Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Pemaju Jual Rumah Dalam Sejam. Apa Strategi Mereka?


Ramai yang kata sekarang ni pasaran hartanah lembab. Tapi, ada jugak pemaju jual rumah yang sold out (fully booked) dalam masa sejam.

Hmm, jadi betul ke pasaran hartanah kita lembab? Habis tu, apa strategi pemaju jual rumah secapat tu, macam tak logik kan?

Ha, kalau ada yang pernah cari nak beli rumah projek, mungkin pernah hadapi situasi rumah sold out ni. Padahal baru open beberapa jam je.

Anda pulak mesti fikir gila HOT rumah area ni sampai jadi macam ni, nak tengok model rumah pun tak sempat lagi dah habis.

Tapi, ada jugak area biasa ja, tapi sold out jugak dalam masa beberapa jam. Nak tau tak strategi pemaju jual rumah?

Apa Sebenarnya Strategi Pemaju?

OK, ini bukannya rahsia pemaju atau rahsia sesiapa pun, cuma tak ramai yang tahu.

Yang tahu pun mungkin anda yang aktif dalam pasaran hartanah ja.

Pemaju sebenarnya bukan start jual rumah bila dia open secara rasmi, tetapi mereka mula promote projek tu berbulan-bulan awal.

Bayangkan, mereka promote projek tu tapi scale model rumah pun belum siap lagi. Hanya ada gambar “artist impression” ja.

Promotion yang gila awal ni selalunya akan dilakukan oleh agent-agent yang dilantik.

Sebab agent kebanyakkannya dah ada ready buyer ataupun list buyer yang berpontensi.

Jadi selama beberapa bulan sebelum opening, agent-agent akan giat mempromosikan projek tu kepada buyer mereka.

pemaju jual rumah
Image: Property Investment Malaysia

Takkan itu je pemaju jual rumah?

Mesti la tak. Kalau itu je susah gak nak sold out.

Jadi, nak bagi buyer tertarik dengan projek tu pemaju akan promote bersama dengan pakej yang menarik.

Pemaju selalunya akan menawarkan pakej SPA dan setem duti percuma. Bermakna anda tak perlu bayar kos guaman untuk perjanjian jual beli anda. Jimat 10k lebih tu ikut harga rumah.

Selain tu, ada juga pemaju yang menawarkan diskaun untuk buyer bumi dan juga diskaun untuk buyer non-bumi.

Ada juga pemaju yang tambah dengan rebate seperti 6% daripada harga rumah. Maknanya, nanti bila rumah dah siap sepenunhnya, bank pun dah bayar kepada pemaju, pemaju akan pulangkan 6% kepada anda.

Bergantung kepada pemaju, ada yang bagi rebate sehingga 13%, jadi anda tak perlu bayar 10% deposit, sekadar bayar booking sahaja dan lepas rumah siap dapat lak 3%.

Ha, kalau yang tak berapa cukup modal nak beli rumah tapi gaji memang layak boleh la cari rumah projek. Banyak yang anda dapat jimat.

BACA LAGI: Jangan Beli Hartanah Lelong?

Haa kalau nak dapatkan pembeli atau penyewa rumah anda dengan kadar segera, anda boleh pergi ke sini: Jual/Sewa Rumah, kami juga boleh membantu anda.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *