Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Apa yang anda perlu buat kalau rumah kena lelong!


Apa yang anda perlu buat kalau rumah kena lelong!

Perkataan lelong nie adalah perkataan yang menakutkan kalau owner rumah dengar. Tambah-tambah bila dapat notice lelong dari bank. Waktu itu kita menangis bagaimana sekalipun, rumah kita akan hilang. Tempat teduh keluarga kita akan dijual. Makna Rumah ku Syurga Ku dah tidak membawa maksud. Kes lelong ini melibatkan banyak pihak, jadi jika rumah korang dah dilelong agak sukar untuk betulkan.

Kalau harga jualan lelong itu melebihi harga hutang anda, alhamdulillah. Tetapi kalau kurang dan melebihi RM30,000 korang boleh di isytihar bankrupt atau muflis. Tetapi dengan keadaan ekomoni yang mencabar ini, ramai yang tidak ada perkerjaan dan tidak mampu membayar komitment rumah. Jadi bila rumah korang dilelong, harga akan menjadi murah dan menyebabkan harga rumah tidak mampu cover hutang anda.

Jangan Tunggu Sehingga kena Lelong

Kakiproperty mengalakkan korang berhubung dengan bank sebelum rumah anda dilelong. Kalau korang hubungi bank sebelum surat lelong keluar, lebih mudah untuk menguruskannya.

Tapi jika surat lelong dah keluar, Kakiproperty akan berkongsi sedikit tips.

Tips jika rumah anda kena lelong.

i.jpg
  1. Cuba berbincang dengan pegawai bank!

    • Jika proses pembidaan seperti dokumen dan proses tidak lengkap dan belum ada pembida yang datang anda masih ada peluang.
  2. Merayu supaya dengan lawyer dan pembida menarik diri

    • Jika semua proses dah selesai. Cara terakhir adalah dengan merayu pada peguam dan pembida. Berbincang dengan baik. Insyaallah boleh membantu. selalunya mereka akan meminta Fee atau yuran untuk kos marketing, kos datang sini dan kos bidaan. Taklepas RM 1000 – 2000. tetapi ada yang baik hati dan tak kisah.
  3. Keluarkan KWSP dan langsaikan tunggakan

    • Kalau berjaya selamatkan rumah anda dari dilelong, cepat-cepat berbincang semula dengan lawyer.
    • kalau boleh guna KWSP untuk langsaikan tunggakan gunakan.
  4. Hubungi Agen dan jual rumah anda secepat mungkin.

    • Selepas itu jual rumah anda, tapi anda kena flexible dengan terma dan syarat penjualan. Selagi anda boleh jual melebihi harga hutang anda itu dah elok. Waktu ini jangan la tamak nak menjual mengikut Market Value, sebab rumah anda kena dijual secepat mungkin. Proses untuk loan disburst lama, bukan sekejap. Jadi anda masih perlu membayar komitmen bulanan sehingga rumah anda dijual.
  5. Hubungi AKPK

    • Ini yang sepatutnya korang buat awal-awal. Hubungi AKPK dan berbincang. Mereka ini adalah agensi kerajaan yang akan banyak membantu korang. Tapi kalau JANGAN lupa bayar AKPK. Susah nanti, sebab ini adalah jalan yang terakhir.
    • Ini adalah LINK AKPK.

Harap artikel ini dapat membantu korang yang berada dalam kesusahan. Cuma kalau boleh selesaikan masalah hutang anda sebelum keluar notis lelong. Lebih mudah.

 

 

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

2 Comments

    • Tumpang tanya saya sebagai penyewa. Rumah yang saya sewa sekarang telah keluar notis rumah akn dilelong sekian tarikh.. Apa yang harus sy lakukan kerana saya baru sebulan sewa rumah tersebut dan telah mengeluarkan kos utk baik pulih rumah tersebut.. Sudah cuba untuk berhubung dengan owner tp gagal dan owner berdiam diri.. Tenancy agreement baru je saya sign.. Mohon bantuan dari tuan advice sy ape yg perlu sy lakukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *