Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Siapa di antara anda sedang mencari rumah sekarang? Ada tak anda terfikir nak beli rumah lelong? Kalau anda ada berniat nak beli rumah lelong, jom kita tengok cara nak beli rumah lelong.
Rumah lelong ni memang best sebab anda berpotensi untuk dapat rumah yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Rakan sekerja saya sendiri baru-baru ni berjaya membeli rumah lelong pada harga RM180k, sedangkan harga pasaran rumah tu mencecah RM270k-280k.
Macam mana, excited tak nak tau cara nak beli rumah lelong ni?
1) Pertama sekali mesti la anda kena dapatkan senarai rumah lelongan. Anda boleh mendapatkan senarai tersebut di surat khabar, melalui bank, membeli di website, dan banyak cara lagi. Dalam senarai selalunya akan disertakan dengan alamat rumah yang akan dilelong.
2) Membuat tinjauan kawasan. Sebab itu senarai tadi penting kerana anda perlu survey dulu rumah dan kawasannya. Jangan sekadar tengok harga murah terus nak bida yang tu. Macam mana kalau rumah tu terlalu teruk, dan kawasannya yang terlalu dalam?
Tengok jugak sama ada rumah tu ada penghuni atau pun kosong. Selalu kalau ada penghuni, kerosakkan tak teruk, tapi yang teruknya bila penghuni tak nak keluar bila kita dapat rumah. Lebih baik target rumah kosong.
3) Survey harga pasaran dan harga jualan semasa. Harga pasaran tak semestinya sama dengan harga jualan semasa. Contohnya, harga pasaran RM300k, tetapi harga yang terjual atau yang diiklankan untuk kawasan tu pada masa sekarang hanya RM250k. Jadi anda kena anggap RM250k adalah harga pasaran bagi anda.
4) Buat anggaran kos untuk membaiki kerosakkan rumah. Bila anda dah survey rumah dan kawasan tadi, rumah yang anda berminat sila pastikan anda catitkan senarai kerosakkan yang anda perlu repair jika berjaya dapat rumah tu.
Daripada harga pasaran dan kos repair, dan boleh kira berapa harga maksimum yang anda nak bayar untuk rumah tu. Pastikan anda boleh dapat keuntungan daripada pembelian rumah lelong ni. Kalau tak, lebih baik anda beli subsale ja.
BACA LAGI: Tips Mengecat Rumah
5) Menyemak kelayakkan pinjaman dengan pihak bank. Pastikan juga anda mempunyai deposit yang mencukupi. Kalau anda nak jimatkan masa, anda boleh jadikan ini sebagai first step supaya anda dapat target rumah yang dalam lingkungan kelayakkan anda.
Jangan pergi kalau tak semak, sebab kalau anda menang bida tapi gagal settle kan baki bayaran rumah lelong tu, deposit anda akan burn walaupun loan anda kena reject. Ni tak macam subsale, kalau subsale deposit boleh dapat balik jika loan kena reject.
6) Pada hari lelongan pastikan anda sampai awal. Kalau boleh 2 jam awal. Semasa lelongan pula, jangan terlalu mengejar lelongan tu. Pastikan akan ikut harga maksimum yang anda tetapkan pada awal-awal tadi. Tak menang takpe, asalkan jangan rugi je. Objektif anda beli rumah lelong ni sebab nak jimat dan nak untung. Jadi jaga emosi semasa membida.
Rumah lelong pun ada risikonya, boleh baca kat bawah ni:
BACA LAGI: Risiko Rumah Lelong
Bagi saya jika anda betul nak dapatkan rumah lelong, cari la otai-otai rumah lelong atau pun ejen rumah lelong yang berpengalaman. Kalau guna ejen, cas mungkin dalam 1% hingga 3% daripada harga rumah yang anda menang tu. Ada juga otai-otai rumah lelong yang kenakan cas yang murah je. Boleh follow FB kakiproperty, kat situ kami ada share senarai otai-otai rumah lelong.
Bagi yang masih buntu nak cari rumah bersesuaian dengan bajet yang ada, anda boleh ke sini: Beli Rumah, kami akan semak untuk anda.
Salam,boleh saya dapatkan no call ada benda Nak cerita