Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Semak loan dengan bank, pendapatan memang dah layak. Tapi tak ada duit nak beli rumah terutamanya untuk modal deposit yang berpuluh-puluh ribu tu.
Untuk yang tak ada duit nak beli rumah, tapi ada la sikit untuk kos-kos guaman, ada beberapa cara yang anda boleh cuba tau.
Ada 4 cara yang boleh kami kongsikan dengan anda:
Beli rumah yang masih dalam projek/undercon. Rumah undercon selalunya akan ada diskaun seperti early bird dicount, bumiputera discount, dan beberapa lagi.
Ditambah lagi dengan kos guaman percuma, kos setem duti/ MoT percuma, termasuk dalam pakej rumah undercon ni.
Kat situ anda dah tak perlu keluarkan duit yang banyak sampai berpuluh-puluh ribu.
Nak lagi best, cari agent yang jual rumah undercon dan request nak rumah yang ada pakej no deposit ataupun diskaun 10% ke atas. Ada tau rumah undercon pakej macam tu.
Kalau dapat jumpa, cepat-cepat la rebut.
Bagi yang nak beli rumah tapi tak kisah bila, anda boleh cuba pelaburan ASB sebagai medium untuk medapatkan modal beli rumah.
Jika anda menyimpan biasa sebanyak RM1000 sebulan, selepas 5 tahun anda hanya dapat RM60,000. Itu pun kalau tak guna untuk benda lain la.
Kalau buat pelaburan ASB, anda dapat tingkatkan hasil sehingga RM95,000 dalam masa 5 tahun.
Satu lagi yang anda boleh cuba adalah markup loan yang mana anda apply loan lebih tinggi daripada harga rumah yang nak dibeli.
Kekurangan cara ini, anda kena dapatkan rumah yang harga sekurang-kurangnya 10% lebih rendah daripada harga market. Ini untuk loan tersebut cover 10% deposit yang anda perlu bayar.
Yang tak best, anda kena deal dengan owner untuk markup loan ni. Selalunya owner mesti nak 10% deposit semasa sign S&P agreement.
Cara ini, owner takkan dapat 10% deposit, owner akan dapat 100% selepas nama dekat geran ditukar yang mana akan makan masa 6 – 9 bulan. Sebab tu tak banyak owner yang boleh accept melainkan dia desperate nak jual.
Guna KWSP pun sama juga macam nombor 3, perlu dapatkan persetujuan daripada owner.
Tapi guna KWSP lebih baik kerana owner boleh dapat 10% deposit dalam masa 2 minggu selepas sign S&P Agreement.
Cuma tak banyak owner akan setuju kerana takut tertipu. Kebanyakan memang akan nak cash 10% deposit semasa sign S&P.
Kalau anda usaha cari, pasti akan jumpa owner yang boleh accept cara macam ni.
Cara-cara tersebut adalah cadangan daripada pengalaman dengan buyer-buyer sebelum ni. 4 cara di atas tu adalah cara paling banyak digunakan. Jadi anda boleh cuba yang mana sesuai dengan cara anda.
Nak beli atau semak harga rumah, klik je sini: Beli Rumah