Enter your email address below and subscribe to our newsletter

7 Langkah Awal Untuk Mencari Rumah Sewa Yang Sesuai


Mencari rumah sewa boleh menjadi pengalaman yang agak sukar untuk anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali hendak menyewa.

Sama ada anda baru menyewa atau akan menyewa pada masa akan datang, proses mencari rumah sewa boleh memakan masa. Tetapi untuk membuat pencarian anda lebih mudah dan lebih bijak, boleh ikuti langkah-langkah ini.

1) Buat Kira-kira Bajet Anda

Sebelum mencari rumah sewa, pertama-tamanya anda perlu kenalpasti berapa bajet yang anda ada untuk rumah sewa. Kalau RM1000, rate harga rumah sewa RM1000 lah yang anda cari. Sewa ikut kemampuan gaji. Kalau keluarga kecil, sewa saja rumah yang kecil.

Pastikan harga sewa tidak terlalu tinggi sehingga boleh mencecah 50% daripada income anda. Buat kira-kira terlebih dahulu supaya pembayaran dan kos lain seperti bil elektrik, bil air, instalment kereta, makan minum dan lain-lain tidak terjejas.

2) Kenalpasti Ciri-ciri Rumah Yang Anda Perlukan

Nak ciri-ciri rumah yang macam mana? Fully furnished, partly furnised atau not furnished?

Nak rumah penuh dengan barang dan hanya perlu bawa pakaian sahaja? Atau nak rumah yang kosong supaya boleh bawa masuk barang-barang? Boleh buat pilihan sendiri.

Biasanya rumah not furnished ni harga sewanya lebih murah berbanding rumah sewa fully furnished atau partly furnished. Jadi, kalau bajet anda rendah, ambil lah rumah no furnished. Pertimbangkan harga dengan barang yang diberi.

3) Lokasi Rumah

Pilih lokasi yang anda rasa selesa dengan persekitarannya dan sesuai untuk anda sekeluarga. Buat survey di kawasan persekitaran yang bakal anda duduki untuk tahu apa yang ada dari segi kemudahannya, akses lebuh raya, sekolah, hospitaliti, keselamatan dan kejiranan.

Selain itu, buat kiraan anggaran masa dari kawasan tersebut ke tempat kerja anda. Jauh atau tidak? Dengan cara ini, anda tidak akan mudah jatuh cinta dengan rumah sewa yang terlalu jauh dari tempat kerja serta dapat menjimatkan kos minyak dan masa anda.

4) Memilih Jenis Rumah Sewa

Rumah jenis apa yang anda mahukan? High rise atau landed? Prefer apartment, flat, SemiD atau teres?

Ini adalah langkah penting yang perlu anda lakukan bergantung pada berapa bajet anda dan berapa banyak ruang yang anda perlukan. Setiap sewaan akan datang dengan pelbagai terma dan tempoh menyewa, ianya bergantung kepada tuan tanah.

Tidak kira rumah non landed atau landed sekalipun, semua jenis rumah sewa mempunyai kebaikan dan keburukan mereka, tetapi terpulang kepada anda untuk memutuskan mana satu yang paling sesuai untuk keperluan anda.

5) Mulakan Carian Rumah Seawal Mungkin

Nak dapatkan sewa terbaik, dari segi harga, lokasi dan kemudahan, buatlah carian rumah dengan lebih awal. Bila anda buat awal, banyak masa yang boleh anda guna untuk membandingkan harga sesebuah rumah tu.

Jangan buat kerja last minute. Dah terdesak baru mencari. Tak ada lah nanti anda kelam kabut mana nak tinggal lepas ni. Dengan cara ni, persaingan akan kurang dan hartanah terbaik dengan bajet yang anda ada masih boleh didapati.

6) Jangan Tertipu Dengan Scammer

Banyak kes scammer boleh kita lihat hari ni di media sosial.

Tipu sana lah, tipu sini. Jadi, berhati-hatilah dalam mencari rumah sewa.

Jangan sesekali bank in terus duit anda ke account personal individu tersebut tanpa ada kepastian yang sahih bahawa dia adalah owner bagi rumah sewa tu. Nanti tak pasal rumah sewa tak dapat, duit pun lesap.

Sebaliknya, gunakanlah khidmat ejen hartanah dalam urusan sebegini.

BACA: Apa Cara Terbaik Nak Elak Kena Scam Rumah Sewa?

7) Gunakan Platform Sosial Media

Jangan malu untuk buat posting di Facebook, Twitter atau mana-mana sosial media yang ada tentang anda sedang mencari rumah untuk disewa. Biarkan orang tahu anda sedang mencari tempat baru untuk hidup.

Tak apa. Anda bukan buat dosa pun. Sangka baik. Mesti akan ada insan-insan yang merelakan hati mereka untuk bantu anda mencari rumah sewa.

Kongsi Artikel Ini
Aziz Idham
Aziz Idham

Penulis di KakiProperty. Suka berkongsi tips serta info asas mengenai hartanah dan kewangan demi manfaat semua pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *