Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Step By Step Cara Beli Rumah


Assalamualaikum. Hari ni saja nak menulis sikit. Hari ni saya check website saya lagi satu, Hartanahklselangor.com, dan rupanya ramai datang sebab nak tahu cara beli rumah. Jadi nak mudahkan saya sediakan dalam infographic.

Share-sharekan lah ya. Moga dimudahkan untuk semua.

*Kalau nak kami bantu carikan rumah dan dapatkan harga terbaik (dah tu memang kerja kami pun), boleh lah klik http://hartanahklselangor.com/carirumah. Daftar dan kami akan contact semula.

Cara Beli Rumah

Cara Beli Rumah

Kalau kita lihat infografik di atas, nampak mudah kan? Apa yang penting adalah untuk anda sebagai pembeli bersedia untuk membeli rumah. Ini adalah apa yang perlu pembeli bersedia sebelum memulakan untuk membeli rumah :

  1. Sudah buat carian dan dapatkan informasi tentang rumah yang ingin dimiliki. Informasi contohnya, sudah tengok kawasan, tahu harga pasaran dan lain-lain.
  2. Menjaga rekod kewangan dengan baik. Maksudnya, loan yang ada perlu dibayar ikut masa. Jangan terlewat. Jangan buat hutang yang tak diperlukan. Jangan boros berbelanja.
  3. Mula menyimpan. Simpanlah gaji dan pendapatan tiap bulan di akaun khas. Letakkan dalam Tabung Haji atau ASB atau fix deposit.
  4. Bersedia dengan deposit. Ada rumah yang tak perlukan deposit yang besar. Tetapi bersedia sahaja dan jadikan amalan untuk ada wang deposit 10-20% dari harga rumah. Senangnya macam ini. Kalau beli rumah subsale, deposit sahaja adalah 10% dari harga rumah. Legal fee, loan legal dan lain-lain, boleh dianggarkan dalam 5%. Tapi kita set aside lagi 5% untuk repair dan kos-kos lain yang datang tanpa diundang.
  5. Cari lah ejen untuk berurusan. Ada orang nasihatkan untuk jangan guna ejen. Katanya kena bayar. Tapi mana lagi berbaloi? Bayar harga rumah mahal dan tanggung harga mahal sampai 30 tahun berbanding hire agent dan bayar dengan kos yang murah dan dia berusaha negotiate untuk dapat kan harga lebih baik. Ada kisah kawan saya yang yang beria-ia beli sendiri dan dia beli rumah pada harga RM580K sedangkan harga pasaran semasa di jual di kawasan tersebut adalah RM540K!

Selesai hadam maklumat  diatas? Boleh hubungi kami di borang ini untuk konsultasi atau bantuan dalam membeli rumah. Kami akan cuba sehabis baik untuk tolong anda, sehingga berjaya.

Baca: Menteri Sarankan Sewa Rumah Sahaja, Tak Perlu Beli

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

Kalau anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik Jom Beli Rumah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *