Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Bila cakap pasal nak jual rumah je, banyak jugak terfikir tentang ejen hartanah ni. Banyak jugak owner yang saya jumpa tak nak jual rumah guna ejen, katanya boleh buat sendiri. Ok, tak jadi masalah, ejen ni hanya pilihan anda. Sebab tu kali ni saya nak share cara jual rumah tanpa ejen.
Ada beberapa perkara yang anda perlu tumpukan bila anda nak jual rumah tanpa ejen. Tambah-tambah jika anda pertama kali nak menjual rumah. Jom kita tengok benda apa yang anda perlu beri perhatian.
1) Yang paling penting adalah marketing anda. Macam mana anda nak dapatkan pembeli untuk datang dan tengok rumah anda.
Marketing ini agak memerlukan wang dan tenaga kerja lebih. Anda perlu meluangkan banyak masa untuk kaji kebersanan iklan anda dan wang untuk buat iklan.
2) Mencari peguam yang mahir. Disebabkan anda bukan dari bidang hartanah, berkemungkinan anda tidak kenal dengan peguam. Anda perlu luangkan lebih masa untuk mencari peguam yang mahir dengan kawasan dan jenis pegangan rumah anda.
Kalau anda nak tahu, setiap peguam hartanah ni selalunya ada bidang kepakaran masing-masing. Ada yang pakar bab-bab rumah low cost, ada yang pakar bab-bab leasehold dan sebaliknya. Ni semua untuk cepatkan proses nak jual nanti.
Maklum yang untuk mencari atau melantik lawyer bagi penjualan rumah, akan ada kos yang terlibat. Yuran guaman tak murah. Sebab kebiasaannya penjual tidak diwakili sesiapa, dan peguam pembeli yang akan uruskan A-Z dan “tolong” penjual dengan kos yang rendah. Begitu juga dengan ejen yang dilantik penjual rumah, dia akan bantu pembeli untuk memohon pinjaman dan sebagainya cuma tak dikenakan caj.
BACA LAGI: Tips jual rumah cepat
3) Bawa pembeli tengok rumah. Anda memang kena luangkan masa yang banyak kalau nak jual rumah tanpa ejen. Ini termasuk nak bawa pembeli tengok rumah. Pembeli ni mereka tak semestinya datang hujung minggu, kadang-kadang malam pun ada yang nak tengok rumah.
Anda juga perlu bersedia untuk menerima panggilan daripada pembeli yang nak tanya tentang rumah anytime.
4) Bila dah bawa pembeli tengok rumah, anda kena promote rumah anda kepada pembeli. Bab promote ni anda kena mulut manis sikit. Pembeli dah tengok rumah, rumah anda pun ok, cantik, tak ada masalah, jadi akan kena pujuk-pujuk sikit pembeli agar lebih tertarik nak beli rumah anda berbanding rumah lain.
Anda boleh ceritakan tentang kelebihan kawasan, kemudahan di situ, dan apa-apa point yang kena dengan tujuan pembeli tu mencari rumah.
Masa ni juga akan berlaku proses negotiation. Pembeli akan tawar harga serendah yang mungkin, ada pula nak setinggi yang mungkin. Pastikan anda tahu harga pasaran dan harga pesaing-pesaing anda. Buat survey lebih sikit supaya anda tak terjual dengan harga terlalu rendah
Bila dah pembeli dah setuju dan bayar booking kepada peguam anda, maka settle la kerja anda. Anda pun berjaya jual rumah tanpa ejen. Seterusnya peguam akan uruskan sehingga la anda dapat duit dan pembeli dapat kunci. Saya tidak galakkan anda jual sendiri jika anda seorang yang sibuk dan tidak boleh menerima panggilan ketika bekerja. Kalau yang boleh meluangkan masa, tak jadi masalah.
Nak jual rumah dengan kadar segera dengan harga yang bersesuaian? Klik je sini: Jual Rumah
Mcmne Cara hendak Beli rumah cthnye, mak sy hendak jualkn umah dia kepada sy..
Urusan jual rumah kalau urus sdiri kita just cari pembeli lepas tu berurusan dengan peguam ke?
Saya berminat nak jual rumah milik saya diKuantan Pahang
Assalamualaikum. Sinar harian ada terbitkan artikel based on sharing tuan. Link seperti berikut
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/34260
Pada pendapat saya, tuan boleh tambah info untuk point no 3. Maklum yang untuk mencari atau melantik lawyer bagi penjualan rumah, akan ada kos yang terlibat. Tuan pun tahu legal fee tak murah. Sebab kebiasaannya penjual is unrepresented, dan lawyer pembeli yang akan uruskan A-Z dan “tolong” penjual dengan kos yang rendah. Similar to agent yang dilantik penjual rumah, dia akan bantu pembeli untuk submit loan dan sebagainya cuma tak dikenakan caj.
Terima kasih tuan. Noted. Saya akan maklumkan pada penulis. Saya amat menghargai maklum balas daripada rakan industri.
Assalamualaikum tuan. Berapa kos guaman selalunya?
Bergantung pada harga belian rumah.