Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Pelajari Tips Untuk Sewakan Rumah Anda.
Bercerita tentang sewakan rumah, mesti ada sebab tertentu kenapa pemilik nak sewakan. Salah satunya mungkin sebab dah beli rumah baru, rumah lama taknak jual sebab sayang sambil tu ada la sikit income masuk, atau mungkin sebab utamanya adalah rumah tu dibeli memang atas sebab pelaburan.
Apa pun sebabnya, anda mesti nak sewakan rumah dengan cepat, dalam pada masa yang sama duit masuk dengan segera ke poket anda. Bagi yang invest rumah dengan sewa murah, amatlah berisiko buat anda. Elok-elok niat awal nak sewakan rumah untuk kaut untung akhirnya diri sendiri yang rugi.
Apa-apa pun sebelum nak sewakan rumah anda , memang nice kalau anda tahu sedikit sebanyak tips untuk sewakan rumah anda yang saya akan kongsikan ni. Antara tipsnya ialah:
Sebelum nak sewakan rumah, pastikan rumah dalam keadaan yang baik. Contohnya, rumah tiada kebocoran, dinding rumah tak retak, saluran sinki tidak tersumbat, pintu rumah dalam keadaan baik, dan sebagainya. Kerosakan-kerosakan kecil ni yang selalu jadi sebab kenapa penyewa nak nego dengan harga yang lebih rendah berbanding apa yang dah ditetapkan.
Selain itu, rumah yang nak disewakan tu pastikan dalam keadaan yang bersih. Andai rumah tu partly or fully furnished, pastikan perabot dan peralatan disusun dalam keadaan yang baik, periksa terlebih dahulu peralatan tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Kalau nak tackle lagi hati mereka yang nak menyewa, sediakan kemudahan favourite macam aircond, Peti sejuk, mesin basuh, kipas dan TV. Sudah tentu dengan cara ni, first impression penyewa terhadap rumah anda nampak yakin dan lebih positif.
Yang ni sah-sah jadi benda pertama yang akan ditanya bagi mereka yang nak menyewa. Sudah tentu, anda nak sewakan rumah secepat mungkin dengan harga yang tinggi. Namun begitu, bandingkan harga rumah anda dengan rumah lain yang disewakan di hartanah sekitar anda adalah cara terbaik untuk menetapkan harga sewa.
Penyewa akan aim rumah yang bagi offer terbaik dan termasuk ciri-ciri rumah yang menarik. Jika anda gunakan khidmat Perunding Hartanah (REN) mereka dapat memberikan idea harga yang bagus untuk sewakan rumah anda untuk dapatkan penyewa segera dengan harga yang lebih tinggi.
Orang kata nak sewa ni lagi senang daripada jual, tapi apa pun biar yang lebih arif dalam bidang ni yang settlekan urusan sewa rumah sebagai contoh Perunding Hartanah. Ini adalah salah satu tips yang boleh anda gunakan. Sewa dan Jual Beli hartanah memang dah jadi makanan seorang Perunding Hartanah. Jadi tak payah risau dengan berbekalkan ilmu serta pengalaman yang mereka ada, urusan sewa rumah anda akan jadi lebih mudah. Dari mencari bakal penyewa yang bagus dan trusted ,mengiklankan rumah anda sehingga menyediakan perjanjian penyewaan.
Bagi mengelakkan rumah anda kosong terlalu lama tanpa penyewa, jangan lupa untuk mengiklankannya. Iklankan rumah sewa anda di website seperti Mudah.my atau mungkin melalui media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Selain itu, anda boleh menggantung banner pada rumah anda untuk menarik perhatian mereka yang nak menyewa.
Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Perunding Hartanah(REN), anda tak perlu risau REN akan uruskan juga dari segi pengiklanan sebagai langkah marketing mereka untuk mendapatkan penyewa. REN akan iklankan rumah anda seperti di iProperty,PropertyGuru dan Mudah.my. Dengan ini, anda hanya goyang kaki dan perlu follow up sahaja pada REN tersebut tentang status terkini rumah anda.
Ingatlah bahawa bila anda dah izinkan orang lain menetap di rumah anda, terutama jika anda ingin kembali tinggal di rumah tersebut atau menjualnya kemudian hari, ia adalah keputusan besar yang mana anda harus pertimbangkan. Bila mana rumah anda sedia untuk disewa, buatlah pilihan dengan bijak. Pilih penyewa yang terbaik, bayar on time dan jaga rumah sewa anda dalam keadaan yang baik.
Dapatkan maklumat mengenai bakal penyewa lebih-lebih lagi keupayaan kewangan mereka. Tanya pekerjaan dan gaji mereka. Boleh minta slip gaji untuk pengesahan pendapatan dan juga buat sedikit kaji selidik latar belakang penyewa. Ini dapat menentukan kemampuan kewangan bakal penyewa anda samada mereka mampu ataupun tidak. Kalau anda rasa leceh sangat guna je khidmat Perunding Hartanah.
Kenapa kena buat? Pertamanya atas sebab untuk protect diri pada masa akan datang dari apa-apa isu. So kalau ada masalah kita ada bukti yang semua terlaksana di bawah satu perjanjian. Tenancy Agreement ini perlu lengkap disertakan sekali dengan stamp duty bagi menjamin hak pemilik dan hak penyewa. Ketahui hak anda sebagai penyewa klik sini.
Di samping itu, pemilik dapat menikmati sewa bulanan yang diambil kira sebagai pendapatan dan akan dinilai oleh pihak bank masa kita nak apply loan untuk beli rumah lain.
BACA LAGI: 5 Tips Menarik Minat Student Sewa Rumah Anda!
Pening kepala mencari penyewa? Nak sewakan rumah anda dengan kadar segera? Anda boleh klik sini: Sewa Rumah untuk ketahui lebih lanjut.