Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Cara Baca Geran Yang Mudah


Setiap pemilik hartanah mesti ada geran yang membuktikan pemilikan hartanah tersebut. Tetapi adakah anda tahu cara baca geran yang ada pada anda tu?

Begitu juga untuk rakan-rakan yang bakal memilik hartanah sendiri. Anda mesti nak tahu macam mana cara nak baca geran supaya urusan jual beli hartanah anda akan jadi lebih lancar.

Setiap geran akan ada menyatakan sekatan-sekatan ke atas hartanah anda. Jadi penting untuk anda tahu. Artikel kali ni kita tengok cara yang paling simple untuk baca geran.

BACA LAGI: Jenis-jenis Sekatan Hartanah

Cara Baca Geran

Kebanyakkan geran tanah ni mempunyai 3 muka surat. Setiap muka surat menyatakan maklumat tertentu:

  1. Mukasurat pertama: Maklumat Tanah
  2. Mukasurat kedua: Maklumat Pemilik
  3. Mukasurat ketiga: Plan Tanah

Jom tengok apa ada kat muka surat pertama, yang ini geran tanah ye:

Cara Baca Geran
Image: safwansalleh.com

Yang pertama anda boleh lihat kotak atas sekali Tajuk. Ini adalah jenis hakmilik.

Kotak biru tu pulak di mana anda boleh dapatkan maklumat tentang tanah. Kalau orang tanya luas tanah, no. lot dan sebagainya ada di situ.

Kotak hijau pulak menyatakan tujuan tanah tu, untuk apa dibenarkan. Macam gambar di atas untuk dusun. Kalau untuk buat rumah, akan dinyatakan “untuk bangunan kediaman”.

Muka surat kedua:

Cara Baca Geran
Image: safwansalleh.com

Tengok kotak hijau tu, kalau dalam geran tanah kediaman, akan ada dimuka surat pertama selalunya. Bahagian ni akan bagitau kalau-kalau ada sekatan seperti leasehold.

Kotak kedua tu adalah maklumat pemilik.

Cara Baca Geran
Image: safwansalleh.com

Muka surat ketiga ni juga ada maklumat tanah tapi disertakan dengan plan tanah. Kat sini la anda boleh jenis berapa panjang dan lebar tanah anda.

Gambar bawah ni adalah contoh geran rumah kediaman. Cuba tengok tajuk, syarat-syarat nyata, dan sekatan. Ini untuk kes hakmilik sementara atau leasehold. Kalau freehold macam gambar di atas tadi, tiada sekatan.

Cara Baca Geran
Image: puteraharta.weebly.com

Tak susah pun kan nak baca geran? Hanya perlu fokus kepada point yang penting macam jenis hakmilik dan sekatan. Lepas tu, untuk yang nak jual rumah sila buat land search atau carian tanah dahulu, takut tiba-tiba ada orang kaveat rumah anda pulak. Semua tu ada dalam artikel ini.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *