang.
Antara pembangunan yang mula membangun di bandar ini ialah Setia Ecohill by SP Setia dan Eco Majestic by Eco World.
Berdasarkan peta, anda boleh lihat kawasan Semenyih yang highlight berwarna merah tu. Semenyih terletak betul-betul bersebelahan dengan Bangi dan Kajang. Bawahnya pula kita boleh lihat ada Mantin dan di sebelahnya pula Lenggeng.
Menganjur ke bahagian barat laut, anda boleh lihat Semenyih berdekatan dengan bandar-bandar membangun yang lain seperti Puchong, Seri Kembangan, Petaling Jaya dan Cyberjaya.
Dari Semenyih ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, ia mengambil masa sekitar 50 minit dengan jarak 39 km dengan melalui Lebuhraya SILK. KLIA juga tidak terlalu jauh. Makan masa sekitar 40 minit sahaja.
Kalau kita lihat dari segi komposisi penduduk, Semenyih mempunyai anggaran 90 ribu penduduk dan kini kian meningkat setiap hari. Berdasarkan carta pai yang di atas, anda boleh lihat separuh daripada penduduk kawasan Semenyih ini didiami oleh kaum berbangsa Melayu dengan kadar 51%.
Diikuti dengan kaum berbangsa Cina dengan 25% dan kaum India 17%. Bukan Warganegara pula sebanyak 5% manakala Bumiputera Lain dan Lain-lain Bangsa mempunyai peratusan yang sama iaitu 1%.
Lonjakan harga hartanah adalah disebabkan lonjakan permintaan hartanah yang berlaku kerana pertambahan jumlah penduduk, perluasan sempadan kawasan, dan peningkatan aktiviti ekonomi penduduk setempat.
Harga hartanah yang tinggi mengundang pemaju-pemaju hartanah yang
memiliki modal besar antaranya termasuklah Metro Kajang Holding, SP Setia, Homecity Group, dan lain-lain berlumba-lumba membangunkan projek-projek perumahan berskala besar di daerah Hulu Langat.
Projek perumahan yang dibangunkan dilengkapi dengan kemudahan pusat perniagaan, pusat beli belah dan pelbagai infrastuktur sosial. Fenomena ini menjadikan mukim-mukim di daerah Hulu Langat yang sebelum ini merupakan sebuah pekan mengalami transformasi fizikal menjadi sebuah bandar sedang membangun.
Kadar pertumbuhan penduduk yang pesat telah meningkatkan keperluan terhadap rumah kediaman.
Berdasarkan analisa dari Julai 2018 hingga Mac 2019, median harga bagi rumah banglo di Semenyih mencatatkan RM615k, Semi D dengan RM784k diikuti dengan rumah teres dengan harga mediannya RM395k.
Tidak lupa juga bagi non-landed, harga median bagi Apartment adalah RM255k dan rumah Flat RM70k.
Di samping itu, permintaan tinggi hartanah didorong oleh kuasa beli yang tinggi oleh daerah di persekitarannya seperti KL dan Putrajaya. Ini kerana harga hartanah di kawasan sebegini lebih rendah berbanding di pusat bandar dan bandar-bandar besar berhampiran. Mereka membeli hartanah di sini sebagai satu bentuk pelaburan.
BACA LAGI: SST bukan petunjuk utama penurunan harga rumah
Kemudahan menjadi faktor utama yang dititikberatkan sebelum mendiami sesebuah kawasan. Jadi di sini saya rangkumkan serba sedikit kemudahan yang ada ataupun berdekatan dengan Semenyih dalam bentuk point.
Antara kemudahan yang ada:
Kebolehan untuk mengakses dari satu tempat ke tempat yang lain menjadi lokasi terbaik untuk dijadikan target bagi pembelian hartanah.
Oleh sebab itu, Semenyih memenuhi ciri tersebut dengan adanya jaringan lebuhraya yang boleh menghubungkan bandar tersebut dengan bandar sekitarnya. Antara lebuhraya yang ada:
Jika anda dari Semenyih ingin ke Putrajaya dan Cyberjaya hanya mengambil masa sekitar 35 minit sahaja dengan menggunakan Lebuhraya SILK.
Justeru itu, daerah Hulu Langat turut dihubungkan dengan Kuala Lumpur oleh sistem pengangkutan rel seperti kereta api komuter, LRT dan MRT.
BACA: Review Putrajaya – Bandaraya Pintar dan Futuristik
Dalam pada kita meneliti aspek komposisi penduduk, analisa harga kawasan dan kemudahan yang ada. Semenyih dan kawasan sekitarnya turut menyediakan tempat-tempat menarik untuk anda kunjungi di masa kelapangan bersama keluarga tercinta.
Berikut merupakan antara lokasi yang boleh anda lawati:
Tarikan utama yang ada di Semenyih adalah Bukit Broga, yang mana terkenal dengan laluan pendakian serta pemandangan dari puncak bukit. Sesiapa yang berminat untuk melakukan pendakian, bolehlah ke sini.
Sekarang anda sudah tahu!
Sumber: Wikipedia, PropSocial, Brickz