Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Cara Jual Rumah Masih Dalam Loan Kerajaan atau Bank


Bagi yang mempunyai rumah dan ingin menjualnya, banyak soalan yang bermain dan antara yang sering ditanya, boleh tak nak jual rumah yang belum habis bayar. Jawapannya boleh, tidak ada masalah pun. Lagipun yang anda lihat iklan-iklan orang jual rumah tu, loan mereka pun kebanyakkannya masih belum habis dibayar cuma anda perlu tahu cara nak jual rumah masih dalam loan.

Kalau anda nak tahu, kebanyakan pelabur hartanah memang akan jual rumah-rumah mereka semasa masih dalam loan. Anda juga tak perlu risau kerana nak jual rumah dalam loan ni tak melibatkan prosedur yang susah pun. Jom kita tengok caranya

Cara Jual Rumah Masih Dalam Loan

Yang pertama sekali, anda perlu tahu prosedur menjual rumah yang ada saya share dalam kakiproperty ni.

BACA LAGI: Tempoh Proses Jual Beli Rumah 

Dokumen Diperlukan Dan Step Pertama

Di dalam proses jual rumah, anda akan lalui proses menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA). Mana-mana proses jual beli rumah, SPA adalah dokumen yang penting. Untuk sampai ke proses ini anda perlu menyerahkan salinan-salinan ini kepada peguam:

  • SPA lama
  • IC
  • Loan Agreement lama
  • Geran

Setelah SPA siap ditandatangani oleh kedua-dua pembeli dan penjual atau selepas dapat consent (bagi rumah yang perlu consent), baru la peguam akan teruskan dengan proses untuk mengeluarkan ‘advice’ kepada pembeli/bank pembeli untuk selesaikan baki pinjaman penjual terlebih dahulu.

Pelepasan Cagaran

Kemudian, bank penjual atau LPSSA bagi loan kerajaan akan melepaskan cagarannya terhadap hartanah tersebut. Ini adalah proses yang biasa dipanggil sebagai ‘Pelepasan Cagaran’ atau ‘Discharge of Charge’. Selepasnya, barulah proses pindahmilik dan cagaran semula oleh bank pembeli boleh diteruskan.

Final Disbursement

Selepas cagaran semula oleh bank pembeli dan pertukaran hakmilik kepada pemilik baru selesai, barulah bank pembeli akan menyelesaikan baki bayaran kepada pemilik dan proses ini dipanggil ‘Final Disbursement’. Disini, secara asasnya berakhirlah proses jual beli dan Penyerahan Kosong (Vacant Posession) kepada pembeli berlaku.

Kesimpulannya, anda memang boleh jual rumah masih dalam loan sebab bank pembeli nanti akan bayar baki pinjaman anda kepada bank anda, anda anda juga tak terlibat secara langsung. Peguam yang akan uruskan. Anda cuma perlu sediakan dokumen yang diminta oleh peguam agar semua urusan berjalan lancar.

Bagi anda yang mahu menjual rumah dengan kadar segera, anda bolehlah daftar di bawah ni.

[gravityform id=9 title=false description=false ajax=true]

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

3 Comments

  1. Saya nak menjual rumah saya yang masih ada load kerajaan dan saya perlukan perunding hartanah untuk membantu boleh berhubung di talian 0125508365. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *