Enter your email address below and subscribe to our newsletter

KakiReview: I-SOHO @ I-City, Shah Alam


Assalamualaikum. Selamat tahun baru kepada semua. Mesti semua penuh dengan azam baru dalam poket, kepada yang berazam untuk menambahkan portfolio hartanah, InsyaAllah tahun ini adalah peluang yang sangat baik. Sekarang ada banyak sangat hartanah yang boleh dipilih kan? Jadi saya nak pilih I-SOHO @ I-City, Shah Alam untuk review.

Ada beberapa sebab utama kenapa I-City ini sangat sesuai untuk dimasukkan didalam portfolio pelaburan anda.

 I-SOHO @ I-City, Shah Alam

Pengenalan

I-City ini adalah “Fully Integrated City” bersaiz 72 Ekar yang terdiri daripada Office Towers, Cybercenter Office, Leisure & Residential Developments, Shopping mall, Theme park, International Hotels, High rise Residential Towers, Data Centers, Convention Center dan Performing Arts Center. 

Kenapa I-SOHO @ I-City, Shah Alam Mempunyai Capital Gain Yang Tinggi?

1) Lokasi

Terletak di Shah Alam, berdekatan dengan UITM.

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=%211m18%211m12%211m3%211d7968.23175615374%212d101.47864417413868%213d3.063678991075855%212m3%211f0%212f0%213f0%213m2%211i1024%212i768%214f13.1%213m3%211m2%211s0x31cc52e31e99d239%3A0x2ec8194a470d6bf6%212sI-city%2C+40000+Shah+Alam%2C+Selangor%2C+Malaysia%215e0%213m2%211sen%212s%214v1483540175163&w=400&h=300]

 2) Akses

I-City terletak di kawasan yang sangat strategik, di sebelah “Federal Highway“. Boleh di akses melalui beberapa highway utama.

  • NKVE
  • KESAS Highway
  • Guthrie Corridor
  • Shapadu Highway

Terdapat “direct flyover” yang menghubungkan “Federal Highway” kepada I-City. LRT extension yang akan menghubungkan Klang kepada Bandar Utama juga akan siap dibina pada tahun 2020. 10 minit untuk pejalan kaki dari I-City ke stesen LRT 3.

Padang Jawa KTM dan Bus Rapid Transit juga akan membuatkan I-City mempunyai akses keluar masuk yang sangat baik.

3) Shopping Mall

Siapa sangka dahulu lokasi disekitar MidValley akan naik mendadak. Market Value di MidValley sangat tinggi sehingga mahal jika nak dimasukkan didalam porfolio anda.

Di I-City pula, Shopping mall yang besar akan dibina iaitu Central Plaza. Kenal tak Central Plaza? Shopping mall yang besar di Thailand. Pembinaan untuk Pusat membeli belah ini akan dibina dan akan menjadi pusat tarikan di I-City. Bayangkan seperti anda membeli rumah di sebelah MidValley.

Capital gain yang anda akan dapat sangat tinggi.

4) Furnishing

Terdapat unit yang partially dan fully furnish. Sangat cantik. Berkonsepkan Best Westin Hotel.

Furnishing ini pun bernilai RM60,000. 


Tengok gambar ini, sangat lawa.

 Bilik Tidur

Ruang Tamu

Setakat ini sahaja perkongsian dari kami.

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *