Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kaki Review: Empire City


Kaki Review: Empire City

Dijadualkan sebelumnya untuk dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2017 namun disebabkan terdapat masalah kelewatan yang tidak dapat dielakkan salah satu daripada kompleks beli-belah terbesar di Malaysia iaitu Empire City Mall yang mana proses pembangunannya merangkumi pusat beli-belah yang sangat luas termasuk hotel-hotel ternama yang bakal menjadi tempat penginapan mereka yang berkunjung di sana selain deretan pusat hiburan yang bakal mewarnai sekitar kawasan Damansara Perdana itu terpaksa ditangguhkan lewat tahun ini.

1. Integrasi Gaya Hidup Kontemporari

Memperkenalkan konsep integrasi antara gaya hidup komersil dan rekabentuk klasik dan elegan digabungkan dengan rekabentuk moden untuk memberikan suasana dan dunia yang unik di samping memberikan kelainan pada setiap bangunan di Empire City. Lokasinya yang strategik di tengah Damansara membolehkan ia untuk menarik pengunjung dari pelbagai lapisan usia dan pendapatan untuk berkunjung ke pusat beli-belah selain memenuhi pusat-pusat hiburan di sini.

Empire City bukan sahaja bakal dikenali sebagai syurga membeli-belah tetapi juga sebagai pusat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat perniagaan, bersantai, tempat untuk makan dan minum. Ia akan mengubah bandar sekitar itu menjadi bandar yang tidak akan tidur dan sentiasa akan menghidangkan kepada pengunjung pelbagai perkara menarik yang bakal menghidupkan malam anda di sini.

2. Penginapan Betaraf Lima Bintang

Antara hotel utama yang bakal berdiri di Empire City adalah Marriote yang dijangka bakal menjadi antara tempat penginapan bertaraf lima bintang yang utama di sekitar sini. Hotel yang dibina sehingga 45 tingkat ini akan menjadi salah sebuah dari bangunan tertinggi di sekitar Empire City.

Selain daripada anda dapat untuk merayau-rayau di sekitar Colonial Street yang unik dan penuh dengan pelbagai rekabentuk menarik, anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan menarik di sekitar Asian Food Street. Kepada mereka yang ingin berehat sambil menikmati minuman sejuk, Bar Street adalah bahagian yang menarik untuk anda terokai untuk mendapatkan minuman dan hiburan yang menarik sepanjang malam. Akhir sekali, membeli-belah tanpa henti dengan hampir ribuan pilihan outlet yang menarik di dalam pusat beli-belah yang besar.

3. Pusat Luncur Ais Bertaraf Olimpik

Selain itu, pusat luncur ais yang berhampiran juga telah dibuka semenjak 16 Jun tempoh hari untuk tujuan kegunaan Sukan SEA 2017. Pusat luncur ais yang bersaiz Olimpik ini akan digunakan untuk kegunaan sukan luncur ais selain dari hoki ais yang turut dipertandingkan di dalam Sukan SEA 2017. Pembangunannya dijangka memakan belanja hampir  RM30 juta itu bakal menjadi tarikan utama Empire City.

Projek yang dibangunkan oleh kumpulan syarikat Mammoth Empire wajar untuk diberi pujian kerana berjaya menyiapkan mengikut jadual yang dikehendaki. Empire City bakal menjanjikan pengalaman santai dan membeli-belah yang luarbiasa kepada semua orang dan dijangka bakal merubah landskap Damansara nanti.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

 

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *