Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kaki Review : D’sara Sentral, Sungai Buloh


D’sara Sentral, Sungai Buloh

D’sara Sentral perlu di sebut dengan cara De Sara Sentral. Terletak di kawasan Sungai Buloh, berhampiran dengan Kota Damansara. Bakal menjadikan Sungai Buloh sebuah bandar yang akan pesat membangun pada masa akan datang!

Memperkenalkan D’sara Sentral yang beralamat di Jalan Welfare, Kampung Sungai Buloh Baru. Projek oleh Mahsing Group Bhd ini berada di atas tanah keluasan 6.55 ekar. D’sara Sental  berada berhampiran dengan projek Bandar  Kwasa Damansara (yang akan dilancarkan pada masa akan datang) dan juga berjiran dengan Sqwhere Residence. Ini sekaligus dapat menjadikan Sungai Buloh sebagai kawasan hotspot yang baru!

Menarik tentang D’sara Sentral.

Menyediakan kemewahan yang berpatutan kepada penghuninya. Merangkumi kediaman servis, Small Office Virtual Office (SOVO) dan lot kedai . 

Terdiri daripada 5 blok.

1 blok SoVo

4 blok kediaman servis

Mempunyai keluasan kaki persegi yang berbeza.

SoVo: Bermula dari keluasan kaki persegi 504 kps,756 kps dan 960 kps.

Kediaman servis: Bermula dari 809 kps , 1018kps dan 1136kps.

 

Kemudahan dan Fasiliti D’sara Sentral

Pelbagai kemudahan yang disajikan untuk gaya hidup urban bila anda menginap di D’sara Sentral.

1. Lap Pool cum Leisure Pool  
2. Fun Bubble Pool
3. Sky Spa
4. Floating lounger
5. Fruits Garden
                       dan pelbagai lagi…

Akses ke D’sara Sentral

Meskipun terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, akses yang boleh dilalui untuk ke bandar-bandar utama yang lain ialah.

  1. Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE)
  2. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  3. Lebuhraya Utara Selatan
  4. Koridor Guthrie

Lebih menarik, D’sara Sentral boleh di akses melalui pengangkutan awam seperti Mass Rail Transit(MRT) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM)

3 minit sahaja berjalan kaki dari MRT Kampung Baru Sungai Buloh!

7 minit menaiki kereta dari KTM Sungai buloh!

D’sara Sentral dihubungkan dengan skybridge berbumbung ke stesen MRT Kampung Baru Sungai Buloh. Ianya menjanjikan keselesaan dan keselamatan kepada penjalan kaki di situ. Ini merupakan projek pembangunan pertama di Lembah Klang yang memberi akses jambatan tertutup dan terus ke stesen MRT berhampiran.

 

Penghuni yang menginap di D’sara Sentral dengan mudah sahaja pergi ke mana-mana menggunakan perkhidmatan MRT. MRT yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.

Dapat di lihat bahawa, banyak projek yang didirikan berhampiran dengan kawasan perkhidmatan pengangkutan awam. Mungkin ini salah satu tanda-tanda positif oleh pihak pemaju untuk memperkenalkan konsep Transit Oriented Development  (TOD) di Malaysia.

 

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

https://www.facebook.com/kakiproperty.my/

#kakiproperty

Kongsi Artikel Ini
Nurul Zolman
Nurul Zolman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *