Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kaki Review: Kl Eco City, Bangsar


Kaki Review: Kl Eco City, Bangsar

Baiklah kali ini kita akan review pula berkenaan KL Eco City yang bakal dirasmikan samada akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Hartanah yang bernilai hampir RM6 billion itu dibangunkan berdekatan dan bersebelahan dengan Mid Valley City yang memiliki kepadatan penduduk hampir separuh dari Kuala Lumpur.

Ia adalah pembangunkan yang berkonsepkan integrasi gaya hidup yang mendapat piawaian dari Malaysian Green Building Index.

1. Latar Belakang KL Eco City

KL Eco City dibangunkan hasil kerjasama antara SP Setia dan DBKL dan terletak pada tapak yang berkeluasan hampir 24.4 ekar.

Ia akan mengandungi 4 fasa yang merangkumi 3 menara untuk penempatan dan 3 menara korporat, 1 servis apartment dan juga pusat beli-belah yang luas selain sebuah masjid turut akan didirikan disana. Ia akan menjadi pusat serba serbi yang bertaraf dunia dan merubah landskap sekitar bandar Bangsar.

2. Penempatan Komersil

Ini bakal memberi petanda pelaburan yang menarik di masa hadapan kerana akan ada banyak syarikat daripada luar yang akan menyewa mahupun membeli unit-unit pejabat di sekitar kawasan tersebut dan membolehkan lebih banyak pelabur luar untuk menjalankan perniagaan di sini selain melabur untuk kepentingan negara.

3. Pejabat Mewah

Fasa pertama untuk KL Eco City dilancarkan pada tahun 2011 yang merangkumi bangunan menara bertingkat strata yang mengandungi  232 unit dan 12 blok pejabat mewah kesemuanya.

Tiap-tiap unik pejabat mewah itu pula akan kemudiannya dijual pada rm70 juta dengan jumlah keluasan kesemuanya hampir 70 000 kaki persegi.

Bahagian komponen penempatan untuk Kl Eco City pula 6 bulan sebaik selepas pelancaran fasa pertama yang mana untuk fasa 1 keseluruhannya bakal merangkumi sebanyak 711 unit kondominium.

Unit-unit tersebut pula dijangka bakal dijual dengan harga RM900 per kaki persegi dengan keluasan bermula dari 650 hingga ke 850 kaki persegi.

Tarikan utama pengunjung ke sini adalah kemudahan yang disediakan untuk sampai ke sini iaitu stesen LRT Abdullah Hukum yang mana ianya telah disambungkan dengan KL Eco City untuk kemudaan pengunjung mengunjungi kawasan tersebut.

Selain itu pusat membeli belahnya yang luas juga turut menjadi salah satu dari tarikan utama sekitar sini.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *