Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Apa maksud rumah mampu milik? Ada orang takrifkan mampu milik RM200,000 ke bawah. Bagi sesetengah yang lain pula, mampu milik adalah RM300,000 ke RM400,000 ke bawah. Bagaimana pun takrifan terpulang pada kita sebagai pembeli. Yang penting adakah ia nya berbaloi untuk pembelian. Ini ada satu projek dengan nama Vista Hijauan yang kami yakin berbaloi untuk pembelian!
Vista Hijauan ni adalah sebuah projek apartment/kondominium yang baru di bina di Bangi. Lokasi nya terletak berdekatan dengan stesen KTM UKM Bangi. Tempat yang baik dan dekat dengan UKM Bangi.
Terdapat 3 blok di projek ini iaitu:
Terdapat 3 layout yang disediakan iaitu:
Sudah ramai yang mencari rumah di Bangi dan Kajang. Sudah ramai yang menetap di sini. Mari kita lihat kenapa!
Jika anda perasan, pembangunan semakin banyak ke arah selatan Lembah Kelang iaitu Kajang, Bangi dan Nilai. Bahkan ada pemaju yang membina projek perumahan baru hingga ke Dengkil. Oleh sebab itu harga projek baru di Bangi dan Kajang sendiri dah mahal. Walaupun begitu, untuk Vista Hijauan ini, harga nya adalah sangat berbaloi!
Mungkin kerana Bangi adalah bandaraya ilmu, maka ianya tampak lebih aman tenteram. Di sini, keadaan nya aman dan baik. Kawasan majoriti orang Melayu. Surau dan Masjid juga senang di dapati. Penduduk di Bangi kebanyakannya dari golongan Melayu pertengahan ke pertengahan atas dan juga dari golongan profesional . Maka tak hairan lah ini kawasan yang baik. Tambah lagi, UKM pula adalah universiti utama di sini. Tempat ilmu, jadi suasana pun suasana yang baik juga!
Kawasan Bangi sendiri sudah lengkap dengan pelbagai kemudahan asas. Bank-bank banyak berdekatan. Terdapat juga beberapa pusat membeli belah terkenal seperti Bangi Sentral, Evo Mall, Kip Mall dan lain-lain.
Selain itu, banyak juga restoran enak yang terkenal di kawasan ini bagi kemudahan penduduk. Antara yang terkenal adalah Restoran Satay Willie, kedai Nasi Arab di Jalan Reko dan banyak lagi!
Anda hanya memerlukan kurang 10 minit untuk ke Stesen KTM UKM iaitu stesen KTM terdekat dengan Vista Hijauan. Selain itu, jika anda lebih selesa untuk memandu, akses lebuhraya seperti lebuhraya SILK menghubungkan anda dengan ibu kota Kuala Lumpur.
Jika anda berkerja di Putrajaya dan Cyberjaya pula, jarak dari Vista Hijaun kesana hanya mengambil masa kurang dari 30 minit!
Pasaran harga semasa rumah teres di Bangi adalah bermula dari RM 500,000! Manakala rumah Semi-D pula bermula dari RM 800,000 hingga jutaan ringgit. Ia nya adalah pada harga yang agak tinggi dan tidak ramai mampu untuk memilikinya.
Bagi kondominium pula, harga pasaran kebanyakan nya bermula dari RM400,000!
Oleh itu, projek ini jika menurut harga pasaran adalah pada nilai yang sangat kompetitif dan dijual pada harga bermula RM 340,000 sahaja. Bahkan lebih baik lagi ianya ditawarkan pada saiz besar bermula dengan 1000 kaki persegi.
Ini adalah sebab kenapa anda perlu mempertimbangkan untuk memiliki rumah di Vista Hijauan ini.
Kebanyakan projek perumahan kondominium baru bermula dengan saiz 850 kaki persegi.
Vista Hijauan pula ditawarkan dengan saiz permulaan 1007 kaki persegi. Saiz yang luas memberikan keselesaan kepada keluarga anda untuk mendiami rumah ini.
Kondominium yang mempunyai balkoni biasanya jarang ditawarkan. Dan jika ya, harganya akan melonjak naik berbanding dengan yang tiada balkoni.
Kemudahan balkoni ini memberi lebih keselesaan kepada penghuni. Ini kerana ianya memberikan ruang pengudaraan dan pencahayaan yang bagus
Lot tempat letak kereta amat penting. Kebanyakan daripada kita terutama keluarga muda yang mempunyai anak kecil kebiasaannya mempunyai 2 buah kereta.
Oleh itu, bila ditawarkan 2 lot tempat letak kereta, ia pasti memudahkan anda.
Macam cakap di atas tadi, Bangi dan Kajang ni berkembang pesat. Saya berbual dengan penduduk asal sini, dulu dia cerita nak ke sana gelap gelita. Sekarang punya lah macam-macam ada.
Jika anda membeli untuk tinggal sendiri, anda tak perlu risau tentang kemudahan dan jarak ke tempat kerja anda. Tambahan pula, seiring dengan kepesatan pembangunan, sudah pasti harga nya akan meningkat satu hari nanti.
Menurut perbandingan kami dengan projek perumahan setempat yang baru dan juga perumahan sekunder, harga yang ditawarkan adalah amat kompetitif dan berbaloi.
Apartmen Servis (SoHo) di kawasan ini ada dijual pada harga RM 300,000 untuk 450 kaki persegi sahaja manakala ada kondominium lain ditawarkan pada harga permulaan RM 420,000 sedangkan perumahan Vista Hijauan di tawarkan hanya pada RM 340,000 sahaja!
Adalah amat baik, jika anda sendiri hadir ke pusat pameran jualan untuk ketahui pakej nya dengan lebih lanjut.
Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM340,000 sahaja.
Tambahan lagi anda berpeluang untuk menerima diskaun yang besar dan dengan itu anda tidak perlukan wang muka (deposit) yang besar. Anda hanya memerlukan RM 1500 sahaja sebagai bayaran tempahan(booking).
Bukankah mudah? Hanya RM 1500 sahaja anda perlukan untuk membeli kediaman yang anda impikan?
Jika anda mahukan kediaman yang selesa dengan harga yang berbaloi serta mampu dimiliki, Vista Hijauan lah pilihannya!
Ianya bersaiz besar,lengkap dengan kemudahan yang baik seperti taman permainan, kawalan keselamatan dan kolam renang, dan terletak di lokasi yang baik. Tambahan lagi, ianya adalah Pegangan Kekal (FREEHOLD).
Jadi apa lagi sebab anda tidak mahu memilih Vista Hijaun bukan?
Untuk kediaman sendiri: Jika anda merupakan keluarga yang kecil, dan memilik anak dalam 2 ke 4 orang yang masih kecil, rumah ini sangat sesuai. Dilengkapi 3 bilik dan bersaiz dari 1000 kakipersegi, ia menjamin kehidupan yang cukup selesa untuk semua.
Untuk pelaburan hartanah: Bangi adalah tempat yang pesat membangun. Cuba tengok harga landed pun dah RM600K! Condo baharu pun RM450,000 harga starting price nya! Tapi ini dijual rendah dari harga pasaran. Jadi nak jual semula pun boleh untung.
Mari kita tengok dulu lebih lanjut nak?
Anda isi borang di bawah. Nanti ada wakil dari Vista Hijauan akan hubungi anda. Jangan lambat atau tunggu, nanti terlepas!
[wpforms id=”5641″ title=”false” description=”false”]