Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Anda tahu tak rumah anda di bawah status apa? Adakah rumah anda master title ke strata ke individual title?
Dalam artikel sebelum ini ada menyentuh tentang jenis-jenis title ni dan juga kepentingan title ni.
Setiap rumah yang baru sekarang ni akan terus diberi strata title atau pun individual title. Senang nak jual nanti berbanding dengan master title.
Tapi macam mana pulak dengan rumah yang master title ni. Macam mana cara jual rumah master title, boleh ke jual.
Rumah yang 10 tahun lepas sebagai contoh, kebanyakannya masih dibawah master title.
Jika rumah anda masih dibawah master title, ada kemungkinan pembeli tak nak beli.
Anda kena lalui proses ni bila nak jual rumah yang di bawah master title ni:
1) Kenal pasti developer rumah anda. kerana di bawah master title, developer di anggap “tuan tanah”, jadi anda kena dapatkan “kebenaran” developer untuk jual rumah anda.
2) Bila dah tau developer, cari peguam yang mahir dengan urusan penukaran title ni. Berikan butir-butir developer dan butir-butir rumah anda. Sudah tentu proses ni melibatkan kos tertentu.
3) Jika developer anda masih aktif, proses penukaran mungkin akan mengambil masa 3-6 bulan.
4) Jika developer anda sudah bankrupt, peguam anda terpaksa cari liquidator iaitu pihak yang memegang semua fail-fail developer yang telah bankrupt.
Yang ini akan diuruskan oleh peguam anda tadi, tapi tambahan kos dikenakan kerana urusan telah jadi semakin rumit bagi pihak mereka.
5) Setelah selesai penukaran daripada master title kepada strata/individual title, anda boleh la mulakan jual rumah anda.
Masa ni boleh la demand harga sikit sebab dah ada strata title. Pembeli pun lega sebab kurang kos dan lebih cepat dapat rumah. Loan pembeli pun senang nak lulus.
Kesimpulan, kalau anda plan nak jual rumah anda pada masa akan datang, tak salah untuk tukar title anda sekarang. Lebih cepat tukar lebih baik. Nanti nak jual tak perlu pening-pening dah.
Nak jual rumah dengan kadar segera bersesuaian dengan harga? Bolehlah rujuk di sini: Jual Rumah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Boleh saya minta pendapat Tuan? Lawyer saya ada menghantar surat untuk pertukaran Master title ke Individual title. Rumah saya belum siap sepenuhnya dan dijangka siap bln 6 tahun 2020. Adakah saya perlu proceed dgn process pertukaran title walaupun rumah belum siap sepenuhnya? Ada apa2 risiko tak jika rumah sudah Individual title tetapi pemaju bankrupt atau sebagainya?
Apa kelayakan utk mohon starta bagi rumah apartmnt dh lebih 10thn
contohnya klau bli rumah master title pastu kita nak tukar individual title mcm mna??kos dia ikut harga tumah masa kita bli kan
Betul, tuan.
Salam sy nak bertanya, sebelum ni sy ingin membeli sebuah rumah status master title kurang 10 tahun melalui agent. Segala urusan termasuk lawyer sehingga sign spa diuruskan oleh agent. Booking sudah dibayar, semua urusan spa, loan bank dah sign cuma tinggal lawyer untuk advise bank untuk keluarkan duit. Yg menjadi masalah apabila bank tidak mahu keluarkan duit disebabkan pemaju ada tunggakan cukai sebanyak RM500000 dengan pejabat tanah. Soalan sy, adakah sebelum ini peguam atau agent tidak tahu bahawa pemaju mempunyai tunggakan cukai sebanyak itu? Adakah kita sebagai pembeli mempunyai hak yang boleh disuarakan sekiranya berlaku hal sebegini? Adakah sy boleh dapatkan semula deposit yang telah dibayar? Dan adakah yuran guaman, stamp duti akan ditolak walaupun sy tidak berjaya memiliki rumah itu? Mohon penjelasan tuan.tq
salam tuan. Kadang-kadang apabila melibatkan kes pemaju yang mempunyai tunggakan cukai dengan PBT tidak diketahui sehingga ada transaksi berlaku. Jika kes ini, transaksi ini tidak dapat berlaku jika pemaju tak menyelesaikan tunggakkan. Tuan boleh mendapatkan semula deposit yang telah dibayar. Berbincanglah dengan pihak peguam untuk tindakan lanjut.