Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Jika ada yang di antara anda telah beli rumah under construction (undercon) atau projek baru, dan juga untuk anda yang baru je dapat kunci, anda akan lalui Defect Liability Period ni atau dalam bahasa melayunya tempoh liabiliti kecacatan.
Apa sebenarnya Defect Liability Period ni dan mengapa anda perlu lalui tempoh ni. Ini semua untuk adalah untuk melindungi anda sebagai pembeli rumah daripada mendapat rumah yang cacat. Jom tengok lebih detail tentang Defect Liability Period.
Defect Liability Period adalah tempoh jaminan yang diberi oleh pihak pemaju kepada pembeli. Di dalam tempoh ni, pihak pemaju bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kecacatan yang berpunca daripada bahan-bahan binaan yang digunakan atau hasil kerja yang tidak berkualiti. Kalau anda yang rosakkan, memang la pemaju tak kan repair.
Tempoh jaminan pula selalunya 18 bulan. Bergantung kepada pemaju jugak. Saya pernah sewa rumah yang baru siap, pemaju tu bagi 2 tahun (24 bulan) tempoh jaminan.
Mengikut tulisan SaujanaGombak, antara yang anda perlu fokus adalah:
1) Jubin dan lantai. Selalu jubin ni anda kena ketuk-ketuk perlahan untuk elakkan ruang kosong dalam jubin. Jubin yang tona warna terlalu berbeza.
Check juga kalau ada jubin yang sumbing atau pemasangan yang tidak kemas seperti senget ke, tidak selari.
2) Dinding. Pastikan dinding dibuat dengan kemas, tidak ada lekuk-lekuk pada dinding atau cat yang bertompok-tompok yang tidak sekata terlalu ketara.
Pastikan tiada rekahan pada dinding atau dinding tidak lembap, dinding yang lembap akan mengundang masalah fungus.
3) Pintu. Pastikan pemasangan pintu tu kemas. Bila buka dan tutup tak sangkut dengan lantai dan tiada ruang yang terlalu besar antara pintu dan bingkai.
4) Tingkap pun sama dengan pintu. Check sama ada anda boleh buka sepenuhnya dan tutup dengan sempurna.
5) Sliding door. Untuk yang ada sliding door, pastikan pintu tu boleh slide dengan lancar, tak sangkut-sangkut. Boleh buka dan tutup dengan sempurna.
Tengok dia punya kaca, ada retak ke tak.
6) Sistem paip. Untuk ini anda kena check sama ada terdapat kebocoran atau pun tekanan air yang terlalu rendah. Ada tak paip-paip yang tersumbat.
Ada perlu jadi seorang yang detail bila nak check rumah. Bukan apa, anda beli harga beratus ribu jadi anda berhak untuk dapat rumah yang anda puas hati.
BACA LAGI: Tips Check Defects Rumah
Kalau anda renovate, jangan renovate sehingga mengubah struktur asal rumah tu. Setakat tambah grill boleh ja. Tapi kalau anda pecahkan dinding untuk luaskan bilik ke, yang itu akan menyebakan tempoh jaminan terbatal. Sebarang kerosakkan anda tangung sendiri. Rugi la anda. Nak revonate besar-besaran tunggu lepas tamat Defect Liability Period tu ye.
Selain tu, kalau ada kerosakkan yang anda dapat kesan, jangan tunggu. Segera buat laporan segera kepada JMB untuk dimaklumkan kepada pemaju. Sebab, kalau anda tunggu dan tempoh jaminan dah tamat, developer dah tak bertangungjawab dah walaupun kerosakkan tu sememangnya disebabkan oleh hasil kerja pemaju yang tidak berkualiti. Pastikan anda sentiasa alert bila Defect Liability Period ni tamat.