Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Macam Mana Nak Jimat Kos Beli Rumah?


Sekarang ni agak ramai yang sedang survey rumah untuk dibeli. Mungkin bonus dah dekat kot. Ada yang tanya tip macam mana nak jimat kos beli rumah.

Ada caranya nak jimat, ada cara yang anda dapat jimat sangat banyak dan ada cara yang dapat jimat sikit, tapi sekurang-kurangnya dapat jugak jimat beribu ringgit.

Jimat Kos Beli Rumah

1) Guna ejen hartanah

Paling terbaik untuk jimat kos beli rumah adalah dengan menggunakan ejen.

Di Malaysia, yuran ejen atau agent fee dibayar oleh pemilik rumah. Selalunya pembeli tidak perlu membayar ejen rumah. Cuma kena hati-hati semasa memilih ejen.

Jika anda menggunakan ejen, anda hanya perlu bagitau rumah apa macam mana anda nak dan detail-detail lain, mereka akan carikan untuk anda.

Segala dokumentasi, peguam, dan lain-lain proses pun akan diuruskan oleh ejen.

2) Beli rumah undercon/projek

Kos yang paling tinggi adalah deposit dan yuran guaman. Anda tahu tak, kalau anda beli rumah undercon/project, anda berpotensi untuk dapat pakej free legal fee, dan ada jugak yang zero deposit promotion.

Kebanyakkan rumah undercon ni selalunya pemaju akan offer pakej free legal fee dan MOT. Di situ anda dah boleh jimat beribu-ribu dah.

Kalau yang zero deposit pula selalunya disebabkan diskaun melebihi 10%, jadi anda tak perlu bayar 10% deposit tu, yang anda perlu keluarkan adalah booking dalam RM1000-3000 sahaja.

3) Jadi cerewet

Kalau anda nak beli rumah subsale, anda boleh jimatkan kos untuk repair rumah tu dengan jadi lebih cerewet.

Maknanya, bila anda pergi viewing rumah tu. Pastikan semua elok, tak ada leaking dan apa-apa defect yang menyebabkan anda perlu keluarkan duit kelak.

Kalau nak lebih rumah, bukannya murah. Tambah-tambah kalau ada masalah paip ke wiring ke.

Sebab tu kena betul-betul check semasa viewing rumah tu.

4) Beli rumah fully renovate

Untuk rumah subsale juga, anda boleh cari rumah yang mana owner sebelum ni dah renovate terutamanya dapur.

Kalau rumah basic, nanti anda nak kena keluarkan kos untuk buat kabinet dan lain-lain. Itu dan beribu-ribu lak kos.

Kesimpulan

Sebaiknya, anda cuba dapatkan rumah undercon daripada pemaju yang mempunyai rekod yang baik. Kat situ anda boleh dapat jimatkan kos guaman dan kos MOT. Kalau dapat yang zero deposit lagi la terbaik.

BACA LAGI: Prosedur Beli Rumah

Ingin beli rumah yang lokasinya bersesuaian dengan bajet yang anda ingini klik sini: Beli Rumah

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *