Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Emerald Hills, Alam Damai – Kondo FREEHOLD Di Dalam KL Yang Eksklusif.


Memilik rumah sendiri yang selesa adalah impian semua. Apa lagi kalau dapat memiliki rumah yang selesa dan cantik untuk keluarga kita. Bayangkan, selepas balik daripada kerja, kita dapat pulang ke rumah yang cantik dan selesa. Rumah dengan tempat kerja pun tak jauh. Lagi best, kalau dapat status freehold.

Ketika petangnya, kita dapat bawa anak-anak untuk bermain di kolam renang atau di taman yang cantik. Tambah lagi rumah yang anda diami ini, di atas bukit dengan pemandangan yang cantik, siap dengan clubhouse, tambah lagi terletak berhadapan tasik yang tenang dan kawalan keselamatan yang baik untuk anak-anak anda. Bayangkan anda dapat kehidupan seperti ini.

Bayangkan.

Kerana anda memang boleh miliki rumah yang kami cadangkan ini. Apa lagi kalau ini adalah rumah pertama untuk anda beli bersama keluarga anda. Ini lah yang kami nak cadangkan. Projek yang kami cadangkan ini adalah Emerald Hills, Alam Damai Cheras.

Mari Baca Sedikit Sebanyak Tentang Emerald Hills, Alam Damai.

Ini kami sertakan maklumat tentang projek Emerald Hills, Alam Damai.

Maklumat Projek

Emerald Hills Alam Damai

  • Jenis Projek : Kondominium
  • Pegangan : FREEHOLD (Pegangan Kekal)
  • Lokasi : Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur
  • Jumlah Bilik : Datang dalam 3 jenis (2 bilik hingga 3+1 bilik)
  • Konsep : Kehidupan Kondo bandar di dalam taman tasik.

Lokasi

Emerald Hills ini terletak di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Ia di dalam wilayah Kuala Lumpur sendiri. Jarak nak ke pusat bandar juga tak lah jauh. Dan kawasan ini adalah kawasan yang cantik didiami dan terjaga selain demographic penduduk dari kalangan mereka yang kebanyakannya professional.

Layout

Ada 3 jenis layout untuk projek Emerald Hills ini. Semuanya sesuai untuk didiami keluarga. Dari 2 bilik yang sesuai untuk keluarga kecil ke 3+1 bilik yang selesa untuk sebuah keluarga yang agak besar.

Ini Yang Paling Menarik: Kemudahan Dan Kehidupan Eksklusif!

Antara banyak sebab untuk memiliki kondo di Emerald Hills ini adalah projek ini eksklusif dan kemudahan disediakan adalah amat menarik untuk kehidupan keluarga.

1. Clubhouse

Kondo ini di tengah-tengah 4 blok tersebut adalah tasik. Dan ianya di atas bukit dan menghadap tanah landai dan bukit bukau. Cantik sungguh pemandangannya. Di tengahnya ada sebuah clubhouse yang lengkap gym, dewan serbaguna dan kolam renang. Seronok sambil berenang di hujung minggu menikmati pemandangan cantik.

Hujung minggu boleh bersantai dengan keluarga di clubhouse

2. Di Atas Bukit Dan Berhadapan Tasik Yang Tenang Dan Cantik

Secara jujurnya, mana nak cari rumah berdepan tasik dalam KL ni kan? Bayangkanlah, buka-buka tingkap je nampak tasik yang cantik. Beriadah di clubhouse pun terus nampak tasik dari kawasan bukit yang tinggi. Nampak pemandangan di bawah. Seronok rasanya!

ini gambar sebenar. di ambil waktu senja. cantik kan? Petang-petang boleh jogging keliling tasik

3. Kemudahan lain.

Selain clubhouse tadi, setiap blok ada tenis court dan taman nya yang tersendiri. Selain itu, penghuni juga boleh trekking di laluan bukit yang merupakan hutan simpan. Emerald Hills, Alam Damai ini juga ada 4 lift bagi setiap blok dan 2 parking bagi setiap unit bagi menjamin keselesaan penghuni. Banyak lagi kemudahan eksklusif, tapi baca dulu sampai habis.

Bayangkan Anda Dapat Tinggal di Sini.

Kami pasti anda mahukan yang terbaik untuk keluarga anda. Anda bayangkan, sebagai seorang profesional yang saban hari bekerja keras memerah akal dan fikiran di pejabat, anda pasti mahukan kediaman yang selesa. Bukan sahaja dari segi rumah tersebut tapi dari keseluruhannya.

ini gambar kami ambil sendiri. cantik kan?

