Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Ada yang berpendapat tanah ini seharusnya terus di pertahankan. Malah, ada juga yang mengalakkan supaya tanah rizab ini dimajukan. Dilema mengenai tanah ini berkisar tentang tanah rizab yang tidak digantikan, kedudukan TRM, jual beli Tanah Rizab pada orang bukan Melayu dan sebagainya.
Sebagai wargenagara Malaysia, apa yang seharusnya kita fahami dengan Tanah Rizab Melayu? Jika diselidik, Tanah Rizab Melayu merupakan antara 7 wasiat Raja-Raja Melayu. Maka, kita seharusnya menghormati apa yang telah di warisi.
“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”
Mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 dengan pengunaan Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kemudian,ianya telah dimansuhkan dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak semula dan di terbitkan semula menjadi Enakmen Rizab Melayu (NMB Bab 142). Sehingga ke hari ini, ERM (NMB Bab 142) masih diguna pakai oleh negeri yang terlibat dengan penggunaan Tanah Rizab.
Negeri Terlibat dengan Tanah Rizab Melayu.
Kuning (NMB), Biru (NMTB)
Negeri Melaka dan Pulau Pinang tidak mempunyai Tanah Rizab.
Menurut sejarah, usaha ke arah mewujudkan undang-undang TRM di NMB berlaku semenjak tahun 1891 dengan wujudnya Kanun Tanah Selangor oleh W.E Maxwell (Residen Selangor). Di dalamnya mempunyai peruntukan undang-undang yang memberi jaminan hakmilik tanah yang kekal bagi tanah-tanah adat dan memelihara kepentingan pemilik orang Melayu daripada tergadai dan dijual kepada orang bukan Melayu.
Pada 1908, usul mengenakan sekatan terhadap pajakan tanah orang melayu kepada orang bukan melayu di bawa oleh Pemangku Residen Perak, Edward Lewis Brockman Camphell pada persidangan Residen-residen.
Cadangannya disokong oleh Residen Negeri Sembilan, Douglas Graham yang mencadangkan supaya kawasan rizab melayu di wujudkan bagi kawasan perkampungan Melayu. Tetapi, Residen General Sir William Taylor tidak mempersetujui. Dengan alasan cadangan ini akan menurunkan nilai tanah orang Melayu. Selepas 2 tahun, isu ini dibincangkan kerana masalah kehilangan hak milik tanah orang Melayu meningkat. Sehinggalah ERM digubal pada tahun 1913.
Menjaga kepentingan hak milik tanah orang Melayu.
Menghalang sebarang perpindahan hak milik orang melayu kepada orang bukan Melayu.
Urusniaga tanah dalam Kawasan Rizab Melayu hanya sah dijalankan dengan orang Melayu sahaja.
Tanah Kerajaan
Tanah Hutan Simpan
Tanah Rizab Awam
Tanah Milik
Secara amnya, Tanah Rizab Melayu ini telah wujud semenjak zaman penjajah lagi. Kita seharusnya mempertahankan hak yang kita miliki ini. Pun begitu, terlalu banyak isu yang melibatkan Tanah Rizab Melayu ini, mungkin artikel seterusnya akan membincangkan mengenai permasalahan ini.
Like | Share | Comment artikel ini!
Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.