Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kenapa Ada Banyak Basikal Tepi Jalan? Oh, MOBIKE Rupanya!!!


Kenapa Ada Banyak Basikal Tepi Jalan? Oh, MOBIKE Rupanya!!!

 

Ada tak korang pernah nampak basikal bersusun tepi jalan. Semua sama jenis je basikal tu bersusun cantik je. Biasa nya diletakkan di bus stop. Itu lah antara startup yang muncul. Idea nya macam uber juga tapi untuk basikal. Beza nya korang tak da lah driver bawak. Dah naik basikal, kayuh lah sendiri. Ingat ringan ke?!

So, by the way, team kakiproperty di jemput oleh MOBIKE Malaysia untuk hadir ke press conference di SP Setia Convention Centre, Setia Alam bagi pelancaran MOBIKE di negara kita. MOBIKE ni berkerjasama dengan SP Setia bagi launching produk mereka di Malaysia.

 

Apa MOBIKE Ni Sebenar Nya?

MOBIKE ni adalah satu syarikat yang menyediakan kemudahan “bike-sharing”. Maksudnya, korang boleh guna basikal mobike ni bila-bila masa je. Start dengan guna apps dia, kemudian boleh guna basikal tu. Bila dah selesai, lock balik dan tinggal kan di tempat yang sepatutnya. Simple ka?. Nampak kat tepi jalan tu kan? Untuk di kayuh lah maksud nya!

MOBIKE ni dah ada di 170 bandar di serata dunia! Bukan calang-calang MOBIKE ni. Di Asia Tenggara, sebelum ni dia dah ada di Thailand dan Singapore dan sekarang ada di Malaysia.

Bagi saya lah, idea MOBIKE ni bijak! Bayangkan jarak dekat-dekat , tak kan nak panggil teksi atau uber/grab. Tapi nak jalan kaki penat pulak kan? So , kayuh lah basikal.

170 cities yo!!

 

Bagaimana MOBIKE Berfungsi Di  Malaysia?

Buat masa sekarang, MOBIKE akan bermula di Shah Alam dan beberapa bandar lagi. MOBIKE akan letakkan basikal mereka di kawasan tumpuan macam kawasan university, kompleks beli belah, stesen LRT/MRT/KTM dan lain-lain kawasan tumpuan. Jadi korang kena install app MOBIKE ni , topup awal-awal kredit dia, dan kemudian boleh guna.

 

Nak Guna Macam Mana Mobike Ni?

Paling pertama sekali, ke lah download apps mobike ni. Boleh install di appstore dan google playstore.

cari mobike – bike sharing ni

Lepas dah jumpa apps tu, installah. Nanti dia minta untuk verify kan number phone semua. Buat je. Kemudian nanti kena letak deposit. Buat masa ni deposit adalah RM9 je.

dah install topup deposit and credit.

 

 

dah settle dia akan keluar macam ni dan boleh guna

Sebab kat area rumah saya ni tak ada lagi mobike, so tak boleh lah nak tunjuk. But basically dia sama sebijik macam UBER/GRAB cara guna dia. Kita akan dapat location mobike terdekat, kemudian kita akan ambil basikal mana kita nak guna. Tekan unlock. Bila tekan unlock, lock kat basikal tu akan terbuka dan kemudian boleh lah guna.

Lepas guna tak susah pun. Lock balik dan tinggalkan kat tempat selamat. Kan mudah!!

 

Jadi Apa Kena Mengena SP Setia Dengan MOBIKE?

MOBIKE baru lancarkan produk dia dan SP Setia adalah partner dalam pelancaran MOBIKE ni. Jadi pertama nya SP Setia akan letakkan MOBIKE ni di kawasan SP Setia sendiri. Sejajar lah dengan target SP Setia untuk membantu dalam hal alam sekitar dan teknologi hijau.  Saya fikir idea SP Setia berkoloborasi dengan MOBIKE ni geliga otaknya. Boleh buat batu cincin. Kan best dalam kawasan kediaman kita, boleh je guna basikal bila kita nak guna. Nak pergi kedai dekat-dekat tak yah lah start kereta atau order Uber/Grab.

