Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Pernah tak anda tertanya pada diri sendiri boleh tak beli rumah dengan gaji yang ada sekarang. Boleh tak kalau beli rumah dengan gaji RM2000?
Yela kan, selalu orang menyembang dengan gaji yang dah RM3000 ke atas. Habis tu, yang bawah pun mesti la nak jugak beli rumah kan.
Kalau tengok macam tak cukup nak beli rumah, sebab tu ramai yang sangat tertanya-tanya, boleh ke tak beli rumah kalau gaji rendah ni.
Secara teori memang boleh beli, tetapi adakah anda boleh bayar komitment bulanan, bagaimana pula dengan deposit?
Jika anda tahu cara pengiraan kelayakan pinjaman perumahan, anda boleh kira berapa harga rumah yang anda layak.
Untuk yang bergaji dalam lingkungan RM2000 ni, ada bank yang boleh bagi pinjaman untuk harga rumah RM200,000 jika anda tiada komitmen lain yang mengurangkan gaji anda tu.
Maknanya anda boleh fokus kepada rumah low cost. Tetapi ada juga rumah yang harga bawah RM200,000 bukan kategori low cost.
Kalau anda tinggal di kawasan bandar, mungkin agak susah nak cari rumah yang bawah RM200,000.
“Ala, bawah RM200,000 dapat rumah flat je la”
Yela, rumah flat pun adalah satu aset jugak. Saya ambil contoh satu kes yang pernah saya handle. Seorang owner yang nak jual rumah flat medium cost di seksyen 28 Shah Alam.
Dia beli pada harga RM144,000 sekarang dia jual pada harga RM190,000 dan duit tu dia buat beli rumah teres sebab sekarang gaji dia dah tinggi.
Jenis rumah bukan la satu alasan untuk mengatakan anda tidak mampu untuk beli rumah. Anda sewa rumah flat pun dah RM600-800 sebulan. Tambah sikit je dah boleh dapat rumah sendiri.
Berbalik kepada perbincangan awal tadi, kalau ada komitmen lain pulak macam mana? Kena cari cara untuk kurangkan atau habiskan komitmen tu. Atau cuba kira kelayakan pinjaman rumah:
CARA KIRA KELAYAKAN PINJAMAN RUMAH
Kalau anda layak, anda kena cari deposit pulak iaitu dalam 13% daripada harga rumah.
Kalau harga RM200,000 deposit dan kos mungkin memerlukan dalam RM26,000. Kalau anda nak beli sekarang jugak memang la tak cukup lagi deposit tu.
Kumpul slow-slow deposit tu, ada beberapa artikel yang kami share cara cari deposit rumah. Boleh cuba cara-cara tu.
Nasihat kami, tak perlu terburu-buru. Biar la asas kewangan kita dah kukuh dan pada masa yang sama belajar cara uruskan wang supaya anda tak termasuk dalam perangkap kewangan seperti kad kredit, personal loan, dan lain-lain yang menyebabkan laporan kewangan jadi tak elok.
Haa kalau rasa nak beli rumah atau semak harga boleh klik sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.
BACA LAGI: Tips kumpul deposit rumah