Breaking News
Popular News


Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Projek Rumah Selangorku ni adalah usaha kerajaan negeri Selangor untuk jenamakan semula rumah kos sederhana dan kos rendah juga rumah mampu milik.
Objektifnya adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman yang sempurna’ untuk rakyat negeri Selangor terutamanya
BACA LAGI: Apa itu Rumah Selangorku
Mengapa ada pihak cakap ramai yang tak mampu beli Rumah Selangorku ni, takkan harga mahal kot. Untuk yang belum tahu, Rumah Selangorku terbahagi kepada 4 Jenis dan harga mengikut jenis-jenis ni:
Jenis A: RM42,000 (700sqft)
Jenis B: RM100,000 (750sqft)
Jenis C: RM150,000-RM200,000 (800-1000sqft)
Jenis D: RM220,000-RM250,000 (1000-1200sqft)
Kalau berdasarkan harga, jenis A dan B sangat murah dan memang mampu dibeli oleh pelbagai golongan. Kalau tak mampu beli, isunya bukan sebab harga.
Kalau harga tak jadi masalah, kita cuba tengok pulak syarat-syarat untuk beli Rumah Selangorku ni:
BACA LAGI: Cara beli Rumah Selangorku
Kalau ikut syarat di atas, kemungkinan ramai yang tak mampu beli adalah disebabkan syarat 3. Nak dapatkan rumah yang murah, pendapatan suami DAN isteri kena bawah RM3000.
Disebabkan syarat itu, ramai yang tak layak nak beli. Jika mereka nak pilih jenis B pulak, pendapatan mereka tak cukup.

Ramai yang tak layak untuk jenis A dan tak pula mampu untuk beli jenis B apatah lagi kalau C dan D. Golongan ini yang akan jadi mangsa dalam situasi macam ni.
Pastu rumah jenis B, C, dan D ni pula berjaya dibeli oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Timbul la isu baru lak di mana golongan ni sewakan rumah, sedangkan syarat tak boleh sewa/jual dalam tempoh 5 tahun.
BACA LAGI: Isu Rumah Selangorku
Sebab tu, kerajaan negeri perlu ambil perhatian selain isu golongan yang ambil kesempatan, juga perlu concern golongan yang tak layak untuk jenis A tapi tak mampu untuk jenis B.
Tapi tengok jugak kepada kes, kalau tak layak sebab komitmen tinggi seperti bulanan kereta atau kredit kad, yang tu macam mana kerajaan negeri nak tolong.
Jika anda ada yang nak apply rumah selangorku ni, pastikan semak kelayakan, dah confirm layak baru apply, kalau tak nanti membazir masa ja apply kalau kena reject.
Kalau tak layak, settle kan dulu penyebab anda tak layak. Kalau gaji suami dan isteri melebihi RM3000, jenis B sepatutnya anda mampu. Kalau ada cakap tak mampu, rasanya kena semak semula komitmen bulanan tu. Untuk yang dah apply, semoga berjaya dapat rumah.
Sebagai tambahan, kepada anda yang berkeinginan untuk sewa/beli rumah bolehla pergi ke sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan.