Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Kes Hartanah Johor, Suspek Tukar Status Bumiputera
Akhirnya suspek penyelewengan hartanah dan rasuah yang terjadi di negeri Johor baru-baru ini telah berjaya ditangkap yang berupa enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor. Mereka dipercayai juga turut terlibat dengan penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.
Aktiviti penukaran itu didapati berlaku semenjak tahun 2013 yang telah melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga menyebabkan kebanyakan mereka yang layak untuk mendapat rumah berstatus bumiputera akhirnya tidak mampu untuk membeli rumah.
Penukaran status tersebut berlaku ada sebab yang tertentu iaitu apabila rumah tersebut berstatus bukan bumiputera, bolehlah mereka menaikkan harga rumah tersebut beberapa kali ganda lebih mahal berbanding dari harga asal.
Penukaran ini akhirnya menguntungkan pihak pemaju dan juga pada mereka yang terlibat namun yang akan terseksa pulak nanti, adalah rakyat juga. Lebih ramailah yang tidak mampu untuk memiliki rumah mereka sendiri selepas ini.
Malah apabila status rumah bumiputera itu ditukar kepada bukan bumiputera diluluskan dan dilaksanakan maka masyarakat yang berpendapatan rendah lebih sukar untuk mendapatkan rumah mereka sendiri.
Apakah modus operandi mereka ye? Senang sahaja, mereka menukarkan status tersebut dengan menyorokkan 30 peratus kuota yang telah disediakan kepada pembeli bumiputera dari senarai yang mendaftarkan nama pekerja mereka yang memliki status bumiputera.
Kemudiannya mereka akan memberi alasan bahawa rumah tersebut tidak berjaya untuk dijual dengan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah tersebut kepada bukan bumiputera.
Kalau pembeli pula yang bertanya, mereka akan tipu seolah-olah rumah tersebut sudah habis dijual. Ketika penyiasatan sedang berlaku beberapa harta mereka telah dirampas dan bank-bank akaun mereka juga turut dibekukan demi membantu penyiasatan.