Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Apa Itu Master Title, Strata Title, Dan Individual Title


Bila anda nak jual atau nak beli rumah mesti akan ada mention jenis-jenis title ni iaitu Master Title, Strata Title, Dan Individual Title.

Kalau rumah apartment ja, orang mesti tanya dah ada strata ke belum. Ke masih ada bawah master title lagi. Ada sebab mengapa mereka tanya macam tu.

Setiap jenis title ni akan affect atau memberi kesan kepada proses penjualan dan pembelian rumah anda. Boleh jadi susah untuk diuruskan, dan juga boleh mengambil masa yang terlalu panjang.

“Apa Itu Master Title, Strata Title, Dan Individual Title Ni?”

Title ni adalah hakmilik ke atas sesuatu hartanah. Saya asingkan mengikut jenis title atau hakmilik untuk anda lebih faham:

1) Master Title atau Hakmilik Induk

Master Title ni dibawah geran besar/induk yang nama ada satu nama dan selalunya di bawah nama developer. Bermakna tanah yang digunakan untuk membina rumah teres atau apartment tu belum dipecahkan ikut lot.

Setiap projek akan berada dibawah master title dan akan di convert kepada strata atau individual title selepas siap. Ada jugak projek yang dulu-dulu punya masih di bawah master title sebab developer tak convert.

Ada beberapa kelemahan kalau hartanah yang master title ni.

  • Untuk rumah di bawah master title yang dah lebih 10 tahun, hampir kesemua bank tak nak bagi loan.
  • Kalau berjaya dapat loan, proses pembelian agak lambat sebab kena lalui proses penukaran title daripada master ke strata/individual.
  • Kena keluarkan kos tambahan untuk penukaran title.
  • Kalau developer dah bankrupt, peguam anda kena cari liquidator untuk projek perumahan tu. Liquidator ni adalah pihak yang memegang semua fail-fail developer yang bankrupt tadi. Maka bertambah lambat la proses.

BACA: Mengapa Proses Beli Rumah Jadi Lambat

2) Strata Title atau Hakmilik Starta/Bersama

Strata title adalah untuk bangunan yang bertingkat yang mana setiap tingkat ada owner yang berlainan seperti kondominium, pangsapuri, townhouse, dan lain-lain.

Title ni memberi hak kepada pemilik untuk menjual rumah tanpa mendapat kebenaran daripada developer. Selain itu, Majlis Pengurusan Bersama dapat ditubuhkan untuk menguruskan hartanah tersebut dengan lebih sempurna.

Dibawah akta strata ni, pihak pengurusan diberi tangungjawab untuk menguruskan hartanah dari segi kutipan maintenance fee, repair benda-benda rosak, dan lain-lain.

Mereka ada hak untuk menyita barang boleh alih pemilik yang gagal membayar maintenance fee ni.

Master Title, Strata Title, Dan Individual Title

3) Individual Title atau Hakmilik individu

Lebih kepada rumah landed seperti rumah teres yang mana atas tanah tu hanya ada satu owner. Jadi, hartanah itu akan jadi hakmilik individu.

Hakmilik individu sama jugak macam strata, pemilik boleh jual tanpa mendapatkan kebenaran dari developer (tak perlu convert title)

Komuniti penduduk boleh ditubuhkan tetapi mereka takda hak untuk menyita atau membuat apa-apa ke atas pemilik yang tak nak bayar fee, sebab ini hakmilik individu bukan hakmilik bersama.

Bila anda dah tau jenis hakmilik ni Master Title, Strata Title, dan Individual Title, pastikan rumah yang anda nak beli nanti ada strata/individual title untuk memudahkan anda. Kalau master title, pastikan bawah 10 tahun dan developer belum bankrupt. Baru la senang proses jual beli rumah anda nanti.

Jika anda ingin mencari rumah dengan bajet yang sedia ada, anda bolehla ke sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan untuk anda.

 

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

13 Comments

  1. bagaimana prosedure dari segi pinjaman bank,penalti lambat kelulusan atau perlu ke booking fees sb ini rumah sub sales atau rumah tanah lot individu title dan apakah risikonya

  2. saya ingin tawaran pemaju yang menawarkan cash back untuk dijadikan deposit atau booking fees so bole ke saya buat demikian.

    jika saya membeli strata title dari rumah selangor ku,rumah wip atau rent to own so adakah saya akan mengalamisituasi berisiko di tipu kerana ia adalah anjuran kerajaan negeri

  3. saya telah pun terlanjur membeli rumah master title. Ada juga kadang2 saya terfikir,takut2 developer or kerajaan ambik balik itu tanah. dapat lawan balik kh? rsa berbaloi ke tidak beli rumah master title.
    tqvm

  4. Hai en.. saya nak tya..biasanya klu pemaju dah bankrup..starta akan di uruskan liquidator.. berapa ye anggaran kos klu liguidator yg uruskan.?

    • biasanya liquidator akan kenakan charge liquidator’s fees sebanyak 2% daripada harga jual beli jika anda / peguam anda inginkan mereka keluarkan surat perakuan dan akujanji tersebut.

      • Maaf sy ingin bertanya. Sy baru membeli rumah yg baru setahun diduduki. Bagaimanakah cara utk mendapatkan hak milik individu tersebut? Adakah perlu melalui developer dan adakah pembeli yg perlu membayar?

  5. Salam tuan…saya sudah pun selesai membuat pembayaran pinjaman dan juga strata title dan sudah dapat geran untuk rumah pertama. Masalahnya bila saya nak buat pengeluaran pihak kwsp mempertikaikan nombor strata dan alamat apartment saya tidak sama dan proses pengeluaran tidak dapat diteruskan, S&P pemaju tidak ada menyatakan nombor strata kerana perjanjian ini berlaku sebelum strata dikuatkuasakan. Apakah dokumen yang perlu saya dapatkan untuk menyatakan alamat rumah apartment saya itu adalah nombor strata seperti didalam geran tersebut? Terima kasih tuan.

  6. Salam Tuan.

    Boleh dapatkan cadangan bank mana yang accept housing loan untuk property under liquidator? Saya dah cuba hampir kesemua bank, dan rejected bila inform takde strata title melebihi 10 tahun…

    Tolong saya Tuan

  7. hi nak tanya, developer sudah bankrupt, company take over nak saya bayar maintenance fees, tapi tiada maintain apartment pun.. adalah tanggungjawab kita kena bayar juga walaupun developer tak buat apa apa untuk maintain building? … tiada security, common area pun tiada lampu.. building masih under master title. dan maintenance fees amount boleh caj sesuka hati oleh pihak take over?

  8. salam, saya nak tanya kalau fail sy master title mcm mne sy nk thu rumh tu low cost sbb dlm snp lama xde mngatakn low cost.. hrga snp lama RM64k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *