Enter your email address below and subscribe to our newsletter

FORUM Setia Alam: Untung Beli Untuk Pelaburan


Tak semua pelaburan hartanah boleh menguntungkan. Tetapi kalau jumpa yang bagus jangan tunggu untuk ambil langkah. Ada sebuah projek hartanah ni yang menawarkan cashback tunai. Lokasi bagus. Ini adalah pelaburan yang boleh membawa keuntungan.

Projek ini nama nya Forum Setia Alam. Ia terletak di Setia Alam. Sebelum tu habiskan baca dulu kenapa kami fikir ini adalah pelaburan yang baik!

4 Sebab FORUM Boleh Bantu Anda Sebagai Pelaburan Yang Baik.

1. Lokasi nya di Setia Alam. Berpotensi Besar.

Setiap pelaburan hartanah, yang mainkan peranan penting adalah lokasi. FORUM ini terletak di Setia Alam. Orang fikir Setia Alam jauh. Begitu juga lah dulu orang ingat Bangi jauh, tetapi lihat sekarang, punya lah sesak dan penuh Bangi dengan penduduk!

Setia Alam ini bagi kami akan pesat membangun. Yang menariknya ia adalah pembangunan bandar terancang. Kalau pergi ke sana, lihat ianya tak saling tumpah macam Putrajaya, cuma tanpa pusat kerajaan sahaja. Taman perumahan tersusun elok dan ramai dah mula menetap di sini.

Jadi tak salah kalau kami kata, Setia Alam akan jadi the next Shah Alam. Jadi bayangkan kalau beli sekarang, dimana waktu belum lagi ramailah orang berpusu ke sini dan harga masih mampu beli nak dibandingkan 5 ke 10 tahun lagi bila Setia Alam ni dah naik membangun!!

2. Terletak Di Tengah Setia City. Jantung Kepada Setia Alam.

Kalau tengok dari peta, FORUM ini terletak bersebelahan dengan Setia City Mall. Dalam Setia Alam, Setia City Mall lah satu-satunya pusat bagi penduduk Setia Alam.

Kalau tengok peta di atas ni, FORUM Setia Alam cuma dalam lingkungan 300m ke 500m sahaja ke Setia City Mall dan Setia Convention Centre. Dan ianya dikelilingi oleh elemen penting lain seperti National Insitute of Health dan macam-macam lagi.

Kiranya, Setia City Mall adalah jantung kepada Setia Alam ini sendiri. Dan kalau lihat, Setia City Mall dikunjungi bukan sahaja oleh orang Setia Alam tetapi juga dari kawasan sekitar sepeti Meru dan Kelang.

Jadi penambahan FORUM yang terletak hanya sebelah dengan Setia City Mall amat lah strategik. “Crowd” akan tertumpu dalam kawasan ini sahaja dan kedua-dua nya berdekatan.

3. Datangnya Jerung-Jerung Pemaju Di Setia Alam.

Pemaju terutama pemaju besar, sebelum buat sesebuah pemajuan, akan periksa dulu sama ada ia akan berpotensi atau tidak. Kalau perasan beberapa tahun lepas, lokasi-lokasi seperti Ainsdale, Puncak Alam dan beberapa tempat lagi mula di hurung oleh pemaju.

sumber dari laman web ecoworld

Di Setia Alam juga sama!! Antara jerung-jerung pemaju yang mula masuk dan sudah masuk di sini selain SP Setia yang dah lama bertapak adalah Eco World dengan projek Eco Ardence nya. Eco Ardence ini menyasarkan pembeli berpendapatan tinggi.

Kalaulah pemaju yang datang dengan data yang tepat, pasti mereka tak salah untuk melaburkan masa dan wang mereka membuka projek baru di Setia Alam. Jadi kenapa tidak anda?

4. Development nya Bercampur- Berpotensi Besar.

Projek FORUM ini adalah mixed development. Dasar(base) kepada FORUM adalah shoplot dan mall nya. FORUM Mall ini adalah anchor kepada seluruh projek FORUM Setia Alam. Shoplot nya pula bersambung dengan mall tersebut.

Di atas mall ini nanti akan di bina sebuah service apartment, SoHo dan juga sebuah menara pejabat.

Jadi senang cerita bayangkan yang FORUM Setia Alam ini macam MidValley city. Bawah nya mall, ada menara pejabat dan ada blok kediaman. Mereka ini

Sedikit Sebanyak Tentang FORUM

FORUM Setia Alam adalah sebuah pembangunan bercampur (mixed development) di atas tanah seluas 13.56 ekar di tengah-tengah bandar Setia Alam.

Di dalam FORUM ada 5 buah komponen yang ada. FORUM di dasari oleh 2 elemen penting iaitu (1) Boulevard Walk, sebuah kompleks kedai yang antara penyewanya adalah Subway dan Secret Recipe dan (2) Lifestyle Mall iaitu sebuah kompleks membeli belah yang bakal menjadi pusat tumpuan di Setia Alam.

Di atasnya nanti akan di bina sebuah menara korporat yang menempatkan pejabat-pejabat, sebuah menara SoHo dan sebuah lagi menara servis apartment.

Yang Kami Cadang Untuk Anda Ambil Peluang.

Yang kami cadangkan untuk anda beli dan melabur adalah SoHo suites nya.

SoHo Suites ini adalah sebuah menara setinggi 33 tingkat menempatkan 653 unit SoHo yang bersaiz 450-900 sqft.

Kenapa Kena Melabur SoHo ini?

1. Harga nya mampu dibeli dari RM300,000 sahaja.

Harga yang ditawarkan agak rendah. Harga ini untuk sebuah SoHo di atas sebuah mall yang besar, boleh dikira amat berbaloi. Bayangkan lah, dahulu orang membeli unit di atas Publika, dan sekarang mereka pasti senyum dengan kenaikan harga dan keuntungan yang dapat.

2. Rebate menarik untuk bumiputera walaupun ini adalah FREEHOLD lot.

Untuk bumiputra, kita boleh dapat rebate khas yang besar. Jadi deposit tak perlu keluar banyak untuk miliki projek FORUM Setia Alam ni. Yang lagi best, ianya adalah FREEHOLD, jadi walaupun dah dapat bumi rebate, tetap dapat jual balik dengan mudah bila nak flip nanti.

3. Unit FREEHOLD. Mudah nak dijual nanti.

Tujuan pelaburan adalah sama ada untuk dapatkan keuntungan sewa atau untung dari kenaikan harga bila dijual. Yang jadi masalah kita adalah untuk menjual kepada bukan bumiputra bila ianya adalah leasehold.

Sebenarnya bukan lah masalah besar sangat, tapi ianya adalah lebih baik kan kalau nak jual semula jadi mudah sebab yang anda beli adalah FREEHOLD. Lagi pula, hartanah FREEHOLD ni memang ramai nak dan dinilai tinggi.

4. Potensi FORUM Setia Alam di tengah Setia Alam dan juga potensi Setia Alam sendiri yang pesat membangun.

Macam yang ditulis sebelum ni, FORUM ini terletak di Setia City Centre, iaitu jantung kepada Setia Alam. Itu lah nanti jadi pusat tumpuan. Tak percaya tengok sahaja Setia City Mall pada hari biasa bahkan hujung minggu. Sesak sampai nak parking pun susah!

Jadi bayangkan pula anda miliki hartanah di kawasan tersebut. Di tengah-tengah Setia Alam. Pasti mudah nak sewakan atau buat sesuatu yang mendatangkan keuntungan.

5. Banyak peluang bila membeli SoHo.

Sebab ianya SoHo, ruang untuk kreativiti anda tak terbatas. Anda boleh sewakan sebagai rumah sewaan biasa. Atau pun anda boleh “furnish” kan dan jadikan ianya homestay. Contohnya di Trefoil yang sentiasa penuh dengan pelawat dan pengunjung yang menyewa nya sebagai homestay.

Kenapa ada “demand” homestay ni adalah Setia Alam ini sendiri penuh dengan pejabat syarikat besar dan kilang besar. Pasti ada yang datang bermesyuarat berhari-hari dan di sini tak ada hotel yang sesuai. Sebab itu homestay Trefoil sentiasa penuh. Tambah lagi, Setia City Convention Centre itu sentiasa sahaja penuh dengan aktviti dan di katakan ianya dah habis ditempah 2 tahun lebih awal.

Delegasi yang datang perlukan tempat tinggal, dan amatlah seronok jika mereka ini yang menyewa homestay/ airbnb milik anda di FORUM Setia Alam. Dekat sahaja nak ke Setia City Convention Centre.

 

Kami Fikir, Anda Laburlah Di Sini.

Jika ianya bukan untuk anda, mungkin ianya untuk anak anda yang satu hari nanti bila dia besar, boleh dia gunakan untuk memulakan tapak nya dalam kehidupan.

Oh ya, FORUM Setia Alam ini, komponen Boulevard Walk nya sudah siap dan komponen lain iaitu mall, SoHo dan menara korporat sedang dalam pembinaan. Jadi jangan lah risau projek tak siap!

 

Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh daftar di  borang di bawah:

     

    Kongsi Artikel Ini
    Tajul Rijal Annuar
    Tajul Rijal Annuar

    Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

    Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

    Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

    Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *