Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Ramai orang kadang-kadang blur isu tanah wakaf. Kita mungkin fikir wakaf cuma duit sahaja. Tapi tanah pun boleh wakaf. Hari ini kita masuk topik isu tanah wakaf.
A: Wakaf tu apa?
B: Sedekah kot. Bukan ke wakaf payung, wakaf pondok, wakaf al-Quran. Macam tu kan?
A: Apa kaitan wakaf dan hartanah?
Itu stigma masyarakat. Wakaf itu hanya sedekah atau sumbangan. Wakaf itu sekadar memberi tanah untuk kegunaan tanah kubur, pembangunan Pusat Tahfiz, Masjid dan sebagainya Wakaf tidak dapat mendatangkan hasil!
Jadi apa sebenarnya wakaf? Apa kaitannya dengan hartanah?
Hari ini, sumbangan atau derma bukan lagi bertujuan untuk bantuan semata-mata. Tetapi sumbangan berbentuk pemilikan tanah untuk tujuan pembangunan. Di sini lah datangnya tanah wakaf. Ada yang bina bangunan institusi pengajian tinggi, projek perumahan malah bangunan komersial.
Kalau anda biasa pergi ke Mydin Mall, pernah nampak bunting seperti ini.
Sumbangan wakaf sebanyak RM30/1kaki persegi ada juga RM50/1kaki persegi. Dengan pembelian 1 lot kaki persegi daripada anda, pembangunan projek boleh dilakukan. Banyak juga projek yang berjaya hasil daripada projek pembangunan wakaf.
Takut tertipu, entah-entah sindiket. Biasanya mereka ini mempunyai kebenaran bertulis. Sebelum anda berwakaf, mereka akan terangkan dulu,projek pembangunan, lokasi tanah dan sebagainya. Mereka akan terangkan beserta dengan bukti bertulis.
Mungkin anda inginkan kepastian, maka elok anda risik-risik dulu. Cari di internet, lawat tapak projek.
Bila anda derma untuk projek wakaf ini, anda akan dikecualikan cukai LHDN. Mereka akan memberikan official resit sebagai bukti sumbangan anda.
Selalu kita dengar, bayar zakat dapat pengecualian cukai. Begitu juga dengan sumbangan wakaf. Ada juga yang memberi sumbangan wakaf sehingga ratusan ribu ringgit. Maka, ini menunjukkan institusi wakaf ini telah mendapat kepercayaan.
Lafaz akad bukan berlaku masa pernikahan saja ye! Semasa anda memberi sumbangan wakaf, akad perlu di lafazkan sebagai bukti sumbangan anda. Tujuan melafazkan akad itu sebagai perjanjian antara dua pihak.
Lot akan ditentukan oleh mereka setelah pembayaran di sahkan. Anda akan diberikan sijil penghargaan yang akan disertakan dengan nama dan no lot anda.
Wakaf merupakan satu bentuk pelaburan. Pelaburan di dunia dan saham di akhirat. Walaupun sumbangan anda kecil, tapi kebaikan/nikmat akan berterusan selagi tanah digunakan oleh orang ramai.
Kesedaran masih di tahap minima.
Ada golongan tertentu yang tidak tahu apa itu wakaf. Tidak mahu ambil tahu. Kesedaran untuk berwakaf perlu ada, kerana kepentingan ummah lebih penting daripada kepentingan individu. Semasa penulis mengikuti seminar wakaf, ada satu petikan yang di ucapkan membuatkan penulis tersentak. Survival sesebuah negara itu adakalanya berkait dengan wakaf/baitulmal rakyatnya.
Sedikit tambahan, jika anda masih tercari-cari rumah untuk didiami sama ada sewa atau beli. Anda boleh klik sini: Sewa/Beli Rumah