Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Buyer : Assalamualaikum bang, nak beli rumah sebijik, soho, murah, tingkat tinggi, menghadap view paling best, ada HDA, kasi ikat tepi ye.. mau bungkus! hehehe.. nak buat duit siket.
Agen : Okay boss, sikijap ha… Boss, HDA xde la, yang lain semua ada.
Buyer : HAH!! takde HDA! TAK NAK LAH! nanti rumah terbengkalai!
Mesti korang pernah melalui pengalaman nie. nak beli rumah tapi takde HDA. Sentimen sekarang, yang mana tidak ada HDA semua tak berani nak beli. Tambah-tambah yang masih newbie lagi dalam pelburan hartanah.
Betul ke rumah takde HDA ini tak elok? Sebelum admin nak jawab, jom kita kenali dulu apa tu HDA dan Non HDA.
Housing Developent Act (HDA) adalah perjanjian jual beli untuk projek undercon untuk pembagunan kediaman (residential development) atau dengan kata lain buat rumah.
Kalau Non HDA pula adalah untuk pembinaan jenis komersial. Sebagai contoh SOHO, SOVO dan SOFO.
Jadi Non HDA ini adalah jenis pembinaan komersial, habis tu, kenapa semua orang takut nak membeli Non HDA?
Untuk rumah jenis HDA, developer perlu menyiapkan terlebih dahulu stage pembinaan barulah boleh memohon pembayaran dari bank. Kalau Non HDA, developer akan memohon pembayaran dari bank diawal stage pembinaan. Dengan kata lain, rumah HDA kalau tak siap tak dapat duit, kalau Non HDA pula dapat duit baru buat kerja. Oleh sebab itu, jika rumah dibawah HDA developer mesti mempunyai kewangan yang kukuh, kerana jika rumah tidak siap mereka tidak mendapat bayaran. Sebaliknya pula kepada non HDA, lepas developer mendapat bayaran baru buat kerja. Siap atau tidak faham-faham jela. =D
Loan margin untuk rumah dibawah HDA adalah sebanyak 90% sehingga rumah kedua. Loan margin untuk rumah ketiga dan seterusnya hanyalah 70%. Untuk non HDA pula, loan margin hanyalah 85% jadi korang perlu extra 5% downpayment untuk membeli rumah ini. Cumanya, korang boleh membeli sehingga 5 biji rumah non HDA pun masih boleh dapat loan marhin 85%. Sebab itu ramai pelabur minat rumah jenis ini. Tetapi ini tertakluk kepada bank ye. Ada admin dengar ura-ura yang mengatakan loan margin untuk rumah non HDA pun jadi 70% untuk unit komersial yang ketiga.
Tempoh pinjaman untuk unit HDA boleh sehingga maximum 35 tahun atau umur 70 tahun. Unit Non HDA pula cuma 25 tahun. Sebab tu komitmen untuk membeli rumah HDA adalah lebih murah. Sebab loan itu dipanjangkan sehingga 35 tahun berbanding non HDA yang hanya 25 tahun. Tapi admin ade kenal banker yang boleh beri pinjaman Non HDA sehingga 35 tahun! Nak tahu PM ye.
Kadar faedah bank pula berbeza sikit. Macam yang korang tahu lagi berisiko sesuatu produk pinjaman makin tinggi interest rate dia. ala, mcm CIMB dengan AEON. Kenapa interest rate AEON tinggi sebab dia memberi pinjaman kepada orang yang berisiko. CIMB pula lebih play safe. Jadi non HDA interest rate tinggi sikit berbanding rumah yang ada HDA. kenapa? HHaaa… korang baca balik point number 1.
Ini perkara penting. Kebanyakkan mesti nak keluarkan duit dari KWSP. Maklumlah, rumah baru. mesti nak renovate. Untuk rumah jenis HDA, tak ade masalah. korang boleh keluarkan duit kwsp korang tu. Buat la kitchen kabinet yang mahal-mahal. =p Unit jenis Non HDA pula, maaf lah ye. tak boleh keluarkan KWSP.
Setakat ini je perkongsian hari ini, rumusannya! Baik ke buruk rumah Non HDA ini? jawapannya tidak. kepada yang nak melabur, non HDA adalah lebih sesuai kerana loan margin yang tinggi. Cari developer yang dah establish, jangan beli dari developer yang korang check takde track record. Risiko tinggi tu.
Jangan lupa lika FB page kami ya.
https://www.facebook.com/kakiproperty.my/