Anda masuk sahaja ke kawasan ini, landskap nya yang cantik sahaja dah menenangkan hati. Anak-anak anda pula boleh gembira bermain di kolam renang dan taman permainan. Petang-petang boleh berjogging keliling tasik. Hujung minggu pula anda boleh beriadah di laluan “trekking” atau BBQ di kemudahan yang ada. Tambah lagi, demografi penduduk Alam Damai adalah dari kalangan profesional, serta demografi pembeli projek ini juga akan membuatkan anda berasa senang dan tenang.

Anda tak mahu kah lifestyle yang macam ni?

5 Sebab Kenapa Emerald Hills Ini Wajar Anda Miliki?

1. Satu-Satunya Pembangunan “FREEHOLD” Di Alam Damai Dan Alamat Kuala Lumpur.

Dalam kawasan Alam Damai, tak banyak kondominium yang di jual. Dan yang lain-lainnya adalah pegangan sementara (Leasehold). Projek ini sahaja dalam kawasan tersebut yang berstatus Freehold. Kan aman tenteram memikirkan ianya FREEHOLD supaya senang anak-anak nak mewarisi nanti.

2. Tempat Yang Strategik, Aman Dan Sesuai Untuk Berkeluarga

Anda membeli sebuah rumah kediaman yang poskodnya dalam KL. Lokasinya strategik. Nak ke Pusat Bandar pun tak jauh. Tambah lagi MRT Taman Connaught berdekatan sahaja.

Yang seronoknya di Alam Damai ni, sesuai dengan namanya, ianya adalah tempat yang aman dan tenteram. Boleh dikatakan suasananya macam Bukit Jelutong, Shah Alam. Landskap cantik menghijau, kereta pun tak banyak di jalan, persekitaran yang tenang. Sesuai untuk anda tinggal berkeluarga.

3. Projek Di Bina Oleh Pemaju Berkualiti

Projek ini adalah salah satu projek Guocoland. Kami ada menulis tentang kenapa Guocoland adalah salah satu pemaju terbaik di Malaysia. Jadi jangan lah takut tentang kualiti rumah yang siap nanti tak semenggah atau lagi teruk rumah yang kita impikan ni hanya naik tiang sahaja. Rumahnya tak siap!

4. Dalam Julat Harga Berpatutan Untuk Projek Sebegini

Emerald Hills Alam Damai adalah projek beralamat KL dan bukan shoebox apartment (SoHo), serta datang dengan bukaan dan saiz bilik yang besar. Sesuai untuk keluarga, harganya adalah dari RM 5XX,XXX sahaja.

Untuk harga itu dan dengan “title” FREEHOLD nya lagi, harga itu boleh dikira rendah dan 5-6 tahun nanti bila anak dah besar dan nak cari rumah lebih besar lagi, boleh lah jual kan dan pasti harga pun dah naik tinggi!

5. Pakej Yang Sangat Menarik!

Yang ini lah yang terbaik! Pemaju memberikan pakej khas untuk pembeli bumiputra dan dengan pakej ni anda tak perlu pun nak sediakan wang deposit dalam jumlah yang besar. Cukup RM3,000 sahaja anda dah boleh booking sebuah kediaman yang anda impikan ini. Yang lagi hebat, anda boleh dapat cashback hingga RM20,000! Banyak boleh guna dengan RM20K tu termasuk kalau nak renovate rumah anda dengan cantik.

Tapi kami nak kena beritahu awal. Unit Emerald Hills, Alam Damai yang tinggal tak lah banyak sangat dan pakej ini pun di tawarkan dalam masa terdekat ini sahaja. Jadi, kalau sekarang lah masa anda nak beli kediaman impian sendiri untuk keluarga anda, jangan lambat-lambat.

Di bawah ini ada borang maklumat. Anda isi sahaja dan nanti wakil dari pihak pemaju akan menghubungi anda. Jangan tunggu lama-lama, nanti jadi macam orang lain “Kalaulah aku beli rumah ni dulu”.

Jangan tunggu lagi. Isi maklumat anda di bawah sekarang ya!

BORANG PENDAFTARAN EMERALD HILLS

    Berminat? Daftar di bawah.

    [dynamichidden utm-source "CF7_GET key='utm_source'"]
    [dynamichidden utm-medium "CF7_GET key='utm_medium'"]
    [dynamichidden utm-campaign "CF7_GET key='utm_campaign'"]
    [dynamichidden utm-term "CF7_GET key='utm_term'"]
    [dynamichidden utm-content "CF7_GET key='utm_content'"]

    Kongsi Artikel Ini
    Ketua Editor
    Ketua Editor

    Ketua editor bagi www.kakiproperty.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *