Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Korang pernah tak fikir, orang yang hari-hari mampu makan di hotel seperti makan di kedai. Yang ada celebrity chef persendirian untuk menyediakan makanan untuk mereka. Yang mampu membeli 20 biji kereta mewah ini beli rumah bagaimana?
Jadi artikel kakiproperty kali ini akan merungkai tiga rumah paling mahal di Malaysia 2016
Mesti ramai yang berfikir rumah yang mahal terletak ditepi laut, tetapi rumah yang mahal adalah lebih dekat dengan langit berbanding bumi. Condominium yang paling mahal, akan terletak di kawasan yang tidak lain tidak bukan iaitu Kuala Lumpur. Bukan setakat itu, tangga 3 teratas kondominium paling mahal terletak di Golden Triangle.
Pada harga yang tidak kurang daripada RM 50 JUTA adalah rumah di The Binjai On The Park! Dengan keluasan 19,180 sqf, penthouse kondominium ini lebih besar dari kebanyakkan rumah landed! Projek ini didirikan oleh Layar Intan Sdn Bhd, anak syarikat KLCC Holdings Bhd.
Dengan harga RM 2606 psqf, rumah super penthouse ini akan dilengkapi dengan interior design lengkap dengan perabut, kitchen kabinet dan alatan memasak. Unit ini mempunyai empat tingkat, dua lift persendirian dan Infinity pool persendirian!
Selain lokasi yang sangat prime iaitu 1 KM sahaja dari KLCC, penthouse ini juga mendapat full view bandaraya Kuala Lumpur.
Seterusnya adalah penthouse di Pavilion Residences dengan harga RM 35 JUTA atau RM 2881 psqf.
Unit yang bersaiz 12,146 sqf ini dilengkapi dengan aircond, dapur dan peralatan masakan. Unit ini mempunyai 6 bilik dan 9 parking! Lokasi penthouse ini terletak di atas Pavilion shopping mall.
Pada tempat ketiga adalah The Troika dengan harga RM 35 JUTA Atau RM 2,674 psf. Mengikut kepada listing terkini, duplex fully furnish ini bersaiz 13,089 sqf mempunyai 4+1 bilik dan 7 bilik air. Selain itu, unit ini juga mempunyai kolam renang persendirian.
Lokasi yang terletak di persiaran KLCC, The Troika ini berjarak kurang dari 1KM dari Suria KLCC. Ia mempunyai 3 menara dan rumah sebanyak 229 unit. Unit ini didirikan oleh BRDB Development Sdn Bhd dan telah direka bentuk oleh firma arkitek terkenal iaitu Froster + Partners.
Menarikkan rumah-rumah yang mahal ini?
Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.
Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.