Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Encik Zul ingin jual rumahnya, TAPI disekat, Rupa-Rupanya Ada Kaveat Persendirian…


Encik Zul ingin jual rumahnya, TAPI disekat, bila pergi pejabat tanah rupa-rupanya geran rumahnya dimasukkan/didaftarkan dalam kaveat persendirian. Terkejut Encik Zul (bukan nama sebenar) sebab dia tak pernah tahu tentang kaveat, dia tak tau pun kalau kaveat tu dia tak boleh jual rumah.

 

 

Ramai yang tak tahu wujudnya istilah kaveat persendirian atau surat protes ni. Bila geran rumah anda didaftarkan kaveat, anda tidak boleh buat sebarang urusan atas rumah anda, jual ke, sewa ke, tak boleh! Sampai bila? sampai pihak yang kaveat rumah anda batalkan kaveat tu, atau anda mohon pembatalan, atau tunggu tamat tempoh kaveat (bertahun). Jom kita tengok jenis-jenis kaveat yang ada dan macam mana nak kasi setel

Jenis-jenis Kaveat

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats): Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title).

Kaveat ini selalunya untuk urusan rasmi, untuk melindungi sesuatu hartanah atas faktor yang mencurigakan. Contohnya berlaku sesuatu kes jual beli, tapi agak mencurigakan, jadi Pendaftar akan kaveat untuk melindungi hak pemilik, atau untuk siasatan rasmi.

2) Kaveat Persendirian (Private Caveats): Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.

Kaveat paling tak best. Sebab sesiapa sahaja boleh masukkan geran anda bawah kaveat ni. Individu yang ada bukti bertulis yang melibatkan hartanah anda, boleh buat kaveat bawah kategori ini. Contohnya, pembeli rumah yang dah bayar deposit, tapi disebabkan urusan jual beli yang lama, dia kaveat rumah anda sebab takut anda tipu dia. Contoh yang lain, anda berhutang dengan sesorang, orang tu kaveat rumah anda sebab nak tuntut hutang. Contoh paling tak best, individu yang tidak bertanggungjawab, kaveat rumah anda menggunakan surat akuan palsu.

3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats): Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).

Kaveat jenis ni selalu dilakukan oleh pihak bank untuk melindungi kepentingan bank sebagai pemberi pinjaman. Contoh anda ada buat personal loan, tapi tak bayar, jadi pihak bank akan kaveat rumah anda sampai anda setelkan loan tu.

4) Kaveat Amanah (Trust Caveats): Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.

Kebanyakkan kes yang pemilik rumah hadapi adalah kaveat pensendirian dan kaveat pemegang-lien. Kaveat pemegang-lien atau bank ni senang setel, bayar loan, setel. Atau untuk kes lelong, mahkamah akan keluarkan surat batal kaveat setelah rumah berjaya dijual kepada pemilik baru. Macama mana dengan kaveat persendirian?

Cara Selesaikan Kaveat

Pertama, anda perlu buat carian terlebih dahulu di pejabat tanah kalau anda tidak tahu hartanah anda ada kaveat atau tak. Carian rasmi RM50 dan carian persendirian (untuk kegunaan sendiri) RM30. Sebaiknya buat carian rasmi jika bercadang untuk menjual hartanah anda.

Jika ada kaveat, anda boleh memohon pembatalan kaveat dengan bayaran RM100. Pihak yang membuat kaveat akan diberi masa 2 bulan untuk fight pembatalan kaveat. Kalau takda respon, kaveat akan batal dan anda boleh la jual rumah anda. Tapi, kalau pihak yang kaveat lawan, anda akan lawan di mahkamah. Kalau pihak kaveat menang, kaveat akan diteruskan sampai anda setelkan masalah anda dengan pihak kaveat. Kalau anda menang, anda boleh menuntut pampasan kerugian kerana menghalang urusan jula beli hartanah anda.

Contoh carian rasmi. Sumber: mohdelam.com

Kesimpulan

Kalau kena kaveat persendirian ni agak leceh, tambah-tambah orang yang kaveat tu buat surat palsu. Tapi kaveat diperlukan jika anda sebagai pihak yang berkepentingan untuk melindungi hak anda. Jadi, nasihat saya, sebelum anda jual rumah, buat la carian dahulu, kita tak tau kalau ada pihak yang berniat jahat, atau hartanah kita bermasalah. Carian rasmi juga boleh memberi anda info-info yang lebih detail tentang hartanah anda atau sekatan lain selain kaveat.

Bagi anda yang nak cari pembeli rumah dengan segera boleh klik di sini: Jual Rumah, kami akan bantu anda.

Rujukan:

  1. mohdelam.com
  2. Penyelesaian Hartanah
  3. MN Propety Management
Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

5 Comments

  1. Salam…suami sy nk buat refinance rumahnye,Dari tahun lps lg sampai skrg Masih jgk tak setel, lawyernya Kate adlh mslh dgn pejabat tnh pulak skg, loannye xde kaveat.. perlu ke kaveat ni utk buat refinance

  2. Askum..sy mazini
    Sy ingin bertanya.ibu sy telah membuat kaveat persendirian..atas sebab tidak mahu ayah menjualnya..tapi rumah itu atas nama ayah sy.
    Tapi ibu sy telah bercerai dan buat tuntutan harta sepencarian iaitu rumah..dan pihak mahkamah telah memberitahu kalau rumah itu di jual kena bahagi kepada 2..boleh ke kalau ayah sy menjual rumah itu tanpa persetujuan ibu sy sedangkan rumah itu telah menjadi tuntutan harta sepencarian dan telah kaveat..

  3. Asalamualaikum en. Saya Hishamuddin saya baru nie ada jual rumah kepada seorang individu abang ipar saya buat satu dokumen mengatakan saya dah jual rumah kepada dia pada hal perkara ini langsung tak wujud dia mengugut jika nak senang kan urusan ini duit jalan rumah masuk akaun dia.kalau tidak dia akan failkan perkara ini di mahkamah dan saya langsung tak dapat duit hasil jual rumah ini dan dia ada kuasa untuk menyekat urusan jualan. Saya tinggal di rumah ini atas nama saya tapi arwah ayah dan saya sama2 bayar bulanan rumah.. Arwah ayah ada tinggalkan sebuah rumah sewa kepada saya tapi abg ipar menyewakan kepada orang lain dan duit sewa rumah tu digunakan untuk bayar rumah saya. Jadi dalam hal ini dia mengambil kesempatan bila dapat tahu saya dah jual rumah kepada orang lain.. Ape perlu saya buat encik saya betul2 rungsing tak sangka perkara boleh jadi macam nie disebabkan duit. Saya minta tolong en ape perlu saya buat?

  4. Jika tanah yang telah diserahkan oleh ibu angkat kepada anak angkat semasa hidup sebagai pemegang amanah atas dasar kasih sayang kerana anak tersebut dibela dari sejak bayi dan setelah ibu itu meninggal, pertukaran nama dibuat dan tanah tersebut jatuh hak atas nama anak angkat dan selepas 2tahun anak angkat tersebut ingin menjualnya tetapi tanah tersebut di kavead oleh adik ibu angkatnya selepas setahun setelah pertukaran nama berlaku. Jika perkara ini dibawa ke mahkamah untuk membatalkan kavead tersebut, apakah kemenangan akan berpihak pada anak angkat tersebut dan adakah sebarang saman boleh dibuat oleh anak angkat terhadap adik ibu angkat itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *