Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Selalu kita banyak berbincang dan bagi contoh cara beli rumah medium cost, macam mana pulak cara beli rumah low cost?
Sama atau berbeza? Rumah low cost ada syarat tau nak beli dan memang kena tau caranya.
Kalau boleh, banyak tu orang nak beli rumah low cost sebab harga yang rendah.
Tapi sebelum tau cara beli rumah low cost ni, anda juga perlu tahu tentang kelebihan dan kekurangan rumah low cost ni.
Paling yang ramai suka memang la harganya yang murah. Semuanya bawah RM200,000.
Kalau dekat kawasan bandar pun boleh dapat RM180,000 macam tu. Kalau luar bandar sikit mungkin dalam RM120,000 boleh dapat dah.
Kalau harga macam tu, komitmen bulanan baru RM600-900 ke bawah. Best kan.
Kelebihan lain ialah rumah low cost dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah, jadi yang gaji tinggi tak boleh la nak bolot.
Antara kekurangan yang sering jadi bualan ialah:
Disebabkan untuk cut cost pembinaan, tapak pembinaan sudah semestinya tak luas. Jadi ruang parking kereta sangat terhad.
Satu blok yang ada 50-80 unit mungkin hanya dapat 20-30 tempat letak kereta sahaja. Tiada slot khas mengikut rumah.
Untuk parking kereta memang akan sangat mencabar, yang guna motorsikal mungkin tak perlu risau bab parking.
Maintenance pula agak kurang kerana kebanyakan penghuni susah nak bayar Maintenance Fee.
Kekurangan pungutan duit maintenance menyebabkan blok anda tak anda diselenggara dengan baik. Tambah-tambah lagi jika yang ada lif.
Paling kurang best banyak pendatang asing di sesuatu kawasan tumpuan industri.
Disebabkan sewa yang murah, banyak syarikat yang menyewa untuk pekerja asing.
Tapi bukan semua rumah low cost adalah masalah ni.
Disebabkan perkara 3 dan 4 tadi, kebersihan rumah low cost tidak terjaga. Kebanyakan rumah low cost agak kurang bersih.
Walau macam mana pun, kekurangan di atas ni bukan la nak takutkan anda supaya cancel beli rumah low cost tu. Kita berkongsi agar anda boleh siapkan diri dengan situasi yang bakal anda hadapi. Jadikan low cost rumah pertama, nanti dah cukup gaji dan deposit, beli la rumah kedua yang medium cost pulak.
Cara beli rumah low cost tak ada beza dengan cara beli rumah yang lain TETAPI perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
Syarat rumah low cost ni pula di bawah kerajaan negeri. Akan ada sedikit perbezaan.
Contoh di Selangor, syarat-syarat beli rumah low cost adalah seperti:
Kalau Kuala Lumpur pula syaratnya:
Kebanyakkan berbeza dari segi gaji dan ada tambahan syarat tertentu. Jadi sila semak dulu syarat untuk negeri anda di website lembaga perumahan negeri masing-masing. Kalau anda memenuhi syarat, cari peguam yang pakar untuk pembelian rumah low cost untuk mempercepat proses anda dapat rumah.
Alang-alang dah baca jauh ni, kalau ada berhajat nak beli rumah ikut bajet sendiri bolehla ke sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.
Saya nk tanya..klu beli rumah low cost kena tnggu surat dari kerajaan kn..benda tu ambil masa panjang ke?
Ya. untuk pembelian rumah kos rendah mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan kerajaan tempatan.Tempoh bergantung kepada hartanah yang dibeli.
saya pun ada pertanyaan,kenapa lama sangat ye proses nak dapatkan approval dari Goverment ? sy nak tahu proses apa yg ambil masa lama tu? bila sy tanya lawyer,diorang kata still under process of low cost consent under lembaga perumahan hartanah??
Tuan, adakah si isteri boleh membeli rumah low cost di Selangor, sekiranya si suami sudah telah membeli rumah di negeri lain (bukan rumah low cost)?
Tumpang tanya tuan.. jika lppsa.. proses yg betol perlu dpt kebenaran beli rumah kos rendah selesai, atau kelulusan lppsa tidak memerlukan doc kebenaran tersebut?
Kalau suami pembeli muflis, boleh tak pembeli beli rumah kos rendah? 1 pembeli sahaja
Salam
Tumpang tanya,
1. Jika dah ada rumah low cost flat, boleh tak beli low cost landed house? Ada masalah tak untuk consent?
Boleh ke buat consent utk nama isteri dalam geran tetapi yg buat loannya suami?
Mohon maklum balas ye, terima kasih.