Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Anda dah beli rumah dan kini mungkin masa untuk menjual bagi mendapatkan keuntungan daripada hartanah anda tu. Anda sudah tahu cara beli rumah tapi adakah anda tahu prosedur jual rumah?
Untuk jual rumah ni sama macam membeli, akan ada beberapa pihak yang terlibat seperti peguam, ejen, bank, dan ditambah satu lagi pihak iaitu LHDN. Ha, kenapa LHDN terlibat? Sekejap lagi saya bagitau.
Saya ringkaskan prosedur ni dalam susunan supaya anda senang nak baca:
1) Melantik ejen atau peguam. Tetapi ejen adalah pilihan anda, tak nak lantik pun boleh. Kalau anda lantik ejen, tentang peguam ejen akan uruskan. Jika anda tidak melantik ejen, anda perlu melantik peguam untuk uruskan penjualan rumah anda.
2) Appointment viewing rumah. Part ni akan buatkan anda busy kerana terpaksa ulang-alik ke rumah untuk pembeli view. Jika terlalu busy, anda boleh menyerahkan kunci kepada ejen untuk buat sesi viewing tanpa anda, tetapi serahkan kunci secara bertulis ye. Jangan bagi macam tu je.
3) Pembayaran booking. Apabila ada pembeli yang berminat, mereka akan diminta untuk meletakkan duit booking atau earnest deposit selalunya 3% atau 3.18% (termasuk GST) jika melalui agensi ejen. Booking tidak akan dapat kepada anda. Booking akan dipegang oleh pihak pemegang amanah iaitu agensi atau peguam.
4) Tandatangan Sale & Purchase Agreement. Masa tandatangan ni la anda akan dapat baki deposit iaitu 7% atau bergantung kepada berapa booking yang di bayar tadi. Kalau guna ejen, 3.18% tadi akan jadi bayaran ejen.
5) Selalunya pembeli akan diberi tempoh 3 bulan untuk bayar baki 90% kepada penjual. Jika lambat, penalti akan dikenakan. Tempoh 3 bulan tu bergantung kepada kes jugak, kalau rumah anda jenis leasehold, peguam perlu dapat kebenaran dulu baru pembeli boleh bayar.
6) Bank pembeli akan bayar kepada peguam yang mana peguam akan setel kan baki loan rumah anda. Setelah tu peguam anda akan uruskan pertukaran nama geran.
7) Setel urusan tukar nama, peguam akan serahkan baki wang daripada penjualan rumah kepada anda dan anda pula akan serahkan kunci yang dipanggil Vacant Posession (VP).
Pihak LHDN akan terlibat jika rumah yang anda jual tak sampai 5 tahun anda beli. Jadi anda kena bayar cukai yang dipanggil RPGT.
Itu secara ringkas prosedur jual rumah yang anda perlu tahu. Nak jual rumah bukan seperti jual barang biasa, boleh dapat duit segera. Jual rumah ni kena tunggu berbulan-bulan untuk dapat duit. Kala nak cepatkan lagi boleh baca tips daripada kami di link bawah ni:
BACA LAGI: Tips Jual Rumah Cepat
[gravityform id=9 title=false description=false ajax=true]
salam tuan, mohon pandangan tuan jika pembeli gagal selesaikan baki 90% selepas tempoh 3bln+1bln. apa tindakan yg boleh saya ambil. ejen senyap terus lepas urusan diserahkan kepada lawyer. saya tak lantik lawyer sendiri, guna lawyer yg sama dengan pembeli. saya sepatutnya gunakan duit hasil dari jual rumah ni untuk beli tanah dan sekarang dah terlepas peluang tu. baru² ni terlepas juga sebuah rumah sebab masih x daapt lahi duit dari buyer. tanah dan rumah yang sepatutnya saya beli tu saya dapat dengan harga yang murah dari harga pasaran. mohon pandangan tuan tentang perkara ni. terima kasih.