Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak : Ini Berbaloi-Baloi!!


Kami tengok sebenarnya ramai juga dari follower kami asal dari Perak. Jadi hari ni kami nak bawakan lah projek yang dari Perak. Asyik-asyik dari KL dan Selangor je kan. Mana untuk orang Perak? Jadi hari ni kami nak bawakan satu projek best dari SPNB Aspirasi iaitu anak syarikat SPNB – Syarikat Perumahan Negara Berhad. Projek ni adalah projek Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak.

Negeri Perak ni adalah negeri yang best. Selain tempat asal nya orang-orang yang berani, negeri Perak adalah tempat nya banyak makanan-makanan yang sedap dan menarik. Seperti :

mee rebus ramli
cendol

dan juga paling tak boleh missed:

Nasi Vanggey!!

 

Jadi hari ni kami nak bawakan lah Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak ni.

 

Pengenalan Projek Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak

Projek ni terletak di Batu Gajah, dalam daerah Kinta, Perak. Projek nya adalah seluas 39.39 ekar. Ia nya adalah projek Semi-D 1 tingkat di bangunkan oleh SPNB iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad. SPNB adalah syarikat milik penuh kerajaan yang bertugas untuk membina kediaman mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Projek Taman Metro Maya ni datang dari 3 bilik hingga ke 4 bilik. Saiz nya pula dari 2800kps hingga lah 4900kps untuk Semi D satu tingkat.

 

 

Lokasi Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak

Taman Metro Maya ni terletak berdekatan Taman Batu Gajah Perdana, di Pusing Perak. Dari pekan Batu Gajah sendiri hanya 5 minit manakala kalau nak makan nasi vanggey di Ipoh hanya 20 minit sahaja.

lokasi metro maya

 

Layout Dan Size Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak

Projek ni ada 3 layout iaitu Type A, Type B dan Type C. Saiz dia berbeza-beza. Kita tengok macam mana layout dia di bawah ni.

Type A – 3 bilik ( 35′ x 80′ ) 2800kps

 

Type B – 4 bilik (35′ x 8o’) 2800kps

 

Type C – 4 Bilik (45′ x 80′) 4900kps

Harga Dan Pakej

Harga untuk Semi D Taman Metro Maya, Batu Gajah, Perak ini bermula dari RM 281,250 sahaja. Kira murah tu untuk sebuah Semi-D. Nak di kira kan, anggaran instalment dalam RM 1358 sebulan sahaja. Jadi untuk beli rumah ni, gaji RM 2600 (solo atau berduet-kahwin lah) dah memadai!

Projek Semi D Taman Metro Maya ni juga memberi diskaun sebanayk 5% untuk Bumiputera dan ada lagi rebate-rebate lain!

 

Kenapa Bagus Untuk Anda Beli?

Kira Berbaloi Harga Dia Ni.

Dengan harga hanya dalam RM 281K+ , ia nya boleh di kira berbaloi untuk dibeli. Saiz nya pun besar dan luas. Tambah lagi di Batu Gajah sendiri pun harga rumah dah mula mahal. Ada rumah teres dijual dalam RM200K+ maka dengan harga ni , kira berbaloi lah nak beli.

Pemaju Nya SPNB – Syarikat Perumahan Negara Berhad

Pemaju nya adalah SPNB sendiri. Sebuah syarikat milik kerajaan yang bertugas untuk menyediakan kediaman kepada rakyat. Kalau nak beli rumah PR1MA , mungkin anda kena ikut requirement. Tapi dengan SPNB , ianya macam anda beli daripada pemaju lain. Lagipun ini syarikat kerajaan kan. Pastilah terjamin!

Lokasi Yang Bagus

Lokasi nya mudah nak ke mana-mana. Nak ke Pekan Batu Gajah pun 5 minit je. Nak ke Ipoh baru 20 min. Mydin, Tesco, DMall dan Aeon pun berdekatan. Jadi mudah lah nak buat apa pun.

 

 

Gambar Rumah Contoh

Jom kita cuci mata sat. Kita tengok rumah contoh dia macam mana. Dah tengok mesti rasa nak duduk sini!

 

Kesimpulan.

Cantik kan? Ok kan? Kalau Tuan Puan dari Perak atau orang rantau yang nak beli rumah untuk balik ke Perak semula lepas bersara, rumah ni kena beli!!

 

Berminat? Boleh isi form di bawah. Jangan lambat-lambat. Isi sekarang!


[wpforms id=”3820″]

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *