Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Beberapa banyak antara anda pernah jual barang terutama dekat online ni? Banyak-banyak orang yang tanya kita, mesti ada yang jenis sekadar tanya suka-suka, tak serius pun nak beli. Sama jugak dengan jual rumah ni. Akan ada yang jenis tak serius. Kali ni saya share Tips Nak Tapis Pembeli Rumah Yang Serius.
Agak annoying bila orang yang tak serius ni menganggu, anda pulak bukannya free 24 jam untuk melayan semua orang. Jadi, anda perlu tapis yang serius sahaja. Kalau dia tak beli pun tak apa, at least kita tau dia serius cuma mungkin ada perkara yang dia tak berkenan.
Kalau ada tips ni, mungkin dapat jimat masa anda daripada melayan pembeli yang tidak serius.
Pembeli yang serius selalunya akan bertanya soalan yang detail. Kalau anda dapat pembeli yang awal-awal dah tanya harga berapa, boleh nego sampai jadi berapa, yang jenis ni kemungkinan tak serius nak beli.
Pembeli yang serius akan tanya soalan seperti keluasan rumah, furnished atau basic, maintenance fee berapa, usia property berapa, dan banyak soalan lain yang sangat detail.
Kalau pembeli yang bukan melayu, akan tanya dari segi kedudukan rumah, facing ke arah mana, ada jugak tanya nombor rumah supaya ngam dengan kepercayaan masing-masing.
Bila dapat pembeli yang tanya detail macam tu, jangan risau. Mereka serius nak beli sebab tu mereka perlu tau detail-detail macam tu.
BACA LAGI: Feng Shui: Apa Kena Tau Sebelum Beli Rumah
Ini paling best nak tapis pembeli rumah yang serius. Anda boleh tanya dia, dah semak kelayakkan dengan pihak bank ke belum? Kalau dah semak, tanya berapa kelayakkan. Pembeli yang serius confirm akan bagitau anda berapa kelayakkan dia.
Bunyi macam soalan peribadi, tapi ni penting untuk ditanya. Kalau dari awal dah tak layak, takkan anda nak bazir masa bawak tengok rumah anda.
Kalau dia cakap belum semak, anda minta izin untuk semak bagi pihak dia. Kalau dia bagi alasan macam-macam, maknanya dia tak cukup serius. Yang serius dia akan bagi ja detail sebab dia pun nak tau kelayakkan dia. Kalau anda semak, dia tak layak, bagitau dengan cara yang elok. Dari situ anda dapat jimat masa.
Dari segi appointment untuk view rumah pun boleh tapis. kalau dah bertanya soalan, semua ok dengan dia dan kelayakkan pun lepas, ajak dia set appointment untuk view rumah.
Kalau dia serius, memang dia nak tengok rumah cepat-cepat ikut masa dia free.
Beberapa jam sebelum masa view rumah, call pembeli anda untuk confirmkan. Sebab yang jenis main-main ni, masa set appointment semua dia cakap OK, tapi sampai masa appointment view, batang hidung pun tak nampak. Bila call tanya kat mana, dia cakap lupa la dan macam-macam alasan. Kan rugi masa anda kat situ, so call dulu sebelum pergi.
Ni dah sampai tapisan terakhir. Selalunya yang datang view rumah ni dia dah kategori serius. TAPI, ada jugak yang tak serius pun, cuma mungkin dia ada masa free nak tengok rumah atau sekadar nak survey.
Macam mana nak tau, anda tengok cara dia tengok rumah anda macam mana. Kalau dia masuk sekadar tengok sepintas lalu, lepas tu habis. Kurang serius tu.
Kalau yang serius, dia akan check setiap pelusuk rumah. Dia akan check ada tak leaking atau apa-apa defect yang dia nak kena repair lepas beli. Lepas habis tengok, dia akan cuba offer harga dan tanya cara-cara atau prosedur kalau dia first time nak beli rumah.
Tips ini sangat berguna untuk anda yang tak ada banyak masa untuk melayan pembeli terutamanya tips nombor 2 tu. Guna tips nombor tu sahaja anda dah boleh tapis banyak pembeli yang tak serius, dapat jimat masa anda. Kalau anda ada pengalaman lain untuk tips nak tapis pembeli rumah yang serius boleh la kongsi sama-sama.
Tambahan sedikit, bagi anda yang masih buntu mencari buyer rumah, anda boleh klik di sini: Jual/Beli Rumah, nanti kami tengokkan.