 

Apa Bagus Nya Mobike Ni Dan Kenapa Korang Kena Support?

 

Selesaikan masalah “The Last Mile”

Dalam hal pengangkutan awam ni, ada satu isu paling kritikal iaitu “The Last Mile”. The Last Mile ni dalam bahasa melayu adalah batu terakhir. Maksudnya macam ni, kalau korang nak travel dari rumah kat rawang ke Pandan Indah.

So tak nak drive lah kan. Dari rumah kat Rawang, maybe lah mintak ayah hantar ke KTM. Lepas tu dari KTM Rawang ke KL Sentral. Kat KL Sentral naik LRT pulak ke Pandan Indah. Ni dah sampai ke Pandan Indah, nak gi rumah kawan ni.

Dekat je nak order Uber/Grab pun. Nak tunggu bas, paham-paham lah sesak nya dan lambat nya. Padahal dekat je tapi nak jalan kaki rasa penat pulak. Ini lah maksud last mile. Dari point yang kita sampai tu dari last public transport kita guna ke tempat akhir kita tuju.

Itu lah yang bagus nya MOBIKE ni. Dia menyelesaikan isu nak sampai ke tempat akhir di tuju yang tempat tu tak jauh sangat untuk naik Uber/Grab tapi agak jauh untuk jalan kaki.

 

Baik Untuk Alam Sekitar

Kalau korang sayangkan alam sekitar dan nak kurang kan carbon foot print, ini pilihan yang bagus. Korang boleh travel dari rumah ke LRT naik MOBIKE. Kemudian sambung ke tempat dituju naik LRT. Sampai stesen dituju, kayuh lah lagi MOBIKE ni sampai tempat kita nak pergi.

Dari perjalanan korang ni, tak naik kereta pun. Cuma naik basikal yang dikayuh sendiri dan LRT yang guna tenaga elektrik.

 

Basikal Dia Cun Dan Cool

nampak cool kan?

Nampak style kan basikal dia ni. Tayar tubeless tak silap. So tak da hal lah nak pancit ke apa. Dan perasan tak, basikal ni tak da pakai rantai kat gear dia. Kan kita naik basikal ada rantai. Ni mana rantai dia? Ni lah teknologi MOBIKE. Gear dia tak perlu rantai jadi tak ada isu untuk rantai tercabut atau putus. Lepas tu basikal ni ada GPS tracker dan jugak design dia tahan lasak. Jadi korang tak lah rasa bersalah ke atau takut kena curi ke bila letak tepi jalan.

style ni

 

Bagus Untuk Kesihatan

Orang Malaysia ni banyak yang obesiti. Yelah . Kita semua mudah dah sekarang. Sampai ke depan rumah pun kereta hantar. Jadi kita tak banyak bersenam. Kadang-kadang boring asyik jalan kaki so boleh lah naik basikal. Sambil kita sampai ke tempat nak dituju dengan cepat, kita boleh juga keluar peluh.

 

Tak Perlu Nak Beli Basikal Sendiri Nak Ke Mana-Mana

Kalau korang tinggal di dalam kawasan perumahan SP Setia atau mana mana yang ada mobike ni, kau tak payah lah nak usung basikal ke mana-mana korang pergi. Just sewa je MOBIKE ni macam cara korang pakai UBER/GRAB. Dah siap pakai , letak kat tempat sepatutnya.

 

Kesimpulan.

Saya fikir, bila MOBIKE ni dah merata dan korang ada nampak tepi jalan dan korang nak ke tempat yang nak dituju tu dekat-dekat je, bawak-bawak lah guna kan MOBIKE ni. Support MOBIKE ni banyak bagusnya. Nak tahu lanjut lagi boleh pergi ke link ini https://mobike.com/global/

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *