Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Skim Rumah Pertama Ku : Untuk Mereka Yang First Time Nak Beli Rumah


Skim Rumah Pertama Ku : Untuk Mereka Yang First Time Nak Beli Rumah

 

Ramai orang tanya pasal Skim Rumah Pertamaku ini tapi ramai tak faham apa yang di offer oleh Skim Rumah Pertama ku.

Skim Rumah Pertamaku ini di anjurkan oleh kerajaan pada Tahun 2011 untuk menggalakkan dan memudahkan lebih ramai orang untuk membeli rumah.

 

Apa Yang Di Offer Oleh Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku ni menawarkan pembiayaan 100% kepada pembeli rumah pertama. Kan biasanya jika nak beli rumah , pembeli kena sediakan 10% deposit untuk untuk pembelian. Kalau harga rumah nya adalah RM300,000, maka pembeli perlu sediakan RM 30,000 untuk deposit.

Tak ramai yang mampu menyediakan wang sebegitu besar apatah lagi dalam usia muda. Maka inisiatif kerajaan ini akan memudahkan pembeli rumah supaya mendapat 100% pembiayaan.

 

Bagaimana Ia Berfungsi?

Kerajaan berkerjasama dengan bank-bank terpilih untuk menawarkan Skim Rumah Pertamaku ini. Bank akan memberikan pinjaman 100% dan kemudian pinjaman tersebut akan di jamin oleh Cagamas SRP Berhad sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang menjamin pinjaman dari peminjam pembeli rumah. Dengan ini bank serta pelanggan akan turut dilindungi.

 

brochure kelayakan permohonan

Siapa Yang Layak Untuk Memohon Rumah Pertamaku?

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja di dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak menerima kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan
  • Pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

 

Syarat Keperluan Permohonan?

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  • Rumah yang boleh dibeli adalah rumah undercontruction atau rumah subsale sahaja.
  • Harga rumah dari RM100,000 hingga RM 500,000 sahaja.
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)-maksudnya untuk selesaikan pembayaran sahaja, bukan dapat cashback atau lain-lain.
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

 

Apa Bagus nya Skim Rumah Pertama ku?

1. Membantu Pembeli Rumah Pertama Untuk Pembayaran Deposit

Saya nak tanya lah bila anda mula berkerja dengan gaji biasa nya dalam RM2500, berapakah yang anda boleh simpan sebulan. Kebanyakan dari kita memang akan habis bila mencecah hujung bulan. Ada yang lagi dahsyat, tengah bulan pun dah habis. Hahahah.

Jadi dengan Skim Rumah Pertamaku ni, anda dibantu dari segi deposit. Mungkin anda perlu simpan untuk bayaran lawyer dan lain-lain tetapi penghadang terbesar itu dapat diselesaikan.

 

2. Membantu Mempercepatkan Pembelian Rumah

Bila kebanyakan kita menyimpan berdikit-dikit dan menunggu hingga mampu membeli rumah yang di idam kan, kita tak dapat mengejar kenaikan yang cepat harga rumah tersebut. Bayangkan , apartment di Shah Alam di beli pada RM 220,000 pada tahun 2013 sekarang bernilai RM 350,000!! Kenaikan hingga RM 130,000 dalam masa 4 tahun sahaja. Maksudnya setiap tahun adalah pertambahan sebanyak RM32,500 setiap tahun!!

 

3. Mengawal Pasaran Hartanah Dari Spekulator

Antara syarat pembelian Skim Rumah Pertama ku adalah untuk wajib duduk sendiri. Rumah yang wajib duduk sendiri ini tak menarik minat spekulator untuk menjual beli hartanah tersebut. Maka yang boleh beli menggunakan Skim Rumah Pertamaku ini adalah mereka yang benar-benar mahu tinggal di rumah tersebut.

 

Bagaimana Untuk Memohon Skim Rumah Pertamaku??

Cara nya mudah je… Pergi ke bank yang terpilih, dan jumpa pegawai bank dan mula dari situ. Serius. Tak tipu. Senang je ni. Cuma ke bank yang disenarai di bawah, kemudian tanya kan pegawai yang menguruskan pinjaman perumahan tentang Skim Rumah Pertamaku. Nanti pegawai bank akan jelas kan satu persatu, kemudian akan ada kiraan kelayakan dan dia akan tanya lah rumah yang anda nak beli tu berapa harga nya. Kemudian nanti anda akan isi borang diperlukan dan beberapa dokumen perlu di hantar.

Yang penting, pergi ke situ dulu dan bermula sekarang!

 

Kesimpulan

Jika anda baru mula berkerja, mula kan lah sekarang tabiat menyimpan. Simpan sedikit duit yang anda ada. Kemudian, cari lah rumah untuk dibeli. Tak rugi beli rumah. Serius. Bila dah berkenan, pergilah ke bank dan guna kan skim rumah pertama ku ini dan duit yang anda simpan tadi boleh diguna untuk bayaran guaman, repair da cantikkan rumah jika ada kerosakan dan banyak lagi boleh diguna.

Kerajaan dah berikan peluang untuk kita gunakan. Maka sayanglah kalau peluang tersebut tak diambil!!

 

Baca lagi maklumat lanjut di http://www.srp.com.my/bm/index.html

Untuk anda yang nak mencari rumah pula boleh rujuk di sini : Cari Rumah Idaman

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *