Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui apakah itu tanah leasehold dan sebaliknya termasuk penggunaannya. Ini bukan sahaja menyebabkan begitu banyak tanah yang terbiar kerana tidak dapat diusahakan dan ini boleh membawa kerugian yang besar kepada pembangun dan pemilik tanah. Jadi hari ini kita nak sentuh perbezaan leasehold dan freehold.
Sebab itu setiap kali jika kita menyelak surat khabar kita akan ternampak terpampang iklan mengenai projek perumahan, kita harus mengambil tahu apakah kategori sebenar hartanah tersebut. Di sini kita mendapat nasihat dari Amir Mhd Zain untuk informasi lebih lanjut serta penjelasan terperinci mengenai perbezaan leasehold dan freehold tanah tersebut.
Apakah Perbezaan Freehold dan Leasehold?
Sama ada kita menyelak surat khabar, mahupun ternampak iklan sepanduk tentang projek pembinaan perumahan, perkara pertama yang perlu kita ambil kira adalah tentang kategori hartanah tersebut.
Apa yang dimaksudkan sebenarnya?
Setiap jualan aset hartanah yang diperdagangkan terutama rumah, akan dipecahkan menjadi dua bahagian iaitu hartanah freehold dan hartanah leasehold.
Apakah perbezaan di antara kedua-duanya ini?
Jom kita usya dan tengok apa maksud setiap satu.
#Hartanah Freehold
Hartanah freehold ataupun hartanah pemegang bebas merupakan satu bentuk perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pihak pembeli.
Sekiranya pihak pembeli membeli hartanah tersebut, maka segala bentuk fasiliti sama ada rumah mahupun tanah yang didiaminya menjadi hak milik pembeli secara seumur hidup.
Sebagai seorang pelabur, untuk mendapatkan hartanah freehold merupakan satu cabaran yang sangat besar. Mengapa, susah ke sebenarnya untuk mendapatkan hartanah freehold ini?
Kesukaran untuk mendapatkan hartanah berstatus freehold ini kebanyakkannya di kawasan Lembah Klang mahupun tempat-tempat membangunan seperti di Selangor.
Walaupun tidak semua, namun ia boleh dikatakan agak sukar. Hal ini disebabkan lokasi-lokasi tertentu ini berkemungkinan besar mempunyai projek-projek yang bakal dibangunkan pada masa akan datang.
Kalau kita tengok betul-betul, pemilikan hartanah freehold semakin berkurangan dan wujudnya nilai harga yang sangat mahal.
Tambahan lagi, kebanyakkan iklan-iklan pihak pemaju hartanah bagi projek perumahan banyak yang mempamerkan status Leasehold iaitu pajakan hartanah.
#Hartanah Leasehold
Hartanah leasehold merupakan satu bentuk pemilikan hartanah secara pajakan iaitu selama 99 tahun.
Selepas tempoh 99 tahun, hartanah tersebut akan menjadi hak milik pemilik asal sebelum tanah itu dijual.
Menakutkan, kan?
Persoalannya di sini, adakah berbaloi untuk kita membeli hartanah berstatus leasehold?
Soal berbaloi ataupun tidak, tu bergantung.
Kenaikan harga rumah terutama freehold menjadikan sebahagian daripada kita sukar membuat pilihan.
Walau bagaimanapun, kita perlu bijak membuat keputusan dan membuat perbandingan dari segi tempoh pajakan, potensi pembangunan, dan faktor-faktor lain.
Jangan lambat sangat dalam membuat keputusan. Takut rumah tu disambar orang.
Tetapi jika anda memilih untuk tinggal di kawasan yang jauh dari pusat bandar, terutama di kawasan luar bandar, pemilikan freehold boleh diutamakan kerana di kawasan ini banyak hartanah freehold amat mudah didapati.
Kalau tanah freehold, boleh anda jadikan sebagai tempat tinggal keluarga anda dan memberikannya kepada generasi akan datang (kalau anda nak).
Kesimpulan
Secara kesimpulan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Ada yang murah ada yang mahal, malah ada yang berbaloi ada juga sebaliknya.
Persoalannya, jangan biarkan kita terlalu mengharap kepada hartanah freehold semata-mata, boleh juga jadikan hartanah leasehold sebagai aset dengan syarat kita berusaha memohon agar masa pajakan itu dilanjutkan bagi tempoh tertentu.
Semoga penjelasan di atas mampu membantu orang ramai dalam usaha untuk mendapatkan tanah untuk tempat tinggal atau untuk dijual dijadikan sebagai projek pembangunan yang terancang oleh pembangun yang boleh dipercayai.
Bak kata Encik Amir kita pun janganlah terlalu mengharapkan tanah freehold semata-mata kerana leasehold juga tidak kurang hebatnya untuk kita jadikan sebagai aset kerana kita perlulah berusaha sedikit untuk memohon agar tempoh pajakan anda itu boleh dilanjutkan bagi tempoh yang tertentu.
Jika anda ingin bantuan dalam penjualan rumah anda, anda bolehlah klik sini: Jual/Beli Hartanah , nanti kami akan semak.