Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kaki Review: Anggun Damansara Heights


Kaki Review: Anggun Damansara Heights

Anggun Damansara Heights adalah sebuah hartanah yang berupa rumah banglo mewah 3 tingkat yang terletak di Jalan Dungun, Damansara Heights. Ia dibangunkan di atas tanah yang berkonsepkan ‘freehold’ dan juga mempuyai kepadatan penduduk yang terendah di daerah itu. Kebanyakan daripada penduduk di situ adalah dari golongan elit dan VVIP.

Rumah banglo di sini dijangkakan bernilai hampir 6.7 juta dan kebanyakannya mempunyai 4 bilik dan dilengkapi dengan 4 bilik mandi. Terdapat juga unit rumah yang memiliki 5 bilik tidur dan juga 5 bilik mandi. Keseluruhan unit yang terdapat di area Damansara Heights tersebut kesemuanya adalah 6 unit. Keseluruhan pembangunan hartanah ini telah pun disiapkan semenjak Februari 2009.

1. Kemudahan Pengangkutan

Anggun Damansara Heights boleh diakses dengan mudah melalui rangkaian lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Persekutuan dan juga Penchala Link malangnya belum terdapat lagi servis pengangkutan awam yang melalui area sana untuk kemudahan mereka yang tidak memiliki kereta dan motorsikal.

Tetapi kalau dah kaya sehingga boleh mambeli rumah berjuta, dah tak perlu pengangkutan awam dah kan. =D

Lebih baik lagi ia berasa dalam lingkungan lokasi premium yang turut diapit oleh pelbagai kawasan kediaman yang serba mewah seperti Bangsar, Sri Hartamas dan juga Mont ‘Kiara dan menjadikan ia suatu kejiranan yang efektif, ceria dan indah pada pandangan.

2. Kedudukan Strategik

Selain itu kedudukannya yang sangat berhampiran dengan kemudahan lain seperti perubatan seperti Pusat Perubatan Pantai membolehkan ia menjadi tempat tinggal strategik untuk pesara dan mereka yang mempunyai warga emas di dalam keluarga mereka kerana ia memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan ubat-ubatan.

Kepada mereka yang dikatakan gila membeli-belah pula, ia merupakan rumah mewah dengan kedudukan strategik kerana ia hanya akan memakan masa minit sahaja dari pusat beli-belah terkenal iaitu KLCC, Midvalley dan 1 Utama.

3. Rekabentuk Rumah

Setiap unit rumah di Anggun ini telah pun direka bentuk secara individu untuk menjamin kepuasan setiap isi rumah dan setiap rumah pula akan mempunyai keistimewaan mereka yang membezakan setiap unit rumah itu dengan yang lain.

Pemasangan sistem telefon utama dan point di seluruh rumah telah disediakan terlebih dahulu untuk kemudahan pemasangan internet dan Unifi.

Dapur rekaan pereka pula terbina dengan gah di dalam dapur samada untuk kegunaan basah dan kering. Ia menjadikan suasana memasak di dapur lebih menceriakan dan memberikan inspirasi kepada mereka yang memasak di dapur.

Landskap berkonsepkan hutan tropika pula memenuhi setiap ruang strategik di dalam setiap banglo berkenaan.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *