Breaking News
Popular News


Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Benarkah ini? Admin sukar nak percaya. Rumah Mampu Milik Johor Dengan Hanya RM 150,000 Sahaja
Tidak sangka dengan harga RM150K sebuah rumah mampu milik di Johor berjaya membuatkan netizen kecoh di media sosial dengan bentuk luaran yang serba indah.

Foto tentang rumah tersebut yang dimuatnaik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Latif Bandi di Twitter telah menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan netizen kerana rekaan unik rumah tersebut.
Rumah tersebut bukan sahaja unik malah berbentuk segiempat, suatu yang jarang dilihat di mana jua sekitar sini.
Bukan mudah hendak melihat senibina rumah seunik ini dengan harga yang berpatutan lebih-lebih lagi bila berada di kota besar.
Menurut Datuk Latif Bandi, rumah yang berkeluasan 1,080 kaki persegi itu cuma berharga RM 150,000 sahaja.
Rumah Mampu Milik Johor Taman Daya ini berharga RM 150,000 berkeluasan 1080 kaki persegi pic.twitter.com/8oljU7IUdS
— Datuk Latif Bandi (@LatiffBandi) January 15, 2017
https://platform.twitter.com/widgets.js
Disebabkan harganya yang murah itu, ramai netizen termasuk orang ramai telah tertarik untuk turut memviralkan posting terbabit.
Mungkin ketika ini ramai sedang mencuba nasib dan bertanyakan cara untuk mendapatkan rumah tersebut.
Malah sehingga kini, posting tersebut telah mendapat hampir 2000 retweet dan kini kekal popular di seluruh media sosial.
Apabila ditanya bagaimanakah caranya untuk mendapat kelayakan memohon rumah tersebut, antara syarat yang dikenakan adalah pemohon perlulah 5 tahun menetap di Johor secara minima.