Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Sempitnya Rumah Sewa Di Hong Kong Buat Geleng Kepala


Ternyata buat sebahagian orang, merantau ke luar kota adalah sesuatu yang bakal menjanjikan kemudahan kepada mereka. Disebabkan kos hidup lebih tinggi jika berada di tengah ibu kota, kemungkinan dengan tinggal di luar kota mereka mampu untuk menampung kehidupan dengan lebih mudah. Tapi tidak di Hong Kong. Rumah sewa di Hong Kong boleh buat geleng kepala.

Saat merantau sudah tentu rumah sewa adalah suatu yang diambakan oleh setiap orang sebagai tempat tinggal mereka untuk sementara waktu. Mengikut kebanyakan rumah sewa, selalunya dengan kos yang murah ianya cukup untuk menjadi tempat tinggal dua orang.

Untuk kota-kota besar seperti Malaysia dan negara jiran Indonesia, terdapat banyak jenis rumah sewa yang memiliki banyak variasi untuk mereka yang datang berhijrah ke kota besar ini.

Di Hong Kong juga sama, namun yang membezakannya adalah harga rumah sewa di Hong Kong mencecah hampir ribuan ringgit tetapi bilik yang ditawarkan tidak berperi kemanusiaan. Ia bukan sahaja kelihatan sempit malah kotor dan buruk.

Tentu anda ingin tahu bagaimana bentuk kamar tempat mereka yang menyewa itu tinggal bukan? Jangan terkejut kerana anda pun mungkin tidak percaya!

Paling mengejutkan, dibawah tempat tidur yang kecil juga terdapat satu kamar mandi sempit yang sebenarnya tidak layak untuk digunakan.

Malah untuk bilik yang disewakan kepada keluarga yang beranak satu, ia adalah sama sekali tidak layak untuk dihuni.

Gambar dan Sumber: Pulsk

Mencari rumah sewa? Klik sini: Sewa Rumah, nanti kami tengokkan.

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *