Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Kalau anda pernah mencari dan melihat iklan rumah, mesti anda ada terbaca Townhouse, Cluster House, Superlink. Setiap term yang digunakan ni menunjukkan kategori rumah-rumah tersebut. Kalau banglo dan semi-D hampir semua orang dah tau jenis rumah tu macam mana.
Untuk Townhouse, Cluster House, Superlink ni masih ramai yang belum tahu macam mana sebenarnya jenis rumah ni. Ada perlu strata title ke tak?
Rumah Townhouse ni macam rumah teres bertingkat TETAPI berkongsi tingkat dengan pemilik/jiran. Bayangkan ground floor sama macam rumah teres, sebelah kiri rumah anda, sebelah kanan rumah jiran. Tetapi tingkat 1 anda punya bergabung dengan tingkat 1 jiran (sepenuhnya milik anda). Tingkat 2 pula sama macam tu, tetapi sepenuhnya milik jiran. Bawah ni senarai ciri-ciri Townhouse oleh website HalalMoney:
BACA LAGI: Pantang Larang Rumah Strata
Dari segi istilah cluster tu bermaksud kelompok. Jadi, bila kita sebut rumah cluster ni adalah rumah yang berkelompok. Rumah ni nampak macam semi-D tetapi:
Bermakna rumah ni takda lorong belakang macam rumah teres yang selalu kita lihat. Tapi setiap unit ada lorong tepi macam end lot atau corner lot.
Cuma kurang best sebab tepi dah bercantum dengan rumah orang, belakang pun bercantum jugak. Tepi belakang rapat dengan jiran.
Kalau anda tengok perkataan super tu, mesti dah boleh agak akan ada kaitan dengan sesuai yang lebih daripada kebiasaan. Ye betul tu.
Superlink ni sebenarnya adalah rumah teres tetapi yang super iaitu lebih besar daripada rumah teres biasa. Rumah teres biasa mungkin dalam 20′ x 65′. Untuk superlink, rata-rata rumahnya berkeluasan 34′ x 80′. Besarkan? Paling kecil pun saiz 22′ x 75′.
Sengaja diletakkan nama superlink atau dalam bahasa melayu rumah berangkai luas. Marketing strategi supaya bila pembeli dengar je superlink, mereka dah tau yang rumah tu besar-besar.
Sekarang anda dah tau istilah dan kategori rumah. Lepas ni dah tak pening la kalau nampak istilah ni dalam mana-mana iklan ye.