Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Cara Beli Rumah Selangorku


Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana cara beli rumah Selangorku ni. Sebelum saya cerita macam mana nak beli rumah selangor ku, jom kita tengok latar belakang rumah Selangorku.

Rumah Selangorku ini adalah rumah kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan mampu milik yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Rumah ini adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan penduduk Selangor dapat membeli rumah melalui aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

Sebelum korang nak beli rumah selangorku, semak kelayakan korang dulu. Jangan main hentam nak beli je.

Harga Rumah Selangorku

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. MURAH kan?

Saiz Rumah Selangorku

Keluasan rumah adalah diantara 750 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

 

Kelayakan membeli rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan

Cara Beli Rumah Selangorku.

  1. Daftar mengikut IC korang disini.
  2. Pilih nak rumah mana dengan klik disini. Seperti contoh, korang pilih la Apartment Bestari (Jenis C). cari la rumah yang sesuai dengan korang ye. jangan main beli je, sebab rumah ini TIDAK BOLEH DISEWA. Cari dan pilih betul-betul
  3. Sediakan Dokumen yang perlu, sebab korang kena upload dokumen ini.
    1. Kad pegenalan Depan/ Belakang
    2. Surat Nikah / Pengesahan Bujang
    3. Penyata Gaji pemohon.
    4. Kad pengenalan pasangan
  4. Selepas korang dah upload dokumen ang diperlukan, korang klik je butang Hantar Permohonan. Siap!

Sekarang ini korang perlu tunggu je bila nak pilih unit. Rajin-rajin semak status permohonan korang. Jangan sampai terlepas. Rugi. Rumah selangorku memang murah.

Setakat ini sahaja saya kongsi cara nak beli rumah selangorku. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web

http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php

Harap artikel ini dapat membantu korang membeli rumah.

 

Nak beli rumah lokasi lain?

Klik sini: Jual/Beli Rumah. Nanti kami tengokkan.

 

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

17 Comments

  1. Bagaimana untuk membuat pembetulan @update maklumat di LPHS? Adakah hanya boleh hantar borang ke pejabat LPHS atau ad option untuk membuat pembetulan di online?

  2. Sy ade daftar online gune nama isteri. Lepastu suami pon ade daftar sekali. Bile nk masuk kan maklumat pasangan, error ni ic dah didaftar kan sebagai pemohon. Tahu tak mcm mne nk padam akaun yg telah didaftarkan atas nama isteri. Terima kasih utk maklum balas.

    • En perlu ke LPHS untuk membuang nama suami atau isteri. Laman web LPHS hanyalah untuk register dan update akaun sahaja setakat ini

    • Setakat ini aplikasi secara online sahaja tuan. Mungkin tuan boleh pergi ke LPHS untuk daftar secara manual. Tetapi kemungkinan besar di LPHS pun mereka akan suruh daftar secara online.

  3. Salam encik. Saya dh click di senarai projek.
    Kemudian saya dh pilih 1 projek. Mcm mana nak apply rumah tersebut. Bila saya click, keluar details projek tu sahaja.

  4. Saya ingin membuat rayuan mahu beli rumah mampu milik Selangorku Saya pun anak Selangor Saya pun undi Selangor Saya berumur 40 tahun Cadangan saya suruh saya kahwin saya pernah ada rumah saya Saya harap Selangorku dapat membantu saya terima kasih Selangorku

  5. Saya ingin buat rayuan Saya pun nak Selangor dan saya pengundi Selangor saya ingin membeli rumah Selangorku Sebelum saya kